#207 3 years of hiatus

Bismillah. Alhamdulillah.

noun: hiatus; plural noun: hiatusesa pause or break in continuity in a sequence or activity.


I have actually forgot my blogspot email password. Tapi Alhamdulillah managed to recover the account. Berjaya tukar password and here you go, an update on my blog after almost 3 years of hiatus.

Life has been very challenging, busy, super-occupied and flavorful. Alhamdulillah! Happy bahagia syukur!

Last update dulu, anak dari seorang, bertambah jadi 2 orang. Alhamdulillah.
Update kali ni, syukur to mention here that I am a proud mom to 3 apples to my eyes. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Lepas 3 tahun tak blogging ni, jadi tak retis pulak nak taip apa. Tak boleh nak fikir flow of story kat blog ni sebab rasa macam semua benda nak taip, nak cerita. 

Tapi as a comeback post, maybe the best is for me to re-introduce myself and update about myself je lah. Hal pengalaman lain-lain tu, cerita kat post lain je la. InsyaAllah. Jika tak lupa password lagi. Hehe

Dulu-dulu, mem-blog ini adalah sebahagian daripada rutin saya. You may not be able to see every postings on this blog yang saya pernah post dulu sebab semakin mendewasa, saya banyak telah archive kan postings lama. Kerana apa? Kerana semakin saya matang, dan apabila saya revisit balik postings lama, saya rasa childish, kelakar, memalukan, dan sebagainya. Maka, saya archive kan. Aib zaman muda mudi tak perlulah terus saya biarkan ianya public. Haha.

Tapi, saya tetap sayang seluruh perjalanan saya memblog ini. Blog ini sentiasa saya gunakan sebagai journal saya satu masa dulu. Tempat saya meluahkan keserabutan emosi atas kesibukan belajar, berprogram dan bekerja. Tempat saya berpuisi melayan perasaan. Tempat saya berkongsi perjalanan hidup buat jadi bahan bacaan keluarga dan rakan terdekat. Termasuk juga tempat secret admirer mengintai progress kehidupan saya secara senyap. Dan hari ini, secret admirer itu tak lagi secret, sebab dah jadi suami saya. Hahaha. Feeling lebih plak eh? Haha.

So untuk melenyapkan blog ini secara total, takkan menjadi pilihan saya setakat ini. Paling tidak pun saya hanya tidak aktif menulis blog tapi tidak berniat pun untuk menutup dan menghapuskannya secara total. I prefer to leave it there buat memori saya sendiri. Kot tua tua nanti boring, boleh baca blog sendiri. Seeing how far this life has brought me, saya sangat bersyukur. Alhamdulillah.

So that's on how I value this blog. Let's now move into my work.

I am now working with the telco company. Joined, resigned and rejoin. Currently in the legal department, doing the in house lawyer job. Mestilah masih menjadi kuli yang makan gaji. Penat? Yes. Busy? Yes. Give up? No. Bored? Not yet. 

Kadang-kadang (or maybe selalu) rasa tak berbaloi nya nak penat menghadap kerja, work extra hour, etc. Tapi tu lah, tak ada benda yang sempurna untuk kita kejar pun. So kita bersyukur seadanya.

Next and lasts few items worth mentioning in this post ialah:
  • My husband and I are now parenting 3 little kiddos. Yusuf insyaAllah will turn 7 this year dan akan masuk 'sekolah betul' in March nanti, Nuh will turn 5 this year. Continue ke tadika lah kan, apa lahi. Hihi, and Fateema the latest addition baru 15 months dan seperti biasa pergilah bersekolah di rumah babysitter. hihihi
  • We are now staying on our own, dah berdikari sendiri tak manja-manja dengan parents dah hihi
  • We haven't decide bila nak tambah anak nombor 4. Sebab 3 ni pun rasa macam tak berapa jejak tanah. wakaka
Setakat itu dulu. Goodbye for now and catch up later!
Wassalam



Comments

Popular Posts