#190 My delivery experience - Al Islam Specialist

Bismillah. Alhamdulillah.

Semalam Yusuf genap 2 bulan. Alhamdulillah, Yusuf membesar dengan sihat. Pada usia 2 bulan, berat Yusuf dah 4.86kg dengan ketinggian 60cm. Yusuf lahir kecil, 2.25kg dengan ketinggian 46cm. Jadi, dalam masa 2 bulan, bila Yusuf gained more than 2.5kg rasa bahagia dan senang sangat hati ni for Yusuf. 

Tengok tumbesaran Yusuf sekarang ni, teringat kata-kata Dr. Norlida, untuk keluarkan baby awal supaya dia membesar kat luar. Hehe. Awal 2 minggu je pun. But it was a good decision, I believe.

So anyway entry ni saya nak buat review sikit pasal hospital yang telah saya pilih untuk bersalin. It is non other than Al-Islam Specialist Hospital, or formerly known as Kampung Baru Medical Centre. Dari awal lagi, masa saya tahu saya mengandung, saya memang dah berhajat untuk bersalin di Al-Islam. Tapi saya tetap google-google dan survey-survey pilihan lain, just in case la kan. Suami pun serahkan kepada saya untuk memilih. Katanya, dia nak saya selesa dan senang hati untuk bersalin ni. Gitu.

Saya pilih Al-Islam atas banyak faktor. Antaranya, saya dah biasa berurusan dengan hospital ini untuk urusan lain sebelum ni, contohnya saya pernah buat scope di sini kerana masalah dalam perut saya sekitar 2014-2015. Saya selesa dengan akhlak kakitangan hospital ini. 

Faktor lain ialah kerana Obgyn di Al Islam ini kedua-duanya wanita. Jadi, saya tak perlu pening-pening perihal aurat, malu-malu ayam, dan sebagainya. Maklumlah setiap kali check up, buat ultrasound, kena selak seluar. Bila dah nak bersalin, check bukaan jalan, kena selak lagi. Nak bersalin, lagilah kena selak. Jadi, saya fikir Al Islam adalah pilihan yang sesuai menepati kehendak saya. 

Dan faktor akhir adalah kerana sekiranya terdapat kesukaran dalam berurusan dengan pihak hospital ini, saya boleh minta tolong kakak saya atau abang ipar saya. Kerana kakak saya pernah berkhidmat dengan hospital ini dan abang ipar saya sedang berkhidmat dengan hospital ini (on locum basis). Dan pastinya keputusan saya adalah keputusan yang sangat tepat. hehe.

Ibu-ibu yang nak bersalin di Al-Islam ini, perlu tahu bahawa Obgyn-nya hanya 2 orang. Dr Norlida dan Dr Ros. Kelahiran Yusuf disambut Dr Norlida. You do not need to worry about their Obgyn's skill and experience. It's their bread and butter lah bab-bab orang nak beranak ni. Very experience, they are. Lembut bicara, tenang je masing-masing. Saya banyak berurusan dengan Dr Norlida sebab saya memang memilih untuk menjadi pesakit beliau. 

Nurses juga very soft spoken, berakhlak baik, friendly and helpful. Bila kita warded, nurses sangat menjaga aurat kita. Bila kita ada visitor lelaki, nurse akan tanya kita dahulu boleh ke visitor kita tu masuk? Dan bila doktor nak buat ward round, sekiranya doktor itu lelaki, nurse akan masuk bagi warning dulu supaya kita boleh prepare tutup aurat. I experienced this masa saya warded due to Influenza A about 2 weeks prior to my delivery. So I am so touched by their gestures and concerns. 

Masa register untuk admission tu, pihak billing akan consult dengan kita dulu berapa estimated cost kalau normal delivery, dan kalau emergency cser. Kita juga akan dapat tahu kalau bilik yang kita nak available atau tidak. Dan kalau kita bayar sendiri bill, bukan GL company, kita kena bayar deposit. Kalau tak silap RM2000. 

Wad bersalin Al-Islam terletak di Tingkat 2. Bilik yang single di tingkat 2 tu hanya ada 1 bilik. Tapi di Ground Floor ada lagi beberapa bilik yang single. Dalam erti kata lain, single room dia tak banyak. Kalau nasib baik, bilik tu kosong, ada lah. Kalau takde, takde lah.

Biasanya, sebelum bersalin, kita akan dihantar ke wad yang sharing-sharing tu juga. Selepas bersalin, jika bilik yang kita nak tu kosong, baru kita akan dihantar ke bilik tu. Itu yang orang billing explain masa saya nak admit hari tu.

Cumanya apa yang saya lalui sedikit berbeza. Saya ke wad yang ramai-ramai tu dalam few hours je. Kemudian nurse maklumkan yang bilik dah ready, so saya berpindah bilik. Rezeki!

Bilik single dia okay, not bad. Ada katil, ada sofa, ada toilet. Apparently bilik single kat tingkat 2 tu a bit smaller than bilik single yang saya masuk masa kena Influenza A sebelum tu. Tapi still selesa lah. Suami saya tidur di sofa dengan lenanya. 

Sepanjang hari tu saya hanya duduk melangut layan contraction di katil dan layan suami borak. First time jadi parents kan. Masing-masing mengimbau how fast time flies tetiba je dah nak jadi parents. Gitu.

Bila masuk waktu Zohor, nurse pun pesan untuk solat jama' sekali dengan Asar sebagai persediaan untuk bersalin. Siapa tahu kalau kalau bila masuk Asar nanti kita ditolak ke Labour Room pulak. Gitu.

Lepas pukul 5 macam tu saya tanya nurse, taknak check bukaan jalan ke? Sebab saya confuse contraction saya tu consider mild ke strong, maklumlah tak pernah mengandung. Saya pula biasa kena senggugut sepanjang hidup, jadi mungkin contraction tu dah strong but acceptable to me sebab dah immune. 

Sekali, amek kau. Nurse kata Doktor suruh tolak ke Labour Room dan buat VE kat LR je. Bila dah masuk LR, memang tak keluar-keluar dah lah kecuali selepas bersalin. 

Procedure kat LR, macam biasa. Nurse pasang IV line, kita baring, dan yada-yada. Saya experience fetal distress lepas Maghrib sebab heart rate baby drop secara tiba-tiba. Mujur saya memang minta nurse pusingkan CTG machine agar saya boleh tengok bacaan di skrin. Jadi saya segera panggil nurse.

Saya masih terbayang-bayang lagi kecemasan keadaan waktu tu. Nurse tu masuk tanya "Kenapa Fateen?". Saya jawab dengan tenang, "Heart rate baby drop lah Kak". Daripada 130-140, drop kepada 90-70-50-40. Fuhh cemasnya waktu tu, hanya Allah yang tahu.

Pun begitu, saya kekal tenang dan berserah sepenuhnya kepada Allah swt. Saya berpesan kepada diri, saya dah usaha yang terbaik. Allah yang pegang semuanya. Jadi saya tawakal. Dalam masa sama saya nampak Dr. Norlida bergegas masuk ke LR saya dan bertanya kenapa. Bila dimaklumkan heart rate baby drop, sepantas kilat Dr. Norlida suruh nurse on oksigen, bagi saya oksigen dan dia masukkan ubat melalui jalan bawah. Setiap pergerakan nurse dan doktor waktu tu, saya dengar mereka mengulang baca doa Nabi Yunus. Nampak juga mereka cuak tapi cuba bertenang. Sebab bermain dengan nyawa kan, siapa tak cuak.

Saya terus dipasangkan oksigen. Nurse dan Dr. Norlida guide saya untuk take a deep breath. Katanya, "Deep breath, Fateen. Baby need the oxygen". Kemudian slowly heart rate baby naik semula dan stabil semula. Then Dr. Norlida kata, "Baby tak kuatlah Fateen. KIV cser ye". KIV cser bermaksud, standby untuk cser sekiranya keadaan memerlukan. Kerana asalnya, kita merancang untuk normal delivery. 

Selepas keadaan saya kembali stabil, Dr. Norlida pergi menguruskan pesakit lain yang bersalin juga dan dia kembali semula kepada saya untuk melihat heart rate baby. Walaupun heart rate dah stable, tapi ia menunjukkan sleeping pattern. Dengan bukaan jalan hanya setakat pada 3 cm walaupun selepas pecahkan air ketuban, cadangan terbaik waktu tu ialah untuk proceed dengan cser. Dari sebelum pecah ketuban 3cm, dah pecahkan air ketuban pun 3cm. Saya tak pasti kenapa takde progress, malah saya hilang contraction lagi. Bukan bertambah sakit, tapi bertambah hilang sakit. Huhu. 

Sekitar 935 malam saya ditolak masuk OT setelah bertukar uniform untuk masuk OT. Sepatutnya sebelum tu lagi dah ditolak masuk OT tapi sebab suami lama nau berteleku di masjid dan saya minta Doktor tunggu suami saya, terpaksalah Doktor tunggu. Hehe.

Masuk OT 935 pm, Yusuf keluar jam 953 pm. Sebelum start operation tu macam biasalah Anaes akan masukkan ubat, cek kita rasa sakit ke tak dan sebagainya. Kang diorang tengah belah kau, kau rasa disiat-siat kang, naya je. Hehe.

Anaes (Pakar Bius) pun sangat baik, lemah lembut orangnya. Dr. Farah namanya. Dari segi skill dan experience, memang no doubt lah.

So that is my delivery story. Malas nak cerita detail sangat sebab sejak beranak ni, urat banyak putus, banyak benda cepat lupa. Haha.

Yang penting, Al-Islam have my good review. Rezeki saya lah. Saya pun bukan demanding sangat. Kalau you expect wad dia serba mewah macam Prince Court, tidaklah. Tapi untuk selesa, privacy, tenang, saya rasa tak menjadi masalah dengan Al-Islam. 

The next morning pula, masa Pakar Kanak-kanak buat morning review, Yusuf didapati mengalami low glucose pula. Jadi, kami dimaklumkan yang Yusuf perlu admit untuk on glucose drip. Kata doktor, bila baby kecik ni, memang biasalah low glucose etc. So, Yusuf perlu duduk nursery. Tak boleh duduk dengan parents dia kat dalam bilik tu. Kalau ibu mahu menyusukan anak, perlu ke nursery. Nurse takkan larang ibu masuk untuk menyusukan anak walaupun 20 juta kali kita keluar masuk. Nurse sangat membantu, menyokong dan memahami.

Nurse yang macam senior sikit tu akan lebih prihatin untuk ajar kita cara menyusukan anak especially yang baru jadi ibu ni. Mestilah kita kekok, tak reti, segan-segan kan. Tapi diorang sangat prihatin, diorang yang offer diri untuk tolong dan ajar. I am so grateful. Alhamdulillah. 

5 hari Yusuf kena admit. Dari Jumaat pagi sampai Selasa petang. Saya discharged pada hari Sabtu. Bermakna dari discharged sampai Selasa tu, saya akan ke hospital sebanyak 2 kali untuk menyusukan Yusuf dan hantar susu yang dipam untuk Yusuf. Dan setiap kali itu nurse menyambut dengan senyuman. Sebab itu lah saya pernah katakan sebelum ini, antara momen yang saya rindukan ialah melawat Yusuf di nursery. Sebab nurses semuanya baik-baik belaka. Apa kita tanya mereka akan layan. Best.

Waktu melawat di Al-Islam ialah dari 10 pagi hingga 10 malam. Tapi untuk ibu yang nak menyusukan anak, tiada had masa. Datanglah bila-bila pun. Ala bukannya lama pun, berapa hari je anak admitted kan. Hehe.

Saya memilih untuk discharged dan tak stay sebab saya concern dengan bil hospital. Takut melambung. Hehe. Tapi saya dimaklumkan oleh ibu-ibu lain yang jika anak warded, kita boleh minta stay bermalam dengan bayaran sekitar kurang daripada RM100/semalam. Kita tidur kat katil wad, makanan juga disediakan. Takdelah rasa letih nak ulang alik rumah-hospital-rumah untuk menyusukan anak. Tapi bukan bilik single lah. Bilik yang sharing 4 orang kalau tak silap. So in case ada ibu-ibu yang kena tinggalkan anak di nursery, bolehlah consider untuk bermalam di hospital. 

Akhir sekali bila doktor kata dah boleh discharge, nanti orang billing pun akan datang consult dengan kita, berapa total bil. Tolak dengan deposit semua, jadi perlulah kita bayar balance nya.

I would say charge bersalin di Al-Islam ni boleh dikatakan murah untuk private hospital. Off course lah kalau bersalin normal, murah je. Dalam RM2500. Tapi bila dah jadi emergency cser ni, boleh lah capai 3-4kali ganda dari kos bersalin normal. Pepandailah siapkan duit. Hehe. I would still consider it as cheaper than other private hospitals. 

Yang penting kita kena sedar that we are paying the specialist, bukan MO atau HO seperti di government hospitals. So, bayar lah lebih sikit jika nak demand specialist yang jaga dan rawat kita. Kalau kedek, kita boleh bersalin di rumah. Hehe. 

Dalam masa sama, mentang-mentang kita bayar lebih, jangan pula demand bulan dan bintang. Nama pun hospital, bukan hotel. Kot kalau ada yang expect dalam toilet hospital ada bath tub ke kan, naya pula. Hehe. 

Basically, jika diberi izin, ruang, peluang dan rezeki untuk bersalin lagi, insyaAllah saya akan ke Al-Islam lagi. Saya gembira, suami gembira dan mungkin Yusuf juga gembira cuma Yusuf terlalu kecil untuk bersuara. Hehehe. Saya terlupa untuk bergambar dengan para nurses di Al-Islam semasa ambil Yusuf discharged from the hospital. Walau apa pun, their service is much appreciated. 

Kesimpulannya, para doktor bagus, nurses bagus, facilities memuaskan, bil masuk akal. Silalah beranak di Hospital Pakar Al-Islam. Hehehe.

Wassalam

Comments

Anonymous said…
Berapa total kos bersalin?
Anonymous said…
Hospital situ memang modus operandi Sama ke? majority nak bersalin je mesti tetiba heart rate baby jatuh pastu kena buat czer...dah la czer bapak Mahal situ.

Popular Posts