172# Marital Status: Married

Bismillah. Alhamdulillah.

After quite a long silent, hari ni baru berkesempatan untuk update blog. Itu pun through handphone sahaja. Ah, jadilah daripada takde langsung kan? Hehe.

Tengok tajuk entry pun dah tahu, nak cakap pasal kapaten dah kahwin. Haha.

Alhamdulillah syukur. Setinggi-tinggi kesyukuran yang tak tahu nak lafazkan bagaimana dengan kata-kata.

Majlis pernikahan berlangsung pada 20/8/2016 di kediaman keluarga saya. Usai nikah, kami bersiap untuk sanding pula. Ramai orang tanya, "Kau bersanding gak ke? Mesti tak kan?". 

Jawab saya, "bersanding ada cuma tiada merenjis/menepung tawar. hanya sekadar salam restu". 

Majlis bertandang di sebelah suami pula baru selesai semalam, 31/8/2016, di Dewan Perdana Keramat Mall. Alhamdulillah semuanya lancar. Baik semuanya syukur.

Persiapan perkahwinan tidaklah mencabar mana, barangkali kerana saya mempunyai latar belakang pengurusan program yang cukup baik. Jadi, saya menguruskan persiapan seperti saya menguruskan program. Hehe. Maka, ramailah konco-konco dari kalangan rakan-rakan dan junior yang saya pancing untuk menjadi orang kuat majlis saya.

Cabaran sebenar adalah untuk maintain istiqamah menjaga ikhtilat dalam tempoh pertunangan. Membataskan komunikasi kepada yang perlu dan penting sahaja. Risikonya ialah pasangan mungkin merasa hambar dan seolah-olah kita tidak berminat untuk hubungan yang terjalin. Itu cabaran yang saya rasa. Kerana bak kata suami saya, "awak strict dan garang gila". Bahaha. Ni pun lepas kahwin baru dia bagitahu lah, obviously! Haha

Cabaran lain ialah tiba-tiba ramai pula calon lain yang ditawarkan depan mata. Psycho benar apabila terlihat atau terjumpa seseorang yang dirasakan lebih baik daripada tunangan kita sendiri. Hanya perlu tepuk dada tanya iman. In my case, saya tutup pintu awal-awal. Tidak mahu saya menyesakkan kepala sendiri untuk berfikir lanjut nak compare calon itu dengan tunangan sendiri. No one is perfect, kan? 

Cabaran ketika majlis pula ialah untuk manage waktu solat. Perempuan mempunyai cabaran besar sebab kita make up, bayar kemain mahal, then kena ambil wuduk untuk solat. Walaupun ada yang berpendapat, "ambil la wuduk siap-siap", memang boleh tapi risiko untuk wuduk terbatal tu pun tinggi selepas kita berarak dan bersanding bersama suami yang baru dinikahi. 

But Alhamdulillah Allah made it easy for us. Kalau kita hajat nak sempurnakan tanggungjawab agama kita, Allah akan mudahkan. Keberkatan pernikahan itu adalah pada bagaimana kita menjaga hak Allah swt. InsyaAllah. 

Soalan seterusnya orang tanya, "mana kau kenal suami kau ni?". Cliche gila soalan kan? Sebab kapaten muka kental macho kerek gila when it comes about guys tetiba kahwin. Apekes? Hehe. 

Alhamdulillah he is my primary schoolmate. We met when we were in SK (2) Taman Keramat where we spent our Standard 1 to 6 in the same school. Cuma kami hanya sekelas ketika darjah 5 dan 6 sahaja. Pernah bercinta monyet ketika darjah 6. Dan terputus ketika memasuki Tingkatan 1 setelah saling curang-mencurangi. Kahkah. 

Obviously ini cerita cinta monyet. Kelakar dan sedikit bongok haha. 

Selebihnya tak payah cerita lah kan? Alhamdulillah dah menjadi suami dan isteri at the age of 29. Kahwin lambat, sebab ingatkan jodoh dari London tapi rupanya orang Keramat juga. 

So Alhamdulillah syukur. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Moga Allah redha dengan perkahwinan ini. Moga doa semua untuk kebahagiaan kami dan berkekalan ke syurga firdausi. Ameen!




Comments

haha comel nyaaa cinta monyet macam tu. Tahniah kakpaten!Moga terus bahagia sampai syurga. Gojes sangat tau! -lobak-
Najlaanor said…
Aww. Your turn will come soon! Pasti jauh lebih gojes! 😘
Engku Artini said…
Tahniah Puan Najlaa! Selamat Pengantin Baru semoga kekal bahagia selamanya. Cantik pengantin..baju pun cantik... congrats agaian..:)
Najlaa said…
Terima kasih Puan Engku Artini. Ameen atas doanya. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. :) Terima kasih sekali lagi.

Popular Posts