#205 Pengalaman Cser Kali Kedua

Bismillah. Alhamdulillah.


My boys



Ya Allah, setelah 8 bulan, baru berupaya untuk update blog. Apa teruk benar si paten ni? hehehe. Sehinggakan saya perlu baca balik apa yang saya kongsikan dalam entri sebelum ni untuk membuatkan saya back on track. Hahaha.

Anak dah dua, tangan tetap dua, kaki tetap dua. Jadi, tak sempat nak update. Macam-macam yang berlaku di sepanjang jalan kehidupan ni. Menyeronokkan, mendebarkan, membahagiakan. Cuma tak ada peluang untuk dicatatkan di sini sampai saya sendiri lupa. Hehe.

Anyways, sekarang ni saya tengah berehat dari bekerja. Saya ada lebih kurang 1 bulan cuti dari bekerja. Basically, tukar kerja lagi. Lagi?? Hahaha.

So my last working day with my former employer was on 29 June 2020 dan insyaAllah akan lapor diri di tempat baru pada 3 August 2020. Secara rasminya, saya masih bergelar pekerja di syarikat lama sehingga 20 July 2020. Kiranya sekarang ni tengah menghabiskan cuti. Rezeki tahun lepas cuti tak habis sebab bersalinkan Nuh dan tahun ni cuti tak luak sebab banyak WFH due to MCO. So alhamdulillah. Rezeki semua ni.

So why leaving the company? Simply because I want to be back to legal. I do not plan to do Integrity for long. 2 tahun lebih buat investigation, conduct integrity briefings, buat governance works, okay lah kot kan? Hehe. It is time to be back to contract drafting, reviewing, negotiating contract terms, pulak. Bismillah!

Cost Bersalin di Al-Islam

In my previous post, I somehow promised to share about the delivery cost di Al Islam. MasyaAllah, after 9 months of delivery and after 8 months of my previous blog entry, I honestly cannot really recall how much was the delivery cost.

However, I recalled having discussion with my husband where we made comparison on the delivery cost between Yusuf and Nuh's time. Our conclusion was that, tak ada beza sangat.

Maybe the C-Section delivery for Nuh costed around RM8000. Plus minus lah ye. Off course we keep the bill but it is in our folder, malas nak telek semula. Hehe. Dulu masa Yusuf around that juga. Maybe beza a few hundreds sahaja. Reason being Yusuf dulu memang emergency cser sebab dah induce for normal delivery tapi jalan tak buka.

Manakala Nuh ni, macam nak kata elective cser tak juga sebab I came to the hospital with contraction going on dan tak sempat nak pilih tarikh macam yang dibincangkan dengan Dr. Norlida sebelum tu. Hehe. Cuma kita tak induce to try normal sebab bila Dr. Norlida bagitahu je jalan tak bukak sangat walaupun contraction dah kuat, cervix masih tebal, and high possibility it will end up with cser, terus kita kata tak payah try-try, we go for cser.

So macam mana nak kategorikan tu? Elec-gency? Hahahaha. 

Tapi our total cost mestilah lebih dari RM8000 tu sebab Nuh kena duduk hospital for 3 days. Nuh dah berak dalam perut so Doktor Pakar Kanak-kanak terus pantau dan start IV Antibiotics. Total cost roughly around RM11,000 plus minus for both myself and Nuh. 

Ukur Baju Di Badan Sendiri

Sekarang ni, banyak faktor kenapa kita orang-orang perempuan memilih hospital swasta untuk bersalin. Salah satu faktor kerana trend, atau peer pressure. Kalau kita bersalin di hospital swasta kerana trend, eloklah kita istighfar dan muhasabah diri. Amatlah tak wajar.

Kita kena ukur baju di badan sendiri.
Kena simpan duit untuk bersalin di private. Sebab the cost is way way way bigger than government hospital. Kalau mampu, why not.

Kalau suami tak mampu dan kita pun tak mampu atau tak sanggup nak keluarkan duit sendiri untuk ringankan beban suami, jangan demand macam-macam.

Ukur. Baju. Di. Badan. Sendiri.

Paling penting, pastikan pregnancy kita tak ada komplikasi yang meningkatkan risiko bersalin. Jika kita kategori high risk, I would advise to go for government hospital. Sebab mereka ada segala kepakaran untuk sebarang macam kecemasan yang mungkin timbul. 

Saya bersalin di Al Islam kerana hospital mesra ibadahnya dan kerana doktor yang memang saya selesa. Juga di sana, kos antara yang termurah jika nak dibandingkan dengan hospital-hospital swasta yang lain. Kalau tak percaya, boleh buat comparison sendiri di hospital-hospital swasta yang lain. 

Berpantang di samping Nuh dan Yusuf

Ketika saya menjalani tempoh berpantang, saya ditemani Nuh (obviously!) dan Yusuf bersama. Suami saya bercuti untuk satu-dua minggu pertama kemudian saya diuruskan oleh my bestest cousin sister Kak Eton dan Ummi saya. 

Kenapa tak hantar Yusuf rumah pengasuh?

Masa tu, Yusuf diasuh oleh Wan Ana. Sebelum saya bersalin, Wan Ana ada bincang dengan saya yang dia mahu bercuti sebulan kerana masalah lututnya yang semakin serius. Memandangkan Kak Eton memang akan turun KL sepanjang saya dalam proses berpantang, saya OK. No problem.

Jadi selepas saya settle down di rumah selepas kembali dari hospital, Yusuf pun terus bercuti dari rumah Wan Ana. Mak Eton yang melayan ragamnya menjadi abang. Alhamdulillah, Yusuf tak banyak pun perangai cuma masih nak menempel bermanja. Dia tak buat adik dia, dia sayang. Cumanya dia masih nak bermanja. Kesian Yusuf. Hehe. 

Saya ambil pakej urut 5 hari dengan Lulaisya. Tukang urutnya bertukar-tukar sepanjang pakej tu. Saya ni orangnya tak berapa reti nak kata sedap ke tak sedap mengurut. Sebab sejenis banyak tulang dan kulit je. Hahaha. So, tak boleh nak bagi fair review. Maybe, average service lah kot. Tukang urut pun muda-muda kebanyakkannya. 

Waktu mengurut ni challenging sikit. Bukan sebab Nuh tapi sebab Yusuf. Yusuf tak boleh duduk dalam bilik sekali sewaktu mengurut sebab dia akan marah tukang urut. Dia ingat tukang urut nak mencederakan Mama dia kot. Hahaha.

Cser Kali Kedua Lebih Sakit?

Ramai orang cakap dengan saya, "orang kata, cser kali kedua lagi sakit. betul ke?"

Technically, memang doktor akan potong kat tempat sama. Exact same line, same scar. You would not see two scars at two different points. The second scar tu akan overlap dengan the first scar. So memang akan ada 1 scar je yang nampak secara zahirnya. Hehe.

Tapi nak kata lebih sakit tu, saya tak dapat pastikan. Saya rasa sama je cuba yang bezanya my mental is stronger because I already know what to expect. Dengan rengatnya, bila ubat bius dah hilang, nak gerak kaki pun tak boleh, jauh sekali nak bangun angkat badan sendiri, jauh sekali untuk bangun duduk berjalan. Hehehe. Tapi sebab dah tahu how it feels, how our body works, how important our mental to stay strong to bear the pain. Saya positif. 

Alhamdulillah. The moment doktor benarkan saya untuk makan minum, dan baby pun dah boleh minum (sebelum tu baby dipuasakan), saya terus minta suami tolak saya ke NICU untuk saya breastfeed baby. Alhamdulillah. 

In fact saya sebenarnya nak terus BF baby right after saya sampai di bilik lepas OT tapi saya tak dapat kebenaran kerana keadaan saya yang physically unfit. Lepas berkali-kali bertanya, saya dimaklumkan "Puan jangan risau, kalau doktor dah bagi green light untuk BF baby, kita akan maklum. Sekarang ni, baby puan pun dipuasakan sebab doktor Paed tengah pantau".

Okaylah. Lega.

Sebab Nuh berak dalam perut, doktor pantau dekat oksigen level dia, takut takut dah tertelan najis. Entah-entah mungkin dah telan. Saya pun tak tahu. Hahaha.

So berbalik kepada point awal tadi, adakah benar lebih sakit? Wallahualam. Bergantung kepada badan, kepada komplikasi kot. 

Doktor Bagi Sampai 4!

Yeay! Ini berita best lah. Walaupun dah 2 kali cser, Dr. Norlida bagi greenlight untuk allow sampai 4 anak. Off course cser semuanya. Haha. 

Suami saya orangnya suka bertanya doktor macam-macam. Kadang-kadang soalan dia saya rasa tak penting pun tapi dia nak tanya juga sebab pada dia, penting. Hehe. So, biarlah dia bertanya.

So masa follow up dia tanya doktor, keadaan dalam perut saya macam mana? Scar semua okay ke? Dr. Norlida relax je jawab, "you plan nak anak berapa?". Hahaha

"Tak kisah, tapi kalau dapat 4 okay juga"; jawab saya.

"Boleh. 4 lepas tu ikat."

Selamba je Dr. Norlida jawab. Sebab dia kata, dalam perut okay, tak ada parut lama melekat dengan perut ke, recovery the previous scar was okay. Dia belah perut masa nak keluarkan Nuh pun semuanya okay, straight forward. So, insyaAllah boleh lagi ketiga dan keempat. Lepas tu dia suggest ikat lah terus. Hehehe.

Siap dia cakap, sebenarnya dari segi perubatan badan hanya memerlukan 6 bulan untuk fully recover dari luka pembedahan lama. Bermakna, boleh pregnant semula selepas itu tetapi it is not recommended sebab biar kita ada masa beri perhatian kepada anak dan biar badan kita boleh relax-relax dulu sebelum the next pregnancy journey. 

So yeah!

That is about it for now. Nanti share lagi lah pengalaman. 

Bila?

Mungkin 8 bulan akan datang? Hahaha




Till then.
Wassalam.

Comments

Popular Posts