#204 Welcoming our Littleman No. 2
Bismillah. Alhamdulillah.
39 days ago, Allah swt has granted my husband and I, another child, and I am promoted from a mother of one to a mother of two. MasyaAllah. What a great parenthood journey for us.
We decided to name our Littleman No. 2 as Nuh. Senang kan, tak payah guna banyak-banyak nafas kan? Nuhhhhh! Satu suku kata je. Hahaha.
Sebenarnya, nak mencari waktu untuk update blog ni pun very tricky. Sampai suami sendiri tanya, "bila nak update blog?". Walaupun hakikatnya tak ada reader sangat pun, kecuali dia lah sebagai pembaca setia. hahaha. Bukan dah tak sudi nak update blog tapi masa sangat mencemburui. Bila dah lama tak update, nak dapat tempo tu bukan senang. Unlike zaman-zaman remaja, tengah kat universiti dulu, sehari 2-3 entry pun gagah. Sejenis makan tengahari lauk apa pun nak cerita, ketika itu. Hahaha.
Okay, lets focus on Nuh's arrival dulu okay?
Nuh's Arrival
Nuh's Arrival
Nuh was brought into this world, on 7th of October 2019, at 2.34 pm via C-sec at Al Islam Specialist Hospital. Our Obgyn was none other than Dr. Norlida. Masa saya bersalinkan Nuh, umurnya 39 minggu 3 hari, macam tu lah. His weight masa lahir was 2.84 kg, about 0.6kg bigger than his elder brother, Yusuf.
Alhamdulillah, my pregnancy journey with Nuh was quite smooth and less drama. Hahaha. Lebih lancar dan lebih sihat, dan lebih kuat lah maknya senang cerita. Takde demam-demam masa pregnant, memang sihat walafiat. Baby punya growth pun alhamdulillah generally okay although memang bukan big baby. Bak kata Dr. Norlida, memang jenis baby kecik sebab maknya pun kecik. Hehe.
Meds During Pregnancy
Memandangkan Yusuf dulu IUGR, this time around I was advised to take Aspirin (ubat cair darah) to treat IUGR in case this one is also an IUGR baby. Ada tendency untuk IUGR repeats sebab IUGR memang tak tahu punca kan. So pemahamannya ialah, bila darah cair, memudahkan darah untuk sampai sambil membawa nutrien yang perlu ke plasenta. Itu je lah yang saya mampu faham. Hahaha. So yes, I took Aspirin sampai week 35. Then I need to stop, bahaya untuk bersalin kalau darah cair sangat boleh jadi tumpah darah pula. Nauzubillah.
I was also prescribed with Neurogain and Neuro-gen. Yeke? Lebih kurang macam tu lah namanya. Itu supplement je sebenarnya to benefit the baby. Yang untuk mak ni biasalah typical medication macam Iron, Folic Acid, Vit C. Kehamilan kali ni saya ambil Maltofer to treat low HB. Bukanlah low as in low sangat tapi typical pregnant mothers, HB jadi kat borderline tu perkara biasa. hehe.
Maltofer tu dia boleh hisap-hisap je tapi saya tak lalu lah nak hisap, tak lah sedap mana pun. Haha. So saya makan ikut gaya telan terus sambil minum air lah. Hehe. Saya ambil Maltofer as suggested by doctor sebab saya jadi gastrik bila ambil Obimin. Sebab sesetengah ubat, coating luarannya tak sesuai untuk perut sensitif jenis gastritis macam saya ni. Maltofer senang, tapi doctor tak prescribe. Kena beli sendiri. Nak beli pun senang, asalkan ada duit. Hehehe.
False Labour
Semasa saya dalam 37 minggu ++, saya sudah mula mendapat contraction. Suspens juga rasanya tapi lebih kepada rasa keliru. Keliru kerana tertanya-tanya adakah ini kontraksi sebenar? Dulu masa Yusuf, saya tak sempat rasa kontraksi sebenar kerana we planned for induced labour due to his IUGR condition. But for Nuh, we hoped for a normal delivery.
So, lepas dapat kontraksi, kami ke hospital untuk check-up. Buat CTG apa semua, memang ada kontraksi yang agak kuat dan kerap. Tetapi, bila doktor check jalan, buat VE, bukaan sekitar 1.5-2.0 cm dan cervix masih tebal. Masa tu memang saya tak ada sebarang mucus discharge pun. Hanya contraction yang agak strong but bearable untuk saya. Ultrasound pula menunjukkan air ketuban okay, baby's growth okay, cuma tak properly engaged. Kedudukannya posterior, mendongak.
However, at that particular time, doctor decided for an admission untuk dia pantau memandangkan kontraksi agak kuat.
Long story cut short, I was discharged a day later with a long MC. Senang cerita, MC sampai bersalin betul-betul. Because I was having contraction all the way since 37w + tu sampailah betul-betul bersalin. Buatnya terberanak dalam kereta, how? Hahaha.
I remember masa 38w check up, doktor check and keadaan masih sama seperti minggu sebelumnya. So doktor kata begini: "I will see you again on 9 October, lets see if there's any progress. If no progress, then you pilih tarikh".
I didn't ask further what she meant by "you pilih tarikh". Untuk induce atau elective cser? Noob lah katakan. Hehe.
Luckily we have personal doctors at home yang kita boleh consult. Hehe. So my sister suggested that, kalau the next check up, there is no progress and baby tak properly engaged juga, better go for elective cser sebab kalau induce pun, takut tak successful. Okaylah, kita take note.
Menunggu ke 9 Oktober tu, macam-macamlah effort untuk natural induce labour yang saya buat. Pergi swimming, main gym ball, squatting, sehinggalah morning walk sampai 5km dengan suami. Sepanjang minggu tu contraction come and go, dan ada sikit-sikit mucus discharge. Kadang-kadang rasa macam air ketuban leaking tapi tak sure. Noob lagi. Hahaha.
Real Labour
Sehinggalah jam 3 pagi 7 Oktober, saya mula rasa contraction yang kuat. Tapi saya cuba layan, lepak dan tenangkan diri. Selagi boleh tahan, saya rasa bukan masanya lagi. Tapi saya dah bagitahu suami, get ready "kita pergi hospital pagi ni".
So, ini kisah sebenar kelahiran Nuh. Besar nanti Nuh boleh baca, dan semoga Nuh faham, bukan senang nak melahirkan anak ni Nuh oiii. Hehe.
Pukul 730 pagi, saya turun bawah dan bersiap. Siap boleh gosok baju and tudung bagai. Saya maklumkan pada Ummi dan Kak Eton yang saya nak pergi hospital sebab dah rasa sakit dari pukul 3 pagi. Saya sempat jamah air milo dan biskut, saya tak ingat siapa buatkan. Mungkin Ummi mungkin Kak Eton. Hehe.
Then sampai hospital, macam biasa buat CTG, then jumpa doktor. Doktor buat VE, buat ultrasound and then doctor cakap "Okay, jom kita discuss".
Dr. Norlida tahu how we wished for a normal delivery. Sebab tu dia macam kesian nak explain. Hehe. Tapi saya dah ready dan faham situasi saya sekiranya memang perlu c-ser pun. Mendengar dialognya begitu, saya macam faham-faham sendirilah what to expect.
So, she said this; "There's not much of progress. Your OS is still around 2-3cm, baby's position is posterior and not properly engaged. You still want to try for normal delivery ke? I forsee that there's high chance that it will end up with cser".
Tenang je Dr. Norlida cakap. Elok susun atur bicara dia. Saya pun mentally prepared walaupun mungkin financially goyang. Hahaha.
So I said, "Tak payah try-try lah doktor. We go for cser".
Doktor pun terus "Okay!" and tak cerita banyak. Terus ambil borang, dia sign, dia minta saya sign. Dia tanya, "When was your last meal?" and the rest was history. Haha.
I was later admitted, planned for cser at 2 pm. Ditolak masuk OT pukul 2pm and delivered Nuh at 2.34 pm on the same day.
The OT's Experience
Nuh, you should know this. When Dr. Norlida was opening my womb (hahaha), I was awake. I took spinal je, so tak rasa sakit from pinggang ke bawah je but I was all aware of what is happening. OT sejuk yakmat sampai gigil-gigil lah kita. Tengah-tengah doktor conduct procedure tu, saya dengar ada nurse panggil "Dr. Norlida, ada patient dah ready to push". Dan dengan steadynya Dr. Norlida cakap; "Okay, coming!".
Tak lama lepas tu she left the OT for a while. Tak tahu lah tahap bukaan perut saya masa tu dah berapa lapisan. Hahaha. Bukan boleh nampak pun.
Not long after that I think maksimum pun 10 minit lah kot, she came back and continue the procedure on me. Steady gila. Macam biasalah bila c-ser, dalam OT tu mesti ada Anaes standby sekali bersama staff-staff OT. So mereka berborak sesama mereka dengan medical jargon yang saya faham 10% je. Hahaha.
Tak lama lepas tu, saya dengar doktor kata "meconium" and seconds after that I understand that baby is out. Masa tu saya tak dengar baby menangis lagi tapi saya dengar bunyi mesin yang sedut-sedut lendir tu macam menyedut sesuatu pada baby dan maka terdengarlah tangisan baby dalam keterpaksaan.
Doktor pun tunjuk baby kepada saya, saya cakap "Assalamualaikum baby" and doktor tanya "anak you baby apa?" and I said "baby boy, doktor". Then they took him away to do whatever necessary.
Saya faham masa tu bahawa rupa-rupanya baby dah berak dalam perut. Kita tak tahu pun, tak dapat tanda yang dia berak pun. Even yang saya syak "air ketuban leaking" pun tak ada nampak warna lain kecuali jernih semata-mata. So I have no idea, dah berapa lama Nuh berak dalam perut. Best ke berak dalam perut Mama, Nuh? Hehehe.
Lepas selesai semua, Dr. Norlida came to my side and said; "Okay Fateen. Selamat dah semuanya. Congrats, ya? Baby you dah tua, Fateen. Dah berak dalam perut", and dia senyum. Kelakar pun ada rasanya, macam-macam cerita drama bersalin si paten ni.
Azan Baby
Azan Baby
Dan, oleh kerana baby dah berak dalam perut, mestilah ianya tak jadi cerita pendek. Panjanglah kisahnya sebab baby kena admit untuk on antibiotics.
Punyalah nurses gelabah agaknya untuk cater keperluan baby yang dah berak dalam perut ni, entah dah makan tahi ke tak ke kan, hehehe, sampai nurses terlupa nak panggil Abahnya untuk azankan. Sampailah saya ditolak ke wad pun rupanya Abahnya belum azankan baby. Saya suruh Abahnya pergi kat area nursery baby, cakap dengan nurse nak azankan baby sebab tak dipanggil lagi. Nurse pun minta maaf kat suami sebab terlepas pandang sebab mereka busy beri bantuan oksigen kat Nuh.
Begitulah cerita kelahiran Nuh. Saya hanya betul-betul tengok Nuh the day after that. Biasalah, bila cser ni, no matter how strong you think you are, tapi mestilah you kena follow the procedure.
Alhamdulillah. This is a long entry, I know. I didn't plan for this long entry tapi tak apelah. Alang-alang dah menaip kan, apa salahnya.
Banyak lagi lah nak cerita. Cerita berpantang bersama Abang Yusuf around, cerita kos bersalin di Al Islam, cerita pengalaman cser kali kedua, betul ke orang kata sakitnya double? Hehehe.
Nanti-nantilah. Lain kali. Semoga panjang umur, sihat tubuh badan, boleh share stories, insyaAllah.
Welcome to the world, my son Muhammad Nuh Aali. Mama doakan anak Mama ni menjadi anak soleh, taat kepada Allah swt, Rasulullah, Mama Abah dan jadi pejuang agama. Jadilah anak penyejuk mata kami, duhai Nuh. Semoga membesar dengan baik, sempurna, sihat tubuh badan selalu. Jadi sahabat baik kepada abang Yusuf dan sama-samalah belajar perihal dunia dan akhirat dengan abang Yusuf ye? Mama Abah sayang Nuh dunia akhirat dan kami akan sentiasa berusaha berikan yang terbaik untuk Nuh dan abang Yusuf walaupun kami perlu korek tabung sampai sen-sen terakhir. Ini janji kami.
Love you, sayang Mama.
Comments
Boleh tau ke berapa cost delivery c-sec di
Pusat rawatan al-islam.?