#202 Our Raya Schedule

Bismillah. Alhamdulillah.

Memandangkan masih dalam bulan Syawal, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua rakan taulan yang membaca blog yang update setahun sekali ni. Kegigihan dan kesetiaan anda, sememangnya dihargai! hehehe.

Alhamdulillah tahun ni masih beraya bertiga. The struggle is real when you have a toddler with you. Dia nak ikut mood dan selera dia je. Dia tak nak follow kita punya plan untuk beraya, especially tang baju raya. Fuh! Berpeluh tau cari baju raya dia dan siapkan dia di hari raya. Endless drama air mata, beriya-iya tak nak pakai baju melayu. 

Esok lusa bila Yusuf besar, akan ku ungkit cerita ini biar telinga dia bingit dan bengkak tak tahan dengar. Hahaha.

Raya Schedule

So, our Raya Eve was quite simple yet challenging. Here is our Raya schedule:

  • Raya Pertama: Pagi di rumah family Abah Yusuf.  Selesai beraya dengan meriahnya, sekitar jam 11 pagi, kami bertolak ke kampung saya pula iaitu 5 minit pemanduan dari rumah mertua. Hahaha! Beraya di rumah keluarga saya sampai petang, kemudian sebelah malam kami lepak minum di Coffee Bean, 3 beranak. Orang lain semua dah tombang kepenatan.
  • Raya Kedua: Breakfast di rumah keluarga saya kemudian bersiap-siap pula untuk beraya di Cheras, rumah Mak Long kepada Abah Yusuf. Dari tengahari sampai petang kami beraya. Yusuf pun sibuk bermain sampai keletihan. Yang penting, mak bapak kenyang dapat makan. Hahaha. Sebelah malam, kami mengemas beg dan segala persiapan untuk balik kampung Tok Babah Yusuf di Pekan, Pahang.
  • Raya Ketiga: Pagi-pagi kami dah bersiap-siap dan bertolak menuju ke Pekan, Pahang. Pekan adalah kampung bapa mertua saya. Ini kali kedua pulang ke Pekan, kalau tak silap semenjak kahwin dan dapat Yusuf. Hehe. Di Pekan, masih ada adik beradik dan ipar duai Babah, beberapa orang. Tujuan ke Pekan sebenarnya sebab ada Hari Keluarga untuk family besar Babah pada hari raya keempat. Kami pulang sehari awal untuk berayalah, kisahnya. Cukup quorum adik beradik belah suami bersama anak isteri pulang ke Pekan. Babah must be very proud of all of us! Hahaha. Tengahari bila sampai Pekan, kami check in hotel dulu. Lepas Solat Jumaat, kami ke kampung Babah untuk beraya rumah Mak Usu dan alamak lupalah nama makcik seorang lagi tu. Hahaha. Then belah petang layan budak-budak mandi swimming pool, manakala sebelah malam kami keletihan, hanya order room service dinner je. Kahkah. 
  • Raya Keempat: Selepas breakfast di hotel, kami bertolak ke Kuantan. Venue untuk Hari Keluarga tu di Kuantan. Sengaja tidur di Pekan sebab Babah nak jenguk kampung. Program Hari Keluarga sampai tengahari, kemudian kembali ke hotel semula. Santai-santai lepak bilik hotel dan meluruskan urat yang dah bersimpul dan berhajat nak bawa budak-budak mandi kolam sekali lagi di sebelah petang. Tapi, tiba-tiba saya dapat berita bahawa makcik saya di Kuala Terengganu sedang nazak. Bincang punya bincang dengan Azraei, kami putuskan untuk ke Kuala Terengganu petang itu juga memandangkan dah berada di Pahang pun kan. It's like half way through already. Sampai di Kuala Terengganu sekitar Maghrib, kami check in hotel dulu. Salin pakaian Yusuf, kasi dia segar dulu. Then singgah kedai makan tepi jalan. Makan lauk macam sup cendawan, padprik campur dan telur dadar. Kemudian terus ke rumah makcik saya. Masa tu dah lewat malam pun tapi rumah memang masih terang benderang sebab sepupu-sepupu saya semuanya menemani makcik. Makcik saya waktu itu sudah terlantar koma, tak sedarkan diri. Anak-anaknya sepakat untuk uruskannya di rumah, tidak ke hospital. Cukup sekadar memanggil doktor datang ke rumah. Selesai ziarah, kami kembali ke hotel.
  • Raya Kelima: Selepas breakfast di hotel, kami check out dan kembali ke rumah makcik saya. Ziarah sekali lagi, bertemu saudara-mara, bacakan Yaasin buat makcik, dan kami bertolak ke Kuala Berang untuk singgah rumah orang tua kepada sahabat baik saya sebentar. Saja menjenguk raya, lama dah tak bertanya khabar. Sampai di Kuala Berang, kami beraya, borak-borak, mandikan Yusuf sebab dia berak (cair pulak tu) dan muntah dalam kereta. Kami solat jamak qasar then kami bertolak pulang ke KL. Seriously traffic was bad dari area Lanchang sampai Gombak. Sampai KL tengah malam buta, at almost 1 am kot. 

So basically, itu raya trip kami. Raya ke? Boleh lah daripada tak ada, kan?

And the bad news after raya is... Yusuf was down with fever, diarrhea and muntah-muntah. 2 kali episodes of admissions within a week. Naik lunyai kami mak bapak ni. Kesian juga pada Yusuf. 

Admit pertama kali pada Rabu 12 Jun 2019 then discharged pada 15 Jun 2019. Plus minus 4 hari lah. Then balik, kita siap bawa Yusuf gi MyTown keesokan harinya. (My bad for craving for Street Churros).

Kemudian the next Monday, we sent him to his babysitter as usual. And was informed that he vomitted few times, and he was pale, not energetic as usual. Baring lesu je. I decided to take half day EL and brought him to hospital, again. And then, he was admitted again. Kali ni lebih lama. Admit pada hari Isnin 17 Jun 2019, then discharged pada 22 Jun 2019. Plus minus 6 hari. Selang sehari je discharged and then admitted again.

So the diagnosis was, Yusuf dapat Salmonella. Entah dari mana, puas kami fikir. And kesimpulan kami, dapat dari kedai makan di Terengganu yang kami makan nasi, padprik campur, sup cendawan dan telur dadar tu. Cuma menu yang Yusuf makan dengan seleranya ialah nasi putih, sup kosong, telur dadar dan air suam. But he ate a lot masa tu.

Yusuf masa second admission.
So jadi satu keinsafan la buat kami ibu bapa ni untuk kena jadi extra careful perihal makanan anak-anak ni. Although we thought it's freshly cooked, bukan makanan terdedah lama, tapi kita tak tahu hygiene ke tak tukang masak dan kedai tu. Kita mungkin rasa okay, tapi perut budak tak sama dengan perut kita. 

Kesian Yusuf kena cucuk 3 kali untuk set line di tangan untuk on drip dan IV antibiotics. Kali pertama cucuk tangan kanan masa first admission. Then cucuk tangan kiri masa second admission. Then after few days tangan dia bengkak, kena cabut pula. Then sehari bebas branula. Then pada keesokannya kena set line balik sebab dia cirit yang lambat settle, doktor khuatir dia dehydrate. Meraung melalak, tak payah cakap lah. Mak bapak ni sedih dalam hati je.

Tangan dah bengkak, kena cabut branula.

Dah slowly recover tapi masih di wad. Dah start melasak.

Makan aiskrim di rumah, upah sebab kuat dan semangat. Hehe

Makan Mac n' Cheese kegemarannya.

Okay panjang dah entry kali ni. Kira qada' cerita untuk setahun punya lah! Hahaha.

Till next entry, insyaAllah!
Wassalam

Comments

Popular Posts