#198 Hidup ini singkat.
Bismillah. Alhamdulillah.
Sebenarnya almost hari-hari saya bukak blog sendiri dengan harapan nak update blog, tapi tak update-update juga. Hehe. Selalu akan termenung berfikir, nak tulis apa eh? Mental block sejak tua-tua ni, tak macam masa zaman remaja. Hahaha.
Dulu masa baru-baru nak 'up', makan nasi lauk apa pun cerita kat blog. Sekarang, nak bagitahu dah makan pun rasa macam, kau dah kenapa? hahaha.
Maklumlah, usia dah menginjak angka 31. Tua pada hakikatnya. Tetapi masih banyak perkara yang kabur-kabur dan tidak stabil. Adatlah, kehidupan memang bersifat thrill begini.
Tengah hari tadi, bekas SL1M intern yang pernah intern di pejabat saya, berborak dengan saya melalui whatsapp. Saya memang perasan muda, oleh sebab itu saya akan berkawan baik dengan yang muda-muda saja. Haha. Al-kisahnya, si adik ini telah berhenti dari program SL1M di pejabat saya kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkannya untuk travel jauh ke pejabat setiap hari. Turun naik bas dan LRT/Komuter, dari Shah Alam ke tengah kotaraya KL, dengan bag laptop etc etc, is just unhealthy for her. So she quit. At the same time, she was invited by her ex-boss to join the law firm. Dekat dengan rumah, colleagues pun baik, okay sangat lah tu kan?
But me, being myself. I know that she is still unsatisfied with her life progress. I was in her position before. Orang putih kata, "been there, done that". Off course jalan cerita tak sama, but I can feel her.
Hidup zaman sekarang ni, super-challenging and very competitive in nature. Itu memang fitrah untuk zaman sekarang. No one could deny, I supposed. Fresh grad akan letih pergi interview untuk dapatkan kerja yang sesuai. Yang memenuhi impian. Yang boleh bayar gaji yang sepadan. Sepadan bermaksud sesuai dengan market value.
Setelah mula bekerja, mulalah tertanya-tanya, "eh kenapa setiap hujung bulan, hari ni gaji masuk, esok dah habis?". Hehehe. Macam magik kan? Kerja sebulan, sampai hujung bulan, gaji masuk, tup tup habis. Tak sempat nak survive sampai tunggu the next salary pun kan?
Orang beli kereta baru, kita pun nak beli.
Orang sewa rumah kondo, kita pun nak sewa kondo.
Orang beli rumah, kita pun nak beli.
Orang makan kat kafe-kafe hipster, kita pun taknak terkecuali.
Orang nak kahwin kat hotel, kita pun nak sekali!
Kredit kad lagi. Personal loan lagi. Aduh!
Banyaknya lahai komitmen kewangan kita. Itulah 'rat race' namanya, adik-adik. Senyumlah sampai nampak geraham. Hehe.
Pun begitu, saya berpendapat, setiap orang ada struggle masing-masing. Mungkin sama dengan kita, mungkin berbeza. Tapi saya percaya, tidak seorang pun yang senang-lenang kepala otak dia sentiasa. Mesti ada struggle yang tersendiri. Percayalah.
Yang boleh membuatkan kita tenang dan tak rebah ialah kebergantungan kita kepada Allah. Allah swt dalam sebuah hadis qudsi ada menyebut, "Aku adalah menurut sangkaan hambaKu". Jadi, sentiasalah kita bersangka baik dengan Allah dan bertawakallah kepada Allah. Contohnya, yakinlah yang Allah swt akan beri kita rezeki melimpah ruah lagi barakah dengan usaha-usaha kita. Kemudian, tawakal sajalah. Rezeki mana pernah salah alamat. Hanya tunggu masa sesuai sahaja. Kun fayakun kata Allah, maka jadilah!
Selain daripada itu, saya fikir dalam menempuhi dunia yang banyak cabaran ni, ada bagusnya kalau kita terus berjuang dan berusaha untuk meningkatkan self worth atau self value kita. Sementara kerja bergaji kecil tu, usahakanlah untuk melakukan perkara yang beri kita add on value. Sama ada dari sudut kewangan atau pengalaman. Contohnya, sambunglah belajar buat Masters sambil bekerja tu.
Leceh? Payah?
It is all about mind set.
If you can't win the competition through your work experience, you can will the competition through your academic qualification. That is how I think.
Kalau ada 10 orang calon untuk satu jawatan Legal Exec, 8 orang dengan qualification LLB manakala 2 orang dengan qualification LLM. Saya yakin dan percaya, yang ada LLM ini akan didahulukan untuk dipanggil temuduga. Sekurang-kurangnya, ia mendekatkan 'jodoh' kita dengan tawaran pekerjaan. Kan?
So my point here is, set your self worth higher. As high as possible. Yang sudah berada dalam alam pekerjaan pula, boleh menjual pengalaman kerja. Berlumba untuk handle interesting projects. Mencabar diri dengan memegang challenging role in an organisation, contohnya.
Semua ini memang memenatkan. Tapi usai melaluinya, saya yakin, ia pasti menyeronokkan terutamanya apabila kita #flashback the moments.
Hidup ini singkat. Sempurnakanlah ia dengan semangat.
Salam hormat.
Wassalam.
Comments