#197 "Ibumu, Ibumu, Ibumu. Kemudian, Ayahmu..."
Bismillah. Alhamdulillah.
Itu hari, Muhammad Yusuf Aali dimasukkan ke hospital kerana demam yang berpanjangan. Apabila diuji dengan kesihatan anak, memang mak-mak jadi tak boleh nak duduk diam dengan hati senang. Serba tak kena kita dibuatnya.
Yusuf punya demam berulang selepas 2 minggu reda. Bila demam balik, kita bawa pergi klinik. As usual doktor bagi PCM. Bila makan PCM, demam dia kebah. After few hours, demam balik. Dan ia kekal begitu.
So pada suatu hari Khamis yang tenang, saya ambil half day dan bawa Yusuf jumpa Paed di Hospital Pakar Al Islam. Masa tu, Yusuf tak demam. Sebab dah makan PCM few hours before. Doktor ambil juga darah Yusuf untuk buat blood test. Dan kami pun balik rumah. Untuk rekod, cuti half day yang saya ambil tu asalnya untuk tujuan lain tapi melihatkan keadaan Yusuf, saya mengambil keputusan untuk mengenepikan hal itu dan fokus kepada kesihatan Yusuf. Allah Maha Adil. Dia akan beri rezeki kita, bila masanya tepat. Kan?
So masa ambil darah tu, result darah keluar immediately about an hour after that. The result wasn't good. It shows viral infection, with high platelet, high white blood cells, low hemoglobin, and few other things yang ada rendah ada tinggi. Jadi, mak muda ini tidak senang hati dan terus observe dan berjaga-jaga.
Keadaan berterusan lebih kurang sama.
Sehinggalah Sabtu pagi (20/01/2018), saya mengambil keputusan untuk bawa Yusuf kembali ke hospital dan akhirnya, Yusuf was admitted.
Saya lega, kerana insyaAllah Yusuf dipantau secara dekat oleh doktor dan pasukan nurse. Dalam masa sama saya jenuh juga duduk kat hospital lama-lama. Hehe.
Yusuf warded pada hari Sabtu dan discharged pada hari Khamis berikutnya (25/01/2018). 6 hari 5 malam saya berkampung di hospital bersama Yusuf. Abah Yusuf pula outstation di Indonesia. Tapi kerana keprihatinan bosnya, Abah Yusuf balik awal daripada jadual asalnya. Ini bermakna, dapatlah Abah Yusuf merasa 1 malam tidur di hospital bersama kami, sambil mengalunkan irama dengkuran yang mengasyikkan.
So esok, 3/2/2018, Yusuf ada follow up di hospital sama. Saya mendoakan yang baik-baik sahaja buat anakanda Yusuf.
Sekarang ni barulah saya faham perasaan seorang ibu tu bagaimana. Betullah kata orang lama, selagi tak jadi ibu, kita tak tahu. Sangat betul. Sayangnya ibu terhadap anak ni, sebanyak-banyaknya. Segala isi dunia ni, sebanyak itulah kasih sayang dan cinta ibu terhadap anak. Sanggup korbankan apa saja asalkan anak sihat, ceria dan bahagia.
Kita tak mandi tak apa, asalkan anak mandi dan wangi.
Kita tak sempat makan tak apa, asalkan anak kenyang.
Kita tak tidur tak apa, asalkan anak lena dan nyenyak dalam tidurnya.
Kita tak rehat tak apa, asalkan anak happy sentiasa.
End up, badan kita lunyai. Kahkahkah.
Namun, begitulah. Walau macam mana letih nya kita pun, keutamaan kita tetap anak. Anak, takkan tahu banyak mana kita sayang dan berkorban untuk dia. Sehinggalah dia sendiri menjadi seorang ibu atau ayah.
Apabila saya berkongsi dengan Ummi, perihal Yusuf yang begitu dan begini. Ummi selalu katakan, "Memang macam tu lah cabaran untuk membesarkan anak. Bukan senang, kan? Dah jadi mak ni baru faham, kan?"
Fuhh. Tertusuk sungguh hati ini.
Saya yang menguruskan Yusuf nan seorang pun dah terasa tercabarnya begini.
Ummi yang ber-anak 6 bagaimana?
Mama yang ber-anak 4 bagaimana? Semua lelaki pulak tu.
MasyaAllah.
Hebatnya semangat dan motivasi mak-mak ni.
Bukan calang-calang.
Patutlah Rasulullah swt pesan, "Ibumu, Ibumu, Ibumu. Kemudian, Ayahmu..."
Comments