#194 Managing crisis as first time parents

Bismillah. Alhamdulillah.

Seiring dengan peredaran zaman dan pertukaran status saya, content blog ini juga bertukar. I am so sorry if I sound so mak-mak nowadays. Please bear with me. Hehe. I pray that Allah swt grant every married couple out there beautiful and healthy baby(ies) so that they could enjoy the wonderful experience as parents. Ameen!

So beberapa minggu lepas, Yusuf demam. Dan itulah antara cabaran pertama kami, gelabah, cuak, sebagai first time parents. Actually it wasn't really the first crisis that we've ever encountered as first time parents. But it is okay, for now we stick to this Yusuf demam topic dulu okay. I will keep the actual first crisis, in another blogpost, later. InsyaAllah.

Hari ni gigih nak update blog dan share kisah Yusuf demam sebab hari tu, Azraei pesan, 
"Nanti Sayang share pasal pengalaman Yusuf demam ni kat blog tau, untuk kenangan kita. Nanti boleh baca lain kali". 
Awww. Did he just called me 'Sayang'? Haha. Podah! 

So yes, here I am sharing about our first ever experience handling our darling Yusuf yang diuji demam. Waktu tu, kami betul-betul terasa diuji.

15. 10. 2017, Ahad

Semuanya okay sahaja siang tu. Kami di rumah ibu bapa Azraei. Itu memang rutin hujung minggu kami untuk spend masa dengan ibu bapa dan mertua. Selain untuk tidak mahu jadi anak-menantu yang lupa diri, kami juga tak mahu rampas peluang ibu bapa dan mertua kami untuk bermain sama dengan cucu mereka. 

Siang tu, Azraei dan his parents went to Bentong untuk visit orang sakit. Saya duduk rumah, dengan Yusuf dan Wan (nenek Azraei). Sambil-sambil tu saya konon nak memasak, acah-acah rajin kat rumah mertua. Malang tak berbau, sedikit kemalangan kecil berlaku di dapur menyebabkan saya patah jari kaki. Haha. Yes, I fractured by second toe. Domestic injury. Kahkah.

Petang tu, saya rasa sakit kaki tu lain macam (masa tu tak tahu lagi patah), saya ajak Azraei balik rumah parents saya sebab nak rujuk hal kaki sakit tu kat abang ipar saya yang merupakan Pakar Tulang. Hehe. Yusuf was still fine at that time. Elok je Yusuf main borak-borak dengan Wan apa semua. Balik rumah Ummi pun Yusuf masih elok melayan kerenah kakak-kakak sepupu dia yang obses dengan dia. Haha.

So sebab nak settlekan hal kaki tu, saya dan Azraei pergi klinik untuk Xray, tinggalkan Yusuf jap kat rumah, yada yada apa benda semua. Yusuf was still fine. Dia tidur molek dalam crib dia.

Then lepas balik dari Xray, abang ipar confirmkan yang yes, there is fracture on my second toe, mula lah kepada ni berselirat fikir macam mana nak pergi konvo, keesokan harinya dengan kaki terhencot-hencot?

And we decided to go to Jusco to get a pair of comfortable shoe after Maghrib. Semata-mata untuk konvo esok. Haha.

Sekali lagi, kami tinggalkan Yusuf di bawah jagaan Ummi. By Maghrib tu, badan Yusuf dan start macam dedar sikit. Tapi kami macam chill chill lagi, biasalah dedar dedar. Hehe. Tapi saya sempat berpesan kat Ummi, andai kata kepala Yusuf bertambah panas, Ummi tolong basahkan kepala Yusuf dengan kain basah. Ummi pun okay. And ingatkan Yusuf akan tidur sebab masa tu Yusuf baru selepas menyusu dan memang macam dah nak tidur pun.

So dengan lapang dada, kami pergi Jusco Wangsa Maju sebab Azraei kata kat situ banyak sikit choice nye. Haha. Berjayalah saya beli sepasang kasut Crocs yang tak lawa tapi selesa tapi mahal. Ah tak kisahlah janji dapat konvo esoknya. Gitu.

Lepas settle beli kasut dan singgah Guardian ke Watson ntah, kami ingat nak pergi makan kat McD. Lapar you ols sebab tak sempat isi perut dok mengurus ke kaki yang patah. Haha. 

Then saya tengok hp, eh ada misscalls dari Ummi. Saya call balik, tanya kenapa? Rupa-rupanya Ummi kata Yusuf nangis je, tak tidur pun. Alahai kesian pula, kan? So kami batalkan hasrat nak gi makan. Instead, kami beli Aiskrim Cone McD sorang satu. Then kami balik. Aiskrim itu sedap gila. Tak le resist. Hahaha.

Balik rumah, tengok Yusuf, kepala dia dah diletak kain basah. Ummi kata semakin panas. Yusuf pun merengek. Check temperature masa tu 38.0. Aduh. Dah demam pula.

Ummi kata, 
"Ummi bukan apa, kalau baby demam ni Ummi takut 1 perkara je. Takut 'tarik' (sawan)"

Aduh. Cuak saya jadinya mengenangkan kecil-kecil dulu adik saya, Ijam, selalu kena sawan tarik. Huhu.

Saya terus ambil Yusuf masuk bilik, bukak baju Yusuf, dan lap lap badan Yusuf dan kepala Yusuf. Temperature keep on increasing instead. Kemuncaknya at almost 12 midnight, Yusuf pun merengek dan sebelum tu ada muntah selambak, temperature nya 38.6. Saya consulted Dr. Shabira, dia tanya dah bagi PCM ke? Saya cakap tak, sebab saya tak pernah plan yang Yusuf akan demam maka saya tak ada stok Kids PCM kat rumah. So Dr. Shabira pesan untuk pergi klinik, takut sawan. Al hasil, jam 12 malam, kami laki bini ke Klinik Idzham Setiawangsa untuk sokongan moral. Hehe. Dengan kaki hencot-hencot ni you ols, tak kelakar. 

Kat klinik, Doktor check temperature Yusuf memang demam. 38.5 masa tu. Doktor kata bagi makan Kids PCM, 2ml sahaja, setiap 6 jam. Doktor bagi juga ubat angin sebab Yusuf muntah tu doktor kata perut ada sedikit kembung. Doktor kata kalau muntah sekali lagi, bagi ubat angin tu. Tapi sampai sudah saya tak bagi pun ubat angin tu. Hehe. 

So balik rumah, saya bagi Yusuf makan ubat. Sambil tu 'tepid sponging' continues, non stop. Dan Yusuf punya temperature fluctuating. Muntah few times. Saya lost count. Sebab jenuh Abahnya mengelap muntah. Yusuf merengek je, sebab tak sedap badan. Nak comfort dia, saya menyusukan dia. Lepas menyusukan, kalau tak kena gaya, dia muntah selambak. Huhuhu. And Yusuf langsung tak tidur the whole night. Imagine dari lepas Maghrib that we left him with Ummi sebab kitorang nak gi Jusco, sampailah pagi, Yusuf tak tidur. Kalau ada pun, a very short nap. At one point temperature Yusuf reached 39. Gabra kami. 

Menjelang pagi, kami mak bapak Yusuf ni dah macam zombie kampung pisang. Haha. But we still need to settle few things.





16.10.2017, Isnin

I need to go to Hospital Selayang untuk hal kaki yang sakit. I need to secure an MC because I have fractured my toe and lagi-lagi Yusuf pun demam. So pergilah kami ke Hospital Selayang, sekali lagi terpaksa meninggalkan Yusuf di bawah jagaan Ummi. 

Sebelum pergi tu Yusuf makan ubat sekali lagi. So I was really hoping that he gets better soon. Ummi berjaya tidurkan Yusuf selepas itu. 

Sepanjang kat Hospital Selayang yang ramai manusia tu, kami on stand by je tengok kot-kot ada update pasal Yusuf. Hati tak tenang weh. Dah mula fikir untuk 'let go' je plan untuk attend konvo walaupun rasa sayang sangat. Anak tak sihat, kita jadi tak keruan.

No anda, 2182. No sekarang, 2115. Kau mampu? Haha

Alhamdulillah dalam pukul 11 pagi, semuanya settle. Dapat MC 2 minggu sebab patah jari. Kaki pun dah berbalut dengan selamat dan selesa. 

Alhamdulillah by the time sampai rumah, Yusuf nampak ceria sikit walaupun demam masih turun naik. Belum betul-betul baik lagi tapi Yusuf sempat lah sengih-sengih. Tapi manja kemain.

Saya susukan Yusuf lagi. Yusuf minum, dan tertidur lagi. Saya dalam dok menengok Yusuf tu terkenang juga sayangnya kalau let go konvo. Jadi, tengok Yusuf macam segar sikit compared to the night before, saya ajak lah Azraei pergi konvo. Ummi Abah offer themselves to look after Yusuf as long as I didn't miss my convocation. Diorang kata, 

"Pergilah konvo tu, dah belajar penat-penat. Sayang kalau tak pergi. Jangan risaulah Yusuf tu. Ummi Abah jaga". 

So yes, we ended up bersiap, sangat last minit untuk pergi konvo. Ngam-ngam saya sampai dewan, diorang tengah beratur untuk masuk dewan dah. Tu pun saya mintak Azraei cakap dengan guard untuk hantar saya betul-betul depan dewan sebab jari kaki patah. Siap tunjuk kaki berbalut, tahu? Haha.

Kelam kabut sungguh lahai. So yes, we made it to the convocation. Namun, still menunggu update dari Ummi pasal Yusuf. 



Long story short, lepas saya ambik scroll, saya panas punggung. Takleh nak tunggu lama sebab Ummi kata Yusuf tak nak menyusu botol. Dia sanggup tidur balik dalam kelaparan. Stress saya duduk dalam dewan tu mengenangkan anak kat rumah kelaparan. And his last feeding sebelum tu pukul 11 lebih pagi tu. So saya plan nak terus cabut balik.

Sekali, jeng jeng jeng. Saya ditahan urusetia. Haha. Kena kaunseling kejap kat luar dewan. 
Dia kata, 
"Kalau nama awak pada giliran terakhir sekali penerima scroll hari ni, awak akan balik atau tunggu?". 
Haha. Hampagas! 

So we ended up duduk dalam dewan sampai tamat majlis. Hampir pukul 5 juga lah baru selesai. Ummi pun dah whatsapp banyak kali. Ummi takut Yusuf 'hypo' sebab langsung taknak menyusu. The good news is Yusuf dan tak panas lepas Ummi bagi ubat pukul 3 petang. Tapi the bad news is Yusuf refuse susu botol. Alahai anak. 

Kami sampai rumah pukul 545 petang macam tu. Shah Alam - Keramat bukan dekat wei. Hehe. Saya tak tahu lah Azraei bawak laju ke tak sebab saya tidur dalam kereta, sakit kepala gila sebab da masuk angin lambat makan, sampai senget benget tudung. Dah tak diva dah. Hahaha. 

Sampai rumah, grab Yusuf, susukan Yusuf. Kebuluran anak aku demi mak nya yang gigih nak juga gi konvo! hahaha. 

Lepas tu Yusuf alhamdulillah dah tak ada demam, tapi ada muntah-muntah juga. So kami just observe je. PCM pun dah tak bagi sebab dah tak demam. Lepas tu Yusuf tidur beriya juga, dia qada' tidur. 

Al hasil, Yusuf menjadi budak manja banyak meragam selepas itu. Haha. Lagi-lagi apabila saya MC 2 minggu, saya mengelat hantar Yusuf ke rumah baby sitter. So, lagi lah Yusuf bermaharaja lela. 

So, sebagai kesimpulan, saya nak share tips untuk menguruskan krisis anak demam jika pertama kali melaluinya. 


  1. Pastikan ada termometer untuk sukat suhu badan anak, di rumah.
  2. Jika suhu badan anak melebihi 37.5, itu tandanya demam. Maka, buat tepid sponging (lap badan dengan kain basah) untuk turunkan suhu badan. Cuba untuk maintain bawah 38.0. 
  3. Jika berlarutan, rujuk doktor. Bawak pergi klinik. Jangan berani sangat nak 'gamble' nyawa anak sedangkan kita takde kepakaran. Jangan tunggu. Better be safe than sorry.
  4. Jika doktor suruh bagi makan ubat, ikut arahan doktor. Itu bidang kepakaran dia. Dia pun bagi ubat untuk sembuhkan, bukan untuk sakitkan lagi anak kita. Jangan jadi ibu bapa yang degil. 
  5. Kids PCM, boleh ambil sekerap 4 jam sekali. Sebaiknya ikut nasihat doktor. Dalam hal Yusuf, doktor advised 6 jam sekali. Tapi suhu badan Yusuf tak turun. Saya hampir nak ambil ubat masuk ikut bontot tu, tapi kakak saya berpendapat, it is not advisable untuk bayi seusia Yusuf. Jadi, kakak saya nasihatkan ambil PCM tu 4 hourly. Alhamdulillah. Good move.
  6. Suami, jadi pembantu yang baik. Isteri tak boleh tidur sebab menguruskan anak, suami pun berjaga-jagalah dan keep alert to offer help especially dalam keadaan cemas seperti anak meragam atau muntah. 
  7. Communicate well. Dalam keadaan 'tertekan' seperti ini, masing masing penat, kurang rehat, tak cukup tidur. Emosi agak fragile. Jadi, sangat penting untuk berkomunikasi dengan baik. 
  8. Sentiasa positif dan yakin bahawa anak akan segera sembuh. Doa ibu bapa itu makbul. InsyaAllah.

Itu sajalah perkongsian untuk kali ni. Lain kali saya cerita lagi. Semoga Yusuf Aali terus sihat walafiat segar bugar tanpa demam, dan sakit-sakit. Ameen!

Nah saya belanja gambar Yusuf bersama Mama Abah nya yang sibuk nak photoshoot dengan jubah konvo:

Taraaa!


Wassalam



Comments

Popular Posts