#186 When husband is away.
Bismillah. Alhamdulillah.
Hari ni, genap 34 minggu bergelar ibu mengandung. Esok, insyaAllah genap 8 bulan bergelar isteri. Alhamdulillah. What a blessed life. I must be grateful and thankful to Allah swt.
Lately, tidur sedikit mencabar, sebab payah untuk lena. Pusing kiri, pusing kanan, menelentang, pusing sana, pusing sini, sampailah tak sedar bila terlelap. Lepas tu terjaga 3-4 kali sebab tak selesa, lenguh pinggang, nak terkucil, tekak kering, dan macam-macam lah. Hehe.
Husband is away for an outstation work. He said, he might be away for a week. And this is the second outstation work that he has to go since we both were married. Not so bad lah kan. Kalau tak silap, this is the second time. Tak jauh mana pun, Johor je. Johor is my Abah's kampung, so I do not find it far. Hehe. Kalau macam kena pergi Europe ke, baru rasa jauh kot. Hehe.
But the fact that lama dah tak berjauhan (poyo mak aih ayat nya), terasa sunyi juga. Tapi sebab ibu mengandung ni pantang ada peluang tidur, dia nak tidur, jadi takdelah memikirkan sangat bahawa kejauhan ini membuahkan kesunyian sebab tak sempat nak feeling sunyi, kita dah nampak katil, bantal dan comforter. Hehe.
Last time masa husband was away for his outstation work, I found out that I am expecting. Punya gigih pergi Watson kat Aeon Au2 tu, beli pregnancy test beberapa jenis, dan test sendiri. Lepas tu jenis tak reti nak buat surprise, whatsapp pulak kat suami gambar UPT tu. Sengal sengal ubi perangai kan? haha.
And this time, he is away when I am 33-34 weeks pregnant. How fast time flies, kan?
Jadi semalam, masa payah nak terlena tu (maybe sebab masih awal, belum pukul 9 pun dah cuba nak tidur hahaha), teringat juga lah the awkward moments masa baru-baru nikah dulu dengan suami. Kelakar.
After all, hidup perlu sentiasa kita syukuri. Dapat atau tak segala apa yang diinginkan, bersyukur je sokmo. Sebab tak semua benda yang kita nak itu terbaik untuk kita. Dan tak semua benda yang kita tak suka itu tak baik untuk kita. Allah lebih mengetahui.
May Allah ease everything for all of us. Ameen!
Comments