#185 First Trimester Part 2

Bismillah. Alhamdulillah.

Setelah sebulan lebih tak update blog, kali ni nak update dengan berkongsi lagi pengalaman sejemput mengharungi pregnancy masa first trimester. 

Last few days when my husband and I were on the way to IKEA Cheras, we were talking about how did we both felt when we get to know that I am expecting. I asked him, "cuak tak bila dapat tahu because it was quite early kan?". He said, "rasa macam tak percaya, and cuak lah sebab fikir financial, mampu ke tak nak sambut orang baru". I smiled. I also had the similar cuak-ness actually. But then he continued, "tapi ingatkan diri balik, setiap anak tu, dah dijanjikan rezeki oleh Allah swt sejak dia dalam perut lagi, so bersangka baiklah, insyaAllah mampu untuk tanggung anak ni".

He is absolutely right.


To be honest, kami langsung tak prepare mental untuk bekerja keras for savings to welcome a new human being masa mula-mula bernikah. Sebelum nikah, kami memang ada berkomunikasi tentang nafkah, kemampuan masing-masing, komitmen masing-masing, dan perihal nak menyewa sendiri dan tidak mahu tinggal bersama parents dan sebagainya. Tetapi, langsung tidak terfikir untuk bincang tentang simpanan jika Allah takdirkan hadirnya orang baru dalam keluarga. Tiba-tiba, Allah swt beri rezeki yang (sangat) awal pula. Garu kepala dalam sengihan lah kami.

Masa tu lah baru bayar deposit rumah sewa, dan belum sempat berpindah sepenuhnya pun lagi. Duit masing-masing pun banyak berhabis untuk majlis walimah. Off course keluarga bantu sponsor itu ini tapi duit sendiri pun turut lenyap. hehe. Tapi tips untuk menghadapi berita baik tapi mendebarkan ini ialah, kekal tenang dan chill. Yakin dengan aturan Allah. Gitu.

Pengalaman saya mengesyaki diri sendiri berbadan dua adalah selepas beberapa 'tick' pada simptom-simptom mengandung yang saya google di website. Google aje, belambak info. Rajin dengan tak je. hehe. Antara yang saya alami ialah:

  • Lewat datang haid hampir 2 minggu. Pada awalnya, saya abaikan perihal lewat datang haid ini walaupun cycle period saya regular dan saya keep track menggunakan apps yang boleh download secara percuma "Clue". Carilah apps "Clue" kat Android or Apple Store, free je boleh download. Saya abaikan sebab orang cakap, lepas kahwin memang period akan lari sikit dari jadual. So saya assume, normal lah kalau period jadi tak regular. Hence, I waited for almost 2 weeks then baru check UPT.
  • Kerap rasa nak buang air kecil. Sikit-sikit pergi toilet. Jenuh. 
  • Rasa sakit seperti senggugut, tapi tak period-period. Sebab ada rasa sakit ni, saya bersangka baik yang period akan datang sebab itulah yang selalu saya alami, saya memang selalu kena period pain. Tapi sakit punya sakit, period tak datang-datang juga.
  • Lesu badan.
Selepas hampir 2 minggu delayed period, saya beli UPT sendiri, (siap tak bagitahu suami pun hehehe) dan buat test sendiri. 2-3 kali saya test untuk meyakinkan diri sendiri, sedangkan semua result pun sama je. Hehe. 

Masa tu, suami outstation ke JB for almost a week. That was his first outstation since we got married, as far as I could recall. Nak tunggu suami balik bagitahu berita ni, macam tak reti nak menyabau although masa tu suami dah tahu yang period saya dah terlewat. So what I did was, saya snap gambar UPT test, then saya whatsapp suami. Saya sendiri lupa apa ayat saya masa whatsapp suami gambar tu (malas nak scroll WA) and the rest was history. 

Well, kapaten memang tak reti sangat nak drama buat surprise buh dalam kotak ke apa ke, memang tak pandai. Haha. Berita baik, tak elok dilengah-lengahkan. Hahaha.

Lepas mengetahui diri mengandung melalui UPT, saya call kakak saya, Kak Anne, pada suatu pagi masa on the way nak pergi kerja. Sebenarnya nak tahu, perlu ke pergi scan that fast to confirm the pregnancy. Kak Anne nasihatkan, better tunggu sampai 9 minggu from Last Menstrual Period (LMP) baru pergi scan, baru nampak jelas. Actually by 8 weeks dah boleh pergi scan tapi the later the clearer lah. Kalau gi awal pun kata Kak Anne, membazir je sebab nanti Doc akan suruh datang balik at 12 weeks. 

So if I was not mistaken, we went for the very first visit to Gynea at 10 weeks of pregnancy. 

Masa tu dah rasa dah segala cabaran first trimester, seperti yang diceritakan dalam entry sebelum ni. Gastrik teruk serba tak kena, memang satu tahap tu menangis rasa tak larat benar. Huhu.

I also experience rasa lesu ya amat, nak bangun pun tak larat. It was tough, at least that is how i felt. Lembik dia sampai tahap, suami sendiri pun tak tahu nak tolong macam mana.

But it was quite a relief bila you are struggling with your first trimester challenges and you have your husband by your side to comfort you. At least, masa isteri muntah-muntah, suami datang gosok belakang. Atau masa isteri lemah, suami tolong ambilkan air, atau picit-picit kaki. Banyak lagi fungsi suami sebenarnya. Hehe. 

To be honest, I didn't enjoy my first trimester. Mencabar dan terseksa sangat rasa. Kena banyak istighfar dan redha je sebab inilah sebahagian dari journey to be a mother, to have someone's syurga under our feet. Seriously challenging. 

Masa first trimester lagi, kami suami isteri dah mula bincang pasal financial to welcome the baby into this world, preferred hospital untuk bersalin dan yang seangkatan dengannya. Tak boleh nak buang masa sebab we both are new to this experience and we may take some time to get ourselves familiar with all the related issues regarding family, pregnancy, baby, etc. 

Kami juga decide untuk check-up kat Klinik Kesihatan juga selain check up di private hospital that we plan to deliver. Check-up kat KK ni most of the time you will be seeing the nurses but its okay. Sebab mereka jururawat perbidanan yang memang qualified hal beranak pinak ni. Cuma it is time consuming lah bila check-up kat KK ni. Nanti setiap check-up kena cucuk amek darah dan tengok result darah. Their main concern is HB. Mine was okay only during the first check up and the graph menurun selepas itu. Maka gigih lah makan ubat macam-macam (walhal tak gigih mana pun). Hehehe

Walau apa pun, this journey will never be forgotten. The more challenging it is, the more special it will be. Doakan lah kitorang. Semoga Allah swt bantu mudahkan semua urusan. InsyaAllah will continue with trimester 2 experience in the next entry.

Wassalam.

Comments

Popular Posts