#184 First Trimester

Bismillah. Alhamdulillah.

Dari sehari ke sehari nak update blog ni, tapi tak update-update juga. Mencari masa yang sesuai tu senang, tapi nak mencari mood yang sesuai tu mencabar sikit. Hehe. Akhirnya, hari ni update juga.

Hari ini officially saya berhajat nak menyatakan bahawa Allah swt telah rezekikan saya dan suami untuk menyambut kehadiran orang baru insyaAllah pertengahan tahun ni. Sekarang saya berada dalam second trimester and in few weeks time akan menjengah third trimester pula. Terlalu cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik hari ni saya dah 25 weeks. 

For the past many weeks, saya banyak juga buat reading pasal pregnancy journey orang lain sambil membuat bacaan ilmiah juga. Ini pengalaman baru untuk kami, khususnya sayalah yang kena harung all the struggles. Sememehnya muka hanya Allah yang tahu. Sebab tu di Instagram dah kurang gambar selfie (kecuali waktu berseri terlajak haha). Yang ada banyaknya gambar makanan. Perangai betul. Hehe.

My first trimester was a real challenge, yang bukan drama. Allah rezekikan saya merasai morning sickness yang mencabar, sampai 15-16 weeks kalau tak silap. Selera makan tak berapa nak ada sebab asyik muntah. Pernah satu tahap tu saya hanya nak makan bubur, bukan sebab suka nau kat bubur tu tapi sebab saya fikir, kalau muntah bubur, taklah perit sangat tekak ni. Kalau makan benda lain, muntah, aduhai, perit tekak. 

Entah berapa kali MC pun saya tak tahu sebab memang lembik. Asyik rasa tak sedap badan, lesu, macam nak demam. Melepet baring je. Muntah di ofis banyak kali. Pernah sekali dua tak sempat berlari ke toilet, maka muntahlah saya dalam tong sampah dalam bilik ofis saya. 

And I think my condition was worsen by my gastritis. Phew. Dia punya perut berangin 24/7 masa first trimester tu, langsung tak kelakar. Makan apa semua tak kena. Sampai google lah apa jenis makanan yang membuatkan perut berangin. Termasuklah roti atau gandum dan pelbagai jenis sayuran lain. Sampai terduduk fikir, 'habis apa yang aku boleh makan ni?'. Macam tu lah cabarannya. 

Suami sampai suruh saya jumpa balik Dr. Ishak, Pakar Gastro saya takut ada sebab-sebab lain. Masa pregnant pula tak boleh makan ubat sembarangan. Saya siap dah request GL dari HR company saya cuma sudahnya saya tak jumpa pun Dr. Ishak sebab dia bercuti panjang and by the time he is back, keadaan saya dah much better. 

Begitulah kisahnya. Entah berapa kali melepet dalam ofis sendiri masa first trimester pun tak terkira. Memang mencabar. Huhu.

Masa tu juga lah banyak muhasabah diri, betapa tingginya pengorbanan ibu-ibu kita nak membuatkan kita lahir dengan selamat ke dunia, dengan izin Allah. Banyak menginsafi kekhilafan diri lah. Emosi pun turun naik. Hehe.

Itu sajalah nak merepek dalam entry ni. Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Semoga zuriat sempurna sifat, sihat walafiat dan jadi orang yang cintakan Al Quran. Ameen!

Comments

Popular Posts