#183 Bersyukur.

Bismillah. Alhamdulillah.

It has been more than a month since the previous post. Nak kata busy, bolehlah jugak. Alhamdulillah, weekend baru-baru ni baru selesai final exam DLSA dan baru minggu ni nak merasa nikmat sebuah weekend. Kalau tak, aduhai dan alahai sajalah.

20 January 2017 marks our 5th month of marrying each other. Alhamdulillah it has been a great journey although we are still far from perfection. Terasa cepat sangat masa berlalu, tup-tup dah 5 bulan. Like really? Rasa macam baru lagi buat decision untuk kahwin dan baru lagi berpenat-penat menguruskan majlis. 5 months like really? *over*

Kami cukup bersyukur dengan pengalaman berumahtangga ni walaupun serba kekurangan. Bila kita berkahwin dalam keadaan matang, kita tak rasa nak argue atau bermasam muka dengan perkara-perkara kecil. Give and take dan komunikasi adalah kunci sebuah ketenangan kot.


Kita struggle juga untuk steady-kan financial kita. Although both of us have been working for about 5 years, dan mungkin taklah se-struggle fresh graduates, tapi still we are struggling in our own ways, macam tu. But alhamdulillah, no stress is allowed when it comes to financial matter.

Kita berpegang kepada prinsip 'ada buat cara ada, tiada buat cara tiada'. Bukan 'biar papa asal bergaya'. Hehe. But anyhow we both are optimistic about what Allah swt will offer us in the future. Ada lah rezeki kita. Tak kaya harta tapi kaya ketenangan jiwa dan kasih sayang pun dah cukup bermakna.

Allah swt beri rezeki kepada hamba-hambaNya dengan formula yang berbeza-beza. Itu kan hak Allah, kan? Ada orang Dia beri duit lebih, ada orang Dia beri harta lebih, ada orang Dia beri anak ramai, ada orang Dia beri rezeki majikan yang baik, ada orang Dia beri rezeki jiran yang prihatin dan macam-macam lagi. Ideally, memang kalau boleh semua tu kita nak, kan? Tapi, jangan tamak. Dapat banyak kita bersyukur, dapat sikit pun kita bersyukur.  InsyaAllah, no stress.

As a conclusion to this entry, sentiasalah kita bersyukur.

Happy 5 Months being together, to my husband.
May Allah swt grants you the best of everything!

Wassalam

Comments