#182 Purnama Ke-4

Bismillah. Alhamdulillah.

Hari ni, genap 4 bulan melayari bahtera rumahtangga. Gitu ayat dia, skema. Nak ambil feel madah pujangga, kononnya. Hehe.

4 bulan ni, banyak perbezaan yang slowly saya dan suami belajar untuk adapt. Dari single kepada married, dia macam simple je tapi sebenarnya dia macam complicated jugak. Hehe.

Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah. Life is treating us good. Syukur.

Now that we have moved to our rumah sewa in total, we learn even more about marriage life. Our daily routine gets better, we become more responsible, I supposed. For the past 3 months we have been staying with our parents, kadang di rumah keluarga saya, kadang di rumah keluarga suami. Jadi kita takde lah rasa macam function kita significant sangat. Kita just macam assist-assist gitu je. Sekarang, duduk sendiri, semuanya kita kena function sebaiknya. 

We feel that we complete each other, better.

To be honest, sejak azali, saya kurang minat bab membasuh baju, menjemur dan melipat baju. Tapi melipat baju tu, boleh lah jugak. Haha. Tak minat, bukan tak reti tau. Haha.

Tapi suami saya suka membasuh baju dan menjemur baju. Actually dia suka basuh baju lah, jemur tu, it comes in package lah kot. Haha. Dia macam obses dengan aktiviti mencuci pakaian baik yang menggunakan tangan mahupun yang menggunakan mesin. Ya Allah, memang anugerah sangatlah ada suami suka basuh baju. Haha. 

In return saya ambil task gosok baju, dan bersyukurlah sebab Kak Yong hadiahkan kitorang Iron Phillip yang steam tu. Nikmatnya kerja gosok baju jadi mudah. Hahaha. Nak dijadikan cerita, di rumah parents in law, guna iron yang berat tu. I know some people suka guna iron berat. Saya kurang mahir menggunakannya mengakibatkan sehelai jubah saya hangus di lengan. Kahkah. Dekat rumah keluarga saya pula dah lama pakai iron jenis steam tapi bukanlah yang canggih macam Iron Phillip yang menjadi bualan ramai tu. So sebab dah biasa pakai iron jenis steam, sekali dapat iron berat, hangus baju aku! haha.

Lepas tu suami cakap dengan kekwatnya, selama dia gosok baju sepanjang hidup, tak pernah sekali pun baju dia hangus. Haha. Nasib lah awak kahwin dengan saya, jubah saya memang ada 2-3 helai yang hangus saya kerjakan. Haha. Tapi insyaAllah dengan Iron Phillip tu, tak hanguslah baju kita. Haha

Lain-lain, saya ambil kerja memasak lah, obviously. Maybe tak hari-hari tapi insyaAllah kalau larat dan rajin, will try to cook although simple dishes. Asalkan tak kebuluran. Kerja cuci-cuci macam cuci pinggan, kemas rumah, kita buat ikut siapa yang baik hati. Haha. 

So macam ni rupanya kehidupan orang berkahwin. Kadang rasa sunyi sebab dah biasa membesar duduk dalam suasana yang ramai, meriah. Bila duduk berdua je, sunyi juga especially sementara menunggu suami balik kerja. Ofisnya jauh nau-nau, ofis kita dekat sikit. So memanglah kita sampai awal, dia sampai lambat. Sementara tu melangut lah fikir nak masak apa, nak buat apa. Last-last, tengok Facebook lah! haha.

Rumah kitorang pun masih ala-ala rumah bujang, ada basic stuffs je. TV pun tak ada. Jadi, memang lah aku bercakap dengan dinding, dinding bercakap dengan aku. Hehe. Tu yang malas cemana pun, masak lah juga sebab, boleh hilang boring. Hehe. 

Then I wonder, kenapa takde orang hadiahkan TV sebagai hadiah kahwin kitorang? Why? Haha. 

Tapi apa-apa pun, bestlah life hidup sendiri lepas kahwin ni sebab we got to utilized semua hadiah kahwin! Haha. Ada vacuum, ada iron, ada periuk, ada pinggan mangkuk, ada gelas, ada steamer, ada multicooker, ada tupperwear, ada macam-macamlah. Semua boleh guna! Kalau duduk dengan parents, semua tu kena simpan dulu takyah bukak nanti buat semak. Haha.

So, itu jelah nak kongsi sempena purnama ke-4 we both are married to each other. We are still learning to tolerate better, to understand better, to function better. Kadang-kadang memang ada rasa macam 'aku expect macam tu tapi it turns up macam ni' tapi segeralah beristighfar dan jadi matang, tidak membesar-besarkan perkara yang kecil. I always remind myself that when there is no expectation, there is no frustration. Hence, happiness will be ours, insyaAllah. 

No body is perfect so do I, kan? Orang kata, the first 5 years of marriage ialah fasa mencabar, penuh dugaan dan menguji kita. Apa lagi yang baru 4 purnama bersama. To many more happiness and adventurous together, insyaAllah.

Remember that we are not perfect, we aren't meant to be perfect, pun. But we complete each other, insyaAllah.

This entry is not meant to be an advice for you, dear readers. This is just something, like a journal, which 1 day, saya akan kembali membaca dan tersenyum lebar dengannya. Semoga Allah redha dengan kita.

Wassalam


"Pak Mat membeli ikan gelama
Untuk dimasak bersama keladi
Sudah 4 purnama kita bersama
Semoga terus kekal abadi"

Comments

I Used to have the heavy iron sebelum ni, tapi sejak dapat hadiah kawen iron Philips yg kecik, ringan & ada steam, mmg tak pakai langsung dah iron berat-berat tu, buat sakit tangan sahaja..

Popular Posts