#180 my kind of engagement preparation
Bismillah. Alhamdulillah.
Punyalah banyak masa terluang kan, sampai boleh gigih nak type entry, cerita benda yang dah 10 bulan berlalu (lagi). Pekdah nau nau.
Saja lah sebenarnya nak share-kan, my kind of engagement preparation yang sungguh kekampungan dan sederhana. Sampai sekarang tak berani nak tanya suami, "Sayang, awak rasa sadis tak dengan majlis tunang kita hari tu?". Kita nak husnuzon je. Semoga suami dan keluarganya bergembira dengan majlis itu, seadanya.
Jujurnya, bila nak #throwback balik pasal majlis tunang ni, kena check balik hp, tengok balik gambar-gambar, baru ingat moment-moment yang berlalu itu. Urat dah banyak putus. Sel-sel otak sedang struggle untuk berhubung. haha.
But dalam whatever majlis pun, the first concern has always been 'budget', kan? At least to me, that has been my concern.
Sebelum berlakunya majlis pertunangan hari tu, mestilah berlangsungnya beberapa sesi komunikasi dengan calon suami (ketika itu). Kisah kitorang macam panjang, pening dan memeningkan. Kalau cerita pun, 7 hari 7 malam belum tentu habis. Yang memeningkan tu sebab kapaten memang seorang yang aneh. Kejap kau rasa nak kahwin, kejap kau rasa tak nak kahwin. Kejap kau rancak whatsapp member tanya khabar, kejap kau rasa nak create hugeee gap sebab nak jaga ikhtilat (insaf). Lalu jadilah episod drama yang maha panjang, yang sampai sekarang bila kitorang suami isteri bercakap tentang perjalanan sebelum bertunang ni, kitorang sendiri pening lalat.
Point utamanya ialah, manusia adalah sejenis makhluk Ilahi yang unik dan pelik. Yaitu kapaten.
So initially calon suami masa tu bagitahu hajat nak hantar rombongan meminang dalam Disember 2015. We tried to get a date tapi tiada yang sesuai. We ended up agreed upon 1 January 2016.
2 minggu sebelum majlis tu pun kapaten still watlek watpis lagi. Sampaikan Ummi tanya, "Kau ni jadi ke tak bertunang?". I was like, "Jadilah. kenapa tak jadi pulak?". "Dah tu Ummi tengok kau ni macam tak buat apa-apa pun!".
Kenapa kapaten relax sangat? Sebab kapaten memang dah memasang tekad, I want the simplest engagement ceremony ever. Kahkah.
Dalam fikiran masa tu, there will be no mini pelamin, there will be no fancy baju tunang, there will be no official/paid photographer. Ikutkan hati nak bertunang pakai jubah je. Macam tu lah cita-citanya. Konon zuhud benar kekdahnya. Haha.
Yang penting masa tu ialah communicate dengan calon suami, agak-agaknya berapa ramai rombongan pihak dia? Then baru kita boleh plan nak sediakan makan untuk berapa orang, ada keperluan untuk pasang khemah atau tidak, dan seangkatan dengannya.
Jadi, saya simpulkan, my kind of engagement ceremony macam ni:
1. Jemputan
Rombongan pihak lelaki almost 50 pax including kids. Saudara-mara terdekat belah Ummi dan Abah juga ramai, jiran kiri-kanan, close friends, yada-yada, kita anggarkan 100 orang.
2. Jamuan makan
Tak terdaya kita nak berlemuih masak saat nak bersiap cun-cun (kononnya), Ummi kita pun dah berusia, tak baik susahkan dia. So, kita order catering je untuk 100 pax. Nasi minyak, ayam masak merah, rendang daging, dalca, papadom, air cordial, buah oren. Ada orang sedekah kuih-muih, cream puff dan sebagainya. Catering ni pulak masak sedap dan memuaskan dan banyak, siap tak habis pun. Haha.
3. Lokasi
Buat kat rumah je. Ingat nak buat kat Majestic Hotel tapi takut keluar surat khabar pulak berita pertunangan ni, so batal hasrat. haha. Memang ikut tradisi keluarga, so far semua majlis tunang buat kat rumah. Saya pun jenis sentimental value. Cuma untuk keselesaan ruang makan, kita tempah 1 khemah, 4 meja bulat dan 40 kerusi. Yang tak dapat duduk luar, boleh duduk dalam rumah. Bersila, sambil dengar budak-budak menjerit dan menangis. Kan hiburan tu?
4. Baju & Make Up
Ni pengakuan ikhlas lah. Saya pakai baju lama. Dulu dulu, pernah merancang nak bertunang, tapi tak jadi. Masa tu baju bertunang dah siap. Jadi, baju tu masih wujud lagi. Badan pun kekal ramping. Jadi, apa kaedah membazir? Kapaten selamba redah pakai baju lama. Haha. Ada juga pilihan lain waktu itu yakni pakai baju nikah kakak-kakak kapaten. Tapi macam, over sangat pula. Jadi, I stick to baju tunang lama yang tak jadi pakai yang akhirnya pakai juga. Tiadalah pembaziran. Haha. Anyway, baju tu pernah pakai gi kenduri kahwin pun. Ada aku kisah? hahaha.
Make up pula, tiada pembaziran. Apa guna ada kakak yang suka melawo dan make up kalau tak boleh make up kan adik sendiri? Kita nak make up ala-ala je pun. Jadi, kira settle lah Kak Chik saya yang make up kan. Haha.
5. Pelamin
Maklumlah tiada pelamin. Tapi sehari sebelum tu sempat pergi rumah parents Abang Ipar saya untuk pinjam kerusi kayu maknya untuk dibuat kerusi sarung cincin. Gigih saya memandu kereta, pergi Hulu Langat, angkut kerusi kayu tu, masuk bonet. Nasib kerusi ringan je. Haha. Tu pun sebab Kak Anne bagi idea. Katanya, "Nanti akak tanyakan Mama kot boleh pinjam kerusi kayu Mama tu". Hehe.
6. Hantaran
Actually, saya sendiri lupa berapa jumlah dulang hantaran. But I believe, it was 5 berbalas 7. So I prepared for 7. Definitely, bukan saya lah yang gubah. Kau rasa kalau kapaten gubah, jadi rupa hantaran ke? haha. Tangan kapaten ni boleh pasang perabot IKEA tapi tak boleh susun dulang hantaran. Yang tukang gubah ialah sekali lagi, Mama kepada Abang Ipar saya. Kisah sebenarnya ialah Kak Anne menawarkan diri untuk gubah hantaran sebab dia nak sponsor keperluan gubahan tu. Konon dia nak buat berjemaah dengan mak mertua dia. Akhirnya saya tengok, macam hasil tangan mak mertua dia semata-mata. Hehe. Saya hanya perlu ke Hulu Langat, mengangkut segala hantaran itu, pada malam sebelum bertunang. I kan rider, apa ada hal.
So hantarannya adalah:
- Coklat - beli kat Langkawi
- Cookies - tempah dari Kak Marina tapi ended up dia sponsor. Haha.
- Signing Pen, Buku Canvas (Muharikah) & Han-kerchief - Pen siap engrave kau, han-kerchief tu sumbangan Abang Ipar (sebab dulang nampak empty sangat haha)
- Buah-buahan - belilah asik nak sponsor je naik lemak lah kau
- Sejadah - Ummi Abah sponsor
- Sirih junjung - Mama Abang Fairuz sponsor (petik mana tak tau)
- Kek - pun tempah dari Kak Marina tapi ended up dia sponsor jugak. Hehe
7. Intipati perbincangan
Saya cukup mengenali Abah saya. Dia tak akan mewakilkan orang lain untuk bercakap bagi pihak keluarga ini. Orang lain akan hantar pakcik atau atuk untuk jadi jurucakap kan? Dia tak ada, selagi boleh tapau, dia tapau.
Jadi mudah untuk saya kerana saya hanya perlu gariskan apa yang perlu beliau cakapkan dan apa yang tidak perlu. Boleh anak ajar Abah? Haha. Bukan ajar, pesan. Antara perkara yang saya tekankan pada Abah ialah saya tidak mahu disebut tentang berapa nilai wang hantaran yang boleh dipersetujui, dan berapa banyak dulang hantaran untuk nikah. Cukuplah setakat bersetuju untuk dinikahkan anak-anak (yang lanjut usia ini) dan tarikh pun sekadar confirmkan apa yang dah dibincangkan through phones. Haha.
Bukan nak poyo, tapi just tak nak. Majlis tu, jiran kiri kanan depan pun ada datang. Kita tak nak hal hantaran jadi sebut-sebutan. Tak suka sebab hal nikah kahwin bukan sama dengan pelaburan perniagaan. Kan?
Keluarga calon suami pula diwakili oleh Pak Udanya. Orangnya steady je. Part paling kapaten zreet bila lepas dah setuju apa segala tu, Pak Uda ada cakap, "Saya minta izin Haji, untuk tegur anak buah saya dan anak haji, kalau saya atau keluarga kami ternampak apa-apa yang tidak betul dalam tindakan mereka. Maklumlah, darah muda..", macam tu lah lebih kurang. Maka, sebelum kau disekolahkan kerana berkelakuan tidak sopan, segeralah kau menyopankan diri kau. Haha. Syukurlah Pak Uda, ketika itu, saya tiada keinginan pun untuk berdating dengan anak buah Pak Uda itu. hehehe.
Rasanya itu je lah kot benda-benda penting yang telah berlangsung ketika majlis pertunangan saya dan suami, dulu. Saya tidak sediakan doorgift pun. Mungkin kerana saya kedekut? Tapi sebenarnya saya tidak mahu kelihatan beriya-iya sangat. Bertunang je pun. Jadi, sekadar beringat-ingat, saya memilih untuk bersederhana. Mujur Ummi Abah sempoi saja menghormati pendirian saya. Yang penting, kehadiran tetamu disantuni dan diraikan. Jamuan makan itulah pengubat segala gundah di hati. Haha.
Jadi kesimpulannya, buatlah majlis apa gaya pun, pastinya nak ikut selera sendiri juga kan? Setiap orang ada kehendak tersendiri. Begitu jua kapaten. Masa majlis bertunang, calon suami tak datang pun. Tapi beliau datang waktu orang dah nak selesai makan dah. Ada lah kot gambar kitorang dok makan semeja sambil layan adik-beradik saya sembang. Lain dari tu, tak ada. Memang pesen tak bergambar sangat kot. Sebab, lepas kahwin ni pun, tak ada pun kitorang selfie sangat. Jenis membosankan ke macam mana kitorang ni? haha.
Whatever it is, ini cerita #throwback 10 bulan lalu. Korang nak kata kapaten kedek pun kapaten redha. Namun kapaten berbangga sebab walaupun kapaten made it simple, kapaten tetap kelihatan seperti Neelofa. Hahaha.
Sekian, perkongsian dari kapaten.
Muahciked.
Memang, keluarga 69 memang cenggini. |
Comments