177# Ujian Bertunang
Bismillah.
Free gila baq ang. Masuk kerja baru, goyang kaki. Menguyah je. Kelaparan atau keboringan? Dua-dua lah kot.
Alang-alang free, apa lagi, mem-blog lah! Hehe.
Teringat entry pasal pengalaman kahwin hari tu, a junior of mine ada komen. Pasal ujian dalam tempoh pertunangan. So Lobak, though akak tak reply kat comment, akak reply kat sebuah entry khas. Mampu? Haha
Pertama sekali pertunangan ni dianjurkan dalam Islam. Saya melihat ianya sebahagian dari usaha dalam menyempurnakan ibadah. Pendek cerita, pertunangan adalah perkara baik. Biasanya, bila kita nak buat benda baok, memang ada ujian. Bila kita nak buat benda jahat, eh lancar line clear kemahin. Standard lah kan?
Ujian dalam pertunangan memang wujud dan pelbagai. Bergantung lah kepada diri kita nak melihat bagaimana. Adat mengatakan masa bertunang ni darah manis kena banyak berjaga-jaga.
Tang mana manisnya tak tahu. Ummi ada explain hari tu tapi dah lupa. Haha.
Ada orang diuji dengan tunang sendiri yang perangai merepek atau curang. Well, bukan curanglah tapi beralih hati.
Ada orang diuji dengan keluarga sendiri. Mungkin tiba-tiba tak diberi restu, minta dibatalkan, dan lain-lain.
Ada orang diuji dengan orang lain. Boleh jadi kawan baik, ofismate, jiran sebelah rumah, pakcik berniaga sate hujung simpang, Leman yang jual karipap, dan sebagainya.
Ye, memang ada. Sebagai manusia biasa, saya juga melaluinya.
Suami saya kata sewaktu bertunang dia jumpa orang yang lebih baik dari tunang dia sendiri. Kwangjaq sikit lah pengakuan dia. Tapi, saya chill. Saya lebih terbuka bab pilihan ni sebab semua orang mahu yang terbaik untuk diri dan kehidupan sendiri. Kan?
Saya diuji dengan emosi sendiri yang rasa tak ready nak let go the frequency of time yang saya ada untuk spend dengan bestfriend saya and my other girls. Bestfriend saya dan saya setiap minggu hang out at least sekali. Kami sering explore kedai makan best-best acah-acah kaya walaupun hanya ada gaya. Haha. Dengan kawan-kawan yang lawyers kitorang selalu macam ada monthly steamboat session kat Festival City and usually it is a pop up plan. Dengan kawan-kawan lain pun selalu juga saya borak santai kat kedai kopi.
So saya sedih, bestfriend sedih, my other girls pun sedih sebab kapaten is getting married (masa tu).
Ada juga masa yang saya rasa 'kenapa aku bertunang eh? I should have live my single life. Enjoy (sampai lebam)'. Bukan takde datang idea merepek ni. Ada.
Semuanya kerja syaiton.
Tapi kena banyak bertenang dan muhasabah diri. Jangan semua yang kita rasa kita luahkan kat tunang. Silap gaya, dia terasa seperti rejection, tak pasal-pasal jadi konflik. Bertenang dan bertenang. Itu tips nya. Sebab tu, kurangkan komunikasi.
Selain itu semasa tempoh pertunangan, rajin-rajinlah sibukkan diri. Buat itu buat ini. Agar fikiran ter-occupied dan jadi tak sempatlah nak memikirkan benda-benda merepek. Doa selalu, yang baik-baik.
Masa bertunang, tak ada dah saya doa macam Ya Allah kalau dia bukan jodohku jauhkanlah. Takde dah.
Doa yang baik-baik je seperti Ya Allah mudahkanlah urusan penyatuan kami dan lapangkanlah hati kami menuju pernikahan kami.
Sebab apa? Sebab sebelum bertunang tu dah istikharah dan istisyarah kan? Kenapa nak fikir yang kalau bukan dia, jauhkanlah lagi? InsyaAllah memang dialah. Antara mudah dengan sukar sahaja ceritanya.
Tempoh bertunang juga tempoh kita develop skill untuk nego. Untuk bertoleransi. Selera dia mungkin berbeza dengan kita khususnya hal barang kahwin. Contohnya lah baju kahwin. Jadi kena ada give and take. Perempuan biasanya cita-cita melangit untuk jadi princess. Haha. Tapi berpada-padalah. Tengoklah bakal suami kita atas bawah. Kot kita beriya nak jadi princess, tapi member sebelah jadi The Hulk. Tak aci jugak. Hehe.
Dalam hal ni, saya dan suami tak banyak isu. Saya memang jenis tak ada taste sangat jadi saya banyak bergantung kepada tailor saya. Semasa tempoh bertunang juga saya nampak 'boleh tahan fussy juga tunang aku ni!' but then kita layankan je. Benda-benda simple tak usah dibuat issue. Tak berbaloi nak argue. Jumpa dah lah sangat jarang, contact pun jarang, maka bertenanglah. Hehe.
Tempoh pertunangan juga tempoh kita nak pulun kaw kaw masa untuk spend dengan kawan-kawan. Sebab lepas kahwin komitmen bertambah, masa lebih terhad. Gunakanlah sebaiknya masa yang ada untuk ekspresikan penghargaan kepada insan-insan tersayang.
Dalam Islam pertunangan ini dibincangkan secara agak detail. Dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri juga ada klausa yang menyentuh perihal pertunangan. Sekiranya berlaku putus tunang, ada hak-hak yang boleh dituntut. Di sisi agama dan undang-undang, bergelar tunangan orang adalah satu komitmen. Walaupun masih belum halal, tetapi komitmen pertunangan ini seharusnya bersifat mendidik.
Mendidik kita untuk menundukkan pandangan. Jangan dok tamak nak perempuan cantik, nak lelaki kaya dan handsome dan lain-lain. Tak ada lelaki atau perempuan perfect dalam dunia. Kita perlu saling melengkapi. Itu je.
Pertunangan juga mendidik kita untuk lebih bijak berkomunikasi. Ada hati yang perlu dijaga. Ada mata-mata yang memerhati.
Sepanjang tempoh bertunang, saya ada rasa takut-takut untuk lunch bersama dengan ofismate yang lelaki. Walaupun lunch di pejabat, kita tak tahu mata-mata yang memerhati. Tambah tambah lagi saya ni memang ramai kawan lelaki. Roksta lah katakan. Lelaki payah nak emo dan sentap. Sempoi lebih sikit. Perempuan ni, alahai. Hehe. So kena lah pandai-pandai bawa diri.
Untuk tempoh pertunangan yang 7 bulan lebih tu, graf perasaan dan keyakinan memang turun naik. Sebab kita bukan pesen bercinta, jadi lagi lah rasa plain gila. Kena sentiasa perbaharui niat untuk dapatkan redha Allah melalui perkahwinan. Bila fikir nak dapat redha Allah, nak lengkapkan agama, jadi kita lebih firm dengan perancangan asal yakni menuju perkahwinan.
Syaitan sering berusaha untuk mengagalkan usaha umat Rasulullah mendirikan rumah tangga. Melalui pelbagai cara.
Kita, janganlah tertipu.
Bertenang selalu.
Doa, moga Allah bantu.
Allahualam.
Comments