175# Sincerely, Dinda.
Bismillah. Alhamdulillah.
Semenjak masuk opis baru ni, lunch hour starts from 1230 to 130, office hour starts from 830 to 500, rasa heavennya. Lepas tu ada bilik sendiri, maka bolehlah ku tidur jap waktu lunch.
Btw, tengok title entry pun dah tahu benda asal nak cite bukan pasal kerja. Hehe.
Semalam, 21/9, hari lahir ke 29 tuan engineer, En. Azraei. Happy birthday, suami!
I know I have wished you the same dengan pelbagai cara dan dalam pelbagai occassion. Tapi, apa salahnya nak wish lagi sekali untuk ke 50 juta kali. Kan? Haha.
Semalam I was scrolling the old entries untuk blog ni. Nampak setia juga kapaten wish happy birthday to my good friend ni tak kisah di mana jua kapaten berada termasuklah ketika di Ireland, 2 tahun lepas. Cuma opkos lah birthday wish tu too general dan tak mention nama. Kahkah.
Baru tahun ni nak mention nama. At least ada lah juga kelainan, ye dak?
Maaflah, isteri awak ni kan baru sebulan jadi isteri. Belum reti nak surprise-kan awak dengan hadiah atau segala jenis surprise lah. Saya tahu birthday saya hari tu awak hantar a bouquet of ferrero rocher ke opis saya dengan harapan untuk kelihatan sweet kan? Malangnya kapaten yang macho rasa segan gilos. Lekas-lekas kapaten balik, nasib baik half day masa tu. Haha
InsyaAllah untuk tahun-tahun mendatang kapaten cuba buat surprise untuk suami kapaten. Mungkin dengan buat cekodok pisang lepas tu cucuk lilin tengah-tengah tu ke, atau hantar pasu bunga kat opis awak ke kan? Hehe.
Harap-harapnya dengan menulis sepucuk surat dengan ucapan khas Happy Birthday semalam, telah menggembirakan hari lahir ke 29 awak. Dan harap-harapnya dengan membelikan takoyaki juga membuatkan awak rasa bahagia dia hari lahir awak. Oh juga dengan menggoreng telur dadar, harapnya menggembirakan awak.
Besarlah harapan kiranya sepucuk surat tulisan tangan, sebekas takoyaki dan sepiring telur dadar memberi makna melebihi fancy birthday presents yang mungkin awak pernah atau selalu dapat. Itulah benda paling sweet yang kapaten telah berusaha buat untuk tempoh sehari dua ni. Hahaha.
Hajat di hati memang nak beli birthday kad yang proper. Kat Memory Lane ke kan. Tapi, sekarang ni nak ke mana-mana kena minta izin suami, lepas tu tak boleh mengelat. Leceh pulak nak susun ayat pusing-pusing taknak kantoi. Last-last, tulis atas kertas kosong je lah! Asal ada!
Apa-apa pun, saya doakan segala yang terbaik untuk awak. Terima kasih sebab nak ambil tanggungjawab didik dan sayang saya. Bukan mudah tanggungjawab sebagai suami ni, tapi kerana awak gigih, saya bagi awak 5 bintang! Eh!
Selamat hari lahir, suamiku.
Mohon maaf atas segala kekurangan saya.
Terima kasih selalu tegur dan pesan untuk urusan dunia dan akhirat.
I couldn't ask for a better suami than you.
And lastly,
Ailebiu.
Sincerely,
Dinda (kahkahkah)
Comments