174# Another hijrah.
Bismillah. Alhamdulillah.
So genap sebulan yang lalu, melakukan hijrah besar pertama untuk tahun 2016 dengan menukar status.
Semalam pula, secara rasminya melakukan hijrah besar kedua untuk tahun 2016 dengan berpindah tempat kerja pula.
Dua dua pun saya anggap sebagai satu rahmat dari Allah swt. Banyak betul kebaikan Allah beri sedangkan diri ini sarat dengan khilaf dan dosa. Moga kebaikan dan nikmat-nikmat ini bukan istidraj. Ameen!
Hari ini, hari kedua saya di pejabat baru. Pantas masa berlalu, seperti masih baru menerima panggilan untuk menghantar CV, menerima panggilan untuk menghadiri temuduga, menerima panggilan pihak majikan menyatakan hasrat mereka untuk mengambil saya, menerima emel surat tawaran dan seterusnya.
Tahun 2016, tahun yang sarat dengan pelajaran dan pengajaran. Banyak yang saya belajar. Dari Januari, saya terlibat dengan projek yang agar besar di TM berkaitan perjanjian yang membantu kepada hala tuju Convergence TM, Januari juga bertunang, kemudian menerima tawaran kerja baru sekitar Mei, saya tender resignation with 3 months notice in June, saya bercuti kahwin in August, saya tamat perkhidmatan dengan TM in September early and today I am with a new company.
Selain daripada pengajaran kehidupan perihal pertunangan dan perkahwinan, bidang pekerjaan juga membawa saya kepada mengenal value diri dan tekad hati dalam membuat keputusan yang bulat.
Meninggalkan TM adalah hijrah untuk saya dalam karier ini. Benar, masih setahun jagung, tetapi kita tak kan pernah tahu rezeki kita bagaimana. Mungkin semalam kelam, hari ini masih suram. Mungkin semalam mewah, hari ini sedikit susah. Mungkin semalam susah, hari ini bertambah mudah. Semuanya Allah yang tentukan.
Bukan mudah untuk keluar dari comfort zone. Banyak sangat cabaran mental yang menduga. Saya cuba mencari jawapan mengapa saya perlu menerima tawaran kerja baru ini? Sedangkan saya tidaklah bersungguh mencari kerja pun. Saat saya sibuk di TM saya menerima panggilan dari HR majikan sekarang untuk menghantar CV kepada mereka. Bukan seperti orang mengantuk disorong bantal pun. Sebab dah comfortable di TM.
Gaji? Mungkin ia salah satu faktor sokongan tapi bukan langsung faktor utama. Prinsip saya hal duit senang. Kalau ada, buat cara ada. Kalau tiada, buat cara tiada. Ada duit lebih boleh lah berbelanja lebih (dan menyimpan juga haha), kalau tiada duit lebih, belanja sekadarnyalah.
No stress about money. Money comes money goes. Hehe
Akhirnya jawapan yang paling valid untuk saya pegang ialah "I want to go out of my comfort zone". Sekiranya saya terlebih lama di dalam comfort zone, jadilah saya seperti lembu gemuk yang malas. Hehe
Bermula dengan saya tender resignation saya, banyaklah cabaran mental. Menerima counter offer, pujuk dan ayat manis bos, mendengar pendapat dan nasihat yang pelbagai jenis dari bosses dan rakan sekerja, semuanya mempengaruhi keputusan kita. Goyah dan gugah juga. Terasa terangkat punggung juga apabila mendengar ayat-ayat manis dipujuk untuk membatalkan hasrat berhenti.
Sekiranya anda melalui perkara sama, saya nasihatkan bersedialah untuk mendengar puji-pujian yang melangit untuk diri kita. Termasuklah seperti "we have plans for you, you will be the next manager in line", "you are such a talent", "we know how do you work and we don't think that we can afford to lose you", "we can demand for you if you wish to reconsider you decision", yada yada.
Saya adalah species yang telah termakan sikit dengan pujuk rayu dan puji pujian sedemikian. Haha.
Mana mungkin kau tak cair dan lembut hati sebab yang cakap-cakap ni semua bosses tau! Bukan staff cap ayam.
Sempatlah saya berbela bahagi kejap. Kemudian saya berfikir, "apa reason aku nak hijrah? nak keluar dari comfort zone!". So despite all the pujian dan tawaran (yang takde figure), saya bulatkan tekad. Bismillahi tawakkaltu alallah. Malah Abah pesan, "kau tawakkal, kau pandang depan, jalan terus".
Tipu kalau kata tak takut, tak sayang. Mesti takut, takut buat keputusan yang salah. Sayang, sebab dah sangat seesa dengan TM dan rakan sekerja. Pendek kata, sepanjang berkhidmat di TM, belum pernah saya berdepan dengan krisis kerja. Apa orang beri saya hadap dan saya chill-chill saja. Ala, komplen bebel-bebel tu perkara biasa. Bukan apa, kadang-kadang kita terlupa bersyukur je. Hihi
Saya solat istikharah dan solat hajat, mengharapkan Allah beri saya pedoman, apa yang terbaik untuk saya. Setelah bulat dengan keputusan pun tiba-tiba ada lagi tawaran yang datang dari department lain dalam TM. Kembali tergugah jiwa. Haha. Tapi Allah swt nak tunjuk bahawa cukuplah tempoh masa saya mengutip ilmu di TM, kerana akhirnya yang terbaik buat saya adalah dengan meletakkan noktah dalam pekerjaan saya di sana.
Saya tawakkal. Sekiranya tempat baru tidak sebagus TM pun, sekurang-kurangnya saya belajar tentang kehidupan. Tentang membuat pilihan dan keputusan. Tentang membulatkan tekad mencabar diri keluar dari zon selesa. Tentang merendah ego belajar perkara baru dengan orang baru.
Selepas tersedar betapa saya telah termakan dengan puji-pujian bosses, saya teringat pepatah melayu yang berbunyi; "patah tumbuh hilang berganti".
Sedih orang tak akan lama. Hilang kita hari ini, esok lusa dah ada pengganti. Itulah realiti organisasi. Jadi, tak usahlah nak perasan dihargai sangat! Hehehe.
Saya bersyukur dengan nikmat hidup yang Allah beri saya hari ini. Ada keluarga yang menyayangi dan menghargai saya seadanya. Ada kerja yang baik dan tidak melalaikan saya (insyaAllah). Ada rezeki makan pakai yang dapat saya manfaatkan buat ibu bapa juga. Alhamdulillah.
Mohon doakan saya.
Semoga yang terbaik dalam segala perkara menjadi milik kita.
Rindu saya kepada rakan sekerja di TM. Semoga persahabatan kami tidak terhenti.
Wassalam
Comments