173# Hampir sebulan.

Bismillah. Alhamdulillah.

Hampir sebulan kahwin, banyak soalan typical yang diajukan seperti "how's life after marriage?" or "best tak kahwin?". Abang ipar ku lagi selamba soalannya "amacam? Seronok kahwin?" 

Terpulanglah nak interpret segala soalan tu literally atau dengan hidden meaning. Pertama sekali kena bersyukurlah sebab Allah pertemukan jodoh, pada usia 29 tahun. Walaupun mengharapkan orang menganggap kita masih berusia 16 tahun. Gitu.

Kahwin ni urusan Allah. Begitu juga rezeki dan ajal maut kita semuanya takdir Allah. So to us yang kahwin umur 29 ni, saat kawan-kawan lain dah beranak pinak, (tak caya tengoklah diorang masa wedding hari tu, masing-masing gendong anak!) tak adalah rasa pressure macam "omg! aku kahwin lewat! Dah tua!"

Coolness dalam jiwa ni sebab kita percaya urusan jodoh ni Allah punya. Dan. Kita juga percaya bahawasanya masa itu juga makhluk Allah. Bukan kerja kita nak tentukan bila. Kerja kita ialah berusaha mempersiapkan diri ke arahnya.

Namun yang demikian, nasihat saya kepda adik-adik saya, siapkanlah diri dari awal. Jangan lengah masa seperti saya. Belajar agama seawalnya, siapkan diri seawalnya, belajarlah ilmu rumah tangga, ilmu komunikasi, ilmu memasak, dan sebagainya. Semua persediaan ini adalah usaha kita ke arahnya. Moga Allah hitung sebagai kebajikan kita mengejar redhaNya. 

So how is it like after marriage yang baru sebulan jagung ni? 

Tak mampu nak jawab soalan tu pada kebanyakan waktu. Orang lain dah kahwin berpuluh tahun, pi tanya orang tu. Hehe

But I think most of the time orang tanya tu dia bermaksud nak tahu how are we coping with our new life having a life partner 24/7. Yang selama 29 tahun hidup ni kita hidup sendiri, berdikari, dan hanya ada keluarga di sekeliling untuk berkongsi segalanya. Juga ada teman-teman rapat yang mostly sejenis lah untuk berkongsi rasa dengan kita. Tapi sekarang lain sebab you have to take into consideration, another individual, in everything you do. 

Mungkin untuk orang lain, pengalamannya berbeza. Untuk saya, secara peribadi, ia adalah satu pengalaman yang aneh, awkwardness yang menguji mental, dan perlu ada motivasi diri yang tinggi. 

Sepanjang tempoh pertunangan, kami tidak pernah keluar dating, lepak atau seangkatan dengannya berdua. Kami berjumpa semata-mata urusan persiapan majlis dan bertemankan orang ketiga. Bertemankan tailor saya, bertemankan adik saya Ijam, bertemankan anak buah saya Trisya, akhir perjumpaan sebelum majlis kami ke butik bertemankan kakak-kakak saya. 

Perbincangan memang atas dasar persiapan dan tanya khabar atau pendapat gitu je. Tiada unsur perasaan dibincangkan. Langsung. Gila kental suami aku bertahan dengan wanita konkrit ini! Hahaha. 

Maka terjawablah kewujudan awkwardness yang melampau. At least di pihak saya lah. Tak tahulah kalau dia tak rasa awkward. Haha.

We had quite a confused nature of relationship. Kitorang memang kawan lama, yang dah lama kawan dan baik pun. Dulu, zaman saya pernah suka kat entah mana-mana lelaki entah, dialah kawan lelaki yang saya rujuk minta pendapat about how do I go about it. Nak cuba berterus terang dengan lelaki yang saya suka atau sebaliknya. 

At the same time, terkadang dia merujuk saya juga tentang bagaimana untuk memahami wanita. Cara wanita berfikir, emosi wanita, yada yada. Pulak tu suami saya tak ada adik beradik perempuan, lagilah dia struggle nak faham perempuan sebab banyak perancangan dia nak mengorat perempuan. Hahaha. 

So actually we were good as friends. Good friends. Tapi bila masuk je fasa pertunangan, saya jadi extra strict. Terlalu menjaga. To the extent saya cakap dengan dia, saya prefer perbincangan tentang majlis melalui email. Google pulak ada google form lah, excel sheet lah ape semua tu. Memang saya utilise kaw-kaw. 

Reason being saya tak nak constant messages on whatsapp. Secondly saya malas nak scroll balik perbincangan yang dah naik ke atas saat saya mahu merujuknya kembali. Leceh. So email lah. Ada lah kot dalam 2-3 minggu or sebulan sekali muncullah email update progress majlis. 

Skema much? 

In between tu ada lah tunang saya ini (dulu tunang lah) datang rumah tanya khabar Ummi Abah saya, duduk borak dengan diorang. Most of the time saya buat-buat sibuk kat dapur. Malah ada sekali tu saya bukak laptop kat ruang tamu, siapkan assignment/presentation untuk kelas keesokan hari. Pendek kata tak join the conversation sangat pun. 

Soalan: Annoying tak perangai bajet bajet perempuan ni? Haha. 

Sebab tu mana ada gambar kitorang skandal sebelum kahwin. Sebab memang tak bergambar pun! Haha. 

So after all these efforts untuk jadi skema dan strict bagai, macam mana lepas kahwin tetiba nak adapt jadi isteri yang mesra, yang solehah, "ye bang, baik bang, abang nak minum apa bang, abang dah balik?" Hahaha. 

Doa bebanyak lah jawabnya! Hehe. 

Reason saya sangat menjaga sewaktu tempoh pertunangan sebab saya tak nak jatuh cinta terlebih awal dari waktu sepatutnya. Saya khuatir nasib tidak menyebelahi saya dan saya kecewa. Sebab kita hanya merancang dan kita tak tahu perancangan Allah yang sebenar. Banyak kisah putus cinta putus tunang dan sebagainya. Melalui sendiri pengalaman patah hati sebelum ini menyebabkan saya menjadi terlebih berhati-hati kali ini. 

Acapkali saya ingatkan kepada diri sendiri, untuk tidak asyik dengan status tunang tu sebab belum sah lagi menjadi suami-isteri. Tempoh pertunanganlah tempoh yang paling menguji kalau kita leka. Sama ada syaitan mengasyikkan kita dengan rasa gelojoh yang menggugah jiwa, atau syaitan menimbulkan rasa was-was atau sesal dengan pilihan kita. Either way pun memang menduga. So, kurang komunikasi benar-benar membantu kami. 

Apa nak khuatir, Allah kan ada. Allah jaga kita, Allah jaga dia. 

Tipulah kalau kata tak ada rasa doubt atau dilema langsung dengan pilihan yang kita dah buat. Tetiba kita akan jumpa banyak pilihan calon lain yang agak baik untuk kita consider. Tetiba kita rasa macam hilang excitement untuk perkahwinan. Tetiba kita rasa macam kan best kalau aku kekal single, enjoy. Tetiba kita rasa doubt boleh ke aku jadi isteri yang baik dan lain-lain. 

Lagi-lagi perempuan ni dia ada sejenis attachment luar biasa dengan teman-teman perempuannya. Nangis berbakul-bakul bukan kerana takut nak kahwin, tapi kerana sedih akan hilang nikmat lepak dan enjoy dengan BFFs kita. Life is not gonna be the same. It's a fact. 

Nevertheless, saat dah bernikah tu, Allah swt akan hadirkan rasa lega dan syukur yang tak tergambar dengan kata-kata. Berkahwin dengan lelaki baik adalah impian dan harapan semua perempuan. Walau bagaimana nakal pun perempuan itu, walau bagaimana jahat pun lelaki itu, tetap yang diharapkannya adalah pasangan yang baik. 

Like I said to him, "I don't know what did I do to deserve you". 

But Syukur, Alhamdulillah. I thank Allah for granting me a good leader whom I will be sharing my life with, forever insyaAllah.

Untuk yang bakal mendirikan rumahtangga atau yang sedang melalui tempoh pertunangan, tips dari saya;
- sentiasa perbetulkan niat untuk berkahwin. Untuk redha Allah swt semata-mata. Yang lain akan datang bersama dengan redha Allah. 
- jaga ikhtilat walaupun kita dah bercinta 20 tahun dengan orang sama. Kawal komunikasi tapi jangan sampai hipokrit. 

Allahualam. 




Comments

Saya suka baca penulisan akak. Thank you for the tips kakpaten. Betul, dugaan bertunang ni rasa macam2. Kadang-kadang bukan diuji dengan masalah dengan pasangan, sebaliknya orang sekeliling. haha. Mohon doakan yang terbaik untuk saya jugak tau!

Popular Posts