#25 Menilai Sudut Bumi Yang Beda
Bismillah. Alhamdulillah.
Pejam celik pejam celik, esok (Sabtu) saya akan berangkat pulang ke Malaysia. Cukuplah bercuti 2 minggu. Macam macam buat. Macam macam dah rasa. Rindu pula kepada nasi lemak. Hehe
Esok flight dari Dublin jam 845 malam. ETA di KLIA pada Ahad 1045 malam. Saya akan transit di Abu Dhabi like that day masa datang sini.
So how do I feel? I feel good. I feel blessed. Alhamdulillah.
I don't quite miss my home because I know that Ummi Abah aren't home. They are still in Makkah for Hajj. But I do miss nasi lemak. Hehe
As I wrote in bicaranajlaa.com, this is my very first time going beyond asia continent, to be specific to Europe. Besides rasa gembira dan teruja sebab yang sebelum ni orang dok cerita cerita kita dah rasa dengan sendiri, ada juga rasa macam kasihan kepada diri sendiri. Sebab? Sebab baru sekarang pada usia 27 tahun dapat faham apa yang orang dok kata. Hehe
Many years ago Abah pernah katakan kepada saya, masa tu dalam kereta, hanya kami berdua, katanya:
"Abah suka kalau kau dapat pergi jalan tengok negara orang. Pergi negara orang putih, bukak mata macam mana kehidupan ni sebenarnya.."
Maybe ayat tu tak berapa tepat la tapi lebih kurang macam tu lah.
Masa tu saya rasa biasa je. Teruja ke? Tak pun. Because I am a very plain person, I am proud to be home in Malaysia.
But. Now. I understand. Maybe not in totality but faham dah lah. Kenapa kita perlu merantau, panjangkan langkah, tengok dunia.
Di negara jiran, kita tengok ramai orang Islam, kita rasa secure. Makan tak susah sangat. Walaupun banyak makanan tak halal atau syubhah tapi banyak jugak makanan halal dan thoyyib.
Di negara yang jauh sikit, berbeza keadaannya. Saya serta merta merasa kagum dan tabik spring kepada penggiat usrah di negara orang. Bukan mudah. Iman dah la senipis kulit bawang. Di sini melihat budaya berbeza menjadikan iman yang senipis kulit bawang itu bagai disiat siat dan dihiris halus pula. If you know what I mean.
Saya jadi sakit kepala melihat pasangan kekasih bercumbuan di sana sini. Merata rata. Tak kira di mana.
Di London, orang bercium.
Di Paris, lagilah. Kota Cinta kan namanya.
Di Dublin, pun tak ada beza.
Kalau di Malaysia, kena halau serta merta. Huhu.
Tabah benar mereka yang survive living abroad tanpa tercela sikitpun pendirian dan pegangan/prinsip mereka. Memang bukan mudah.
Tapi dalam sudut lain mengujakan saya untuk sambung belajar di negara seperti ini. Jauh di perantauan. Belajar menghargai kehidupan pada ruang sudut bumi yang beda dari biasa.
Terfikir juga kenapa tak sambung Master sebelum ini di negara orang?
Sejujurnya sebelum ini saya amat berkira untuk mengejar masa kehidupan saya. Maka sebab itu saya sambung Master sambil bekerja. Tak teringin saya untuk menyambung pelajaran full time, tangguh kerja, merantau jauh. Sebab saya fikir banyak tanggungjawab saya di sini. Tambah lagi kalau sambung belajar local pun tak ada kurangnya dari segi certification. Bukannya graduan Uni di Malaysia cap ayam dan yang graduan antarabangsa cap ikan jos.
Well, pemikiran tu tak salah. Betul.
Cuma sekarang saya benar benar faham. Belajar dan merantau di negara orang bukan semata perihal sambung belajar dan certification. But it is far beyond that.
Ianya tentang the art of survival. Tentang membina jati diri Muslim di negara minoriti Muslim. Tentang menguji ketahanan mental dan emosi di bumi yang kita duduk seorang diri.
Saya katakan kepada Abang Ipar saya, sepatutnya travel ke Europe ni dilakukan pada usia muda. Semuda 20-21 tahun. Buka mata lebih awal, dewasa lebih awal. Baru nampak 'bagusnya' kalau sambung Masters di negara seperti ini. Sekarang kalau baru nak make up my mind untuk further study di negara jauh begini, sedikit terlewat.
Tahun bila nak habis. Tahun bila nak kahwin. Tahun bila nak itu nak ini.
Tapi hari ni sambil hirup hot chocolate di kedai kopi di Malehide, Dublin ini, saya sedar bahawa semuanya telah Allah swt susunkan.
Kalau dahulu saya terbang ke negara Eropah lebih awal untuk berhijrah dan belajar, saya mungkin hanyut. Jauh hanyutnya.
Kalau dahulu saya terbang ke negara orang putih lebih awal, saya mungkin takkan pernah kenal usrah itu apa dan kepentingannya bagaimana.
Lantas saya bersyukur. Bersyukur seadanya saya diberi peluang bermusafir untuk 2 minggu ini melihat satu sudut dunia yang beda dari biasa. Sekurang kurangnya saya dapat menilai bagaimana hebatnya cabaran ujian iman di negara begini.
Dan saya menghargai ikhwan-akhawat yang mengangkat usrah ke sana sini demi mempertahan dan mengukuh jati diri Muslim dan Mukmin.
Jika anda seusia saya, belum pernah meneroka sudut Eropah dunia, mungkin boleh mula merancang dan bermusafirlah.
Banyak yang boleh diteroka. Kita melihat manusia berbeza beza. Tapi kita percaya bahawa Yang Mencipta adalah Yang Satu juga.
Terima kasih Tuhan atas anugerah musafir ini. Takkan habis dicerita akan apa dalam otak. Anugerah ini hebat. Untuk saya yang masih dahagakan ilmu dan didikan.
Syukur. Alhamdulillah.
Subhanallah. Allahuakbar.
Najlaa,
11:12 am,
Insomnia Cafe, Sutton,
Dublin
Comments