170# Ramadhan post

Bismillah. Alhamdulillah.

So this is my first blog post during Ramadhan. Alhamdulillah, ada peluang nak update blog walaupun isinya tak seberapa.

You know, I have been very busy with life. Gitu. 

My Ramadhan this year is less-productive if I want to compare with my Ramadhan last year. Truth to be told, I may have a lot of things in my mind that made me lost focus about Ramadhan and my ibadah during Ramadhan. Hari hari berharap agar Allah swt beri peningkatan iman untuk Ramadhan kali ini menjadi lebih bermakna. 

InsyaAllah semester hampir sampai ke penghujung. Peperiksaan akan bermula hujung minggu ini. Baik punya schedule. Memang perlu keep positive and chill.
25 Jun - Undang-undang Prosedur Mal
26 Jun - Kehakiman 
2 Julai - Undang-undang Jenayah Islam
3 Julai - Undang-undang Keluarga Islam
16 Julai - Usul Fiqh 1

So lagi 2 hari nak exam, agak-agak dah berapa chapter khatam? 

Jawapannya zero. Huhu. 

Macam hari ni cuti Nuzul Quran, perancangan asal nak utilize untuk study. Tapi banyak pertukaran plan di saat akhir.

Nampak iklan kat FB pasal jualan gudang Houz Depot. Murah gila-gila. Pergilah kita gigih padahal tak pernah-pernah teringin nak membeli barang elektrik pon. Sekali kau, ramai amat. Memang merepek punya sistem. Kita balik dengan tangan kosong.

Kemudian menuju ke Pustaka Mukmin pula nak cari enakmen. Sekali Jalan TAR jem amat, pusing 2x cari parking takde, kita pulang dengan hampa.

Kemudian nak hiburkan hati kita pergi Aeon, beli barang untuk buat kuih raya. Resepinya, google sahaja. Google Resepi Famous Amos. Gigih kan?

Al hasil, sampai rumah je terus sinsing lengan buat kuih raya. Oven pulak besar pinggang kita je. Haha. Jenuh juga. 

Lepas tu, tolong Ummi masak untuk berbuka pula. Anak-anak buah request Gulai Tempoyak Ikan Patin, TokMi masak dan Ayam Masak Merah, TokMi suruh Ucu Aten masak. 

Sudahnya, study ke mana, kita ke mana. Haha.

Tapi, sebab kuih raya tu sedap dan menjadi, terus tak raya bersalah tak study. In fact rasa nak buat kuih lagi dan lagi. Haha. 

Selamat mengejar lailatul qadar! 
Wassalam


Comments

Popular Posts