167# pandang terus. Maju.
Bismillah. Alhamdulillah.
Kerana 111 hari lagi bersisa, tiba-tiba diserang sakit kepala yang menggila. Angin kus kus agaknya.
Entah bagaimana perjalanan hidup yang mendatang, allahua'lam. Moga dilapangkan jalan untuk setiap tanggungjawab perihal hidup dunia dan akhirat disempurnakan.
Hidup perlukan pengorbanan.
Melangkah satu tapak maju ke depan, barangkali memaksa kita meninggalkan sesuatu di belakang.
Lalu kita memilih sama ada untuk terus menoleh atau hanya tetap fokus ke depan.
Moga Allah bantu kita semua.
Lancarkan semua urusan kita.
Paling penting, moga segalanya Allah redha. Kerana peluang ke Syurga itu hanya semata-mata pada redha dan rahmat Allah.
Bismillah. Pandang terus. Maju.
Comments