168# weekend untuk rehat

Bismillah. Alhamdulillah.

InsyaAllah sekitar 22 hari lagi Ramadhan menjelma. Ramadhan kali ni rasa ada rama rama dalam perut. Lain macam pula feelingnya.

Alhamdulillah puasa dah ganti awal awal dulu, so takdelah rushing gelabah di saat akhir ni. Tapi cuak juga menjelang Ramadhan ni sebab rasa macam da lama sangat tak practice puasa. Tak pasti badan ni boleh menerima cabaran puasa dengan jayanya atau tak.

Harap harap kentallah jiwa semangat dan badan ni ye.

Hari ni alhamdulillah Allah swt beri saya rehat. Rehat yang banyak. Sebab ditakdirkan demam, maka saya ambil keputusan untuk tidak ke kelas. Maka, burn lah 5 kelas saya hari ini. 

Saya tiada pilihan lain kecuali mengorbankan kelas kelas saya sebab sekiranya saya terus memaksa badan, alamatnya memang shut down terus sistem badan ni. Huhu.

Dua hari lepas dah mula demam. Pergi kerja, pergi klinik di kawasan ofis, doktor bagi MC. Balik. 

Keesokkan harinya masuk ofis macam biasa walaupun tak lah sihat mana. Balik dari kerja ambik kau, tumbang semula.

Kali ni demam datang dengan pakej sakit tekak dan selesema. Hidung tersumbat der. Tak tipu punya stress dia kena nafas guna mulut. Haha. Suara pun boleh tahan lunak bila da sengau.

Semalam Ummi bising, katanya "cuba kau pilih satu weekend untuk kau rehat, jangan pergi mana-mana, tak payah buat apa-apa". Terus serta merta saya pilih weekend yang ini untuk rehat, tak pergi mana-mana. Sebab memang hanya mampu makan tidur je. Huhu. 

Jadual terlalu padat. Terlalu banyak perkara perlu diuruskan. Sekali sekala rasa macam nak menjerit di tepi pantai juga "i want my life backkk". Hehe. Siapa suruh rajin nau nak buat diploma bagau? Amek kau.

Apa apa pun, kita dah start, kita kena sempurnakan sehingga selesai. 

Doakan! Moga lancar urusan. Moga diberi kesembuhan. Segera! Ameen!

Comments

bikrunnajah said…
happy baca sudut pandang positif psl hidup dari akak :)
Najlaa said…
Alhamdulillah. Kena positif sokmo, dik!

Popular Posts