166# Selamat mencari jodoh
Bismillahi walhamdulillah.
Kaifa halukum?
Alhamdulillah masih kita diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang Muslim dan Mukmin insyaAllah. Allah masih sudi menghidupkan kita setiap kali selepas mematikan kita (tidur). Syukur. Syukur.
I am typing this entry via phone at the moment. Sitting on my chair, at my table, in my office. I am feeling pening dan mabuk, which I think this is due to green tea yang diminum hasil belian dari Kedai Nasi Kak Wok Cyberjaya.
Jauh membeli makanan. Alang-alang ada urusan di KKMM Putrajaya, bos pesan beli Nasi Kak Wok. Lejen tak? Haha.
Sekarang ni setiap kali nak update blog, rasa tumpul je otak. Tak berapa nak ada idea macam dulu-dulu. Walaupun lama dah tak update dengan harapan banyak idea dan perkongsian yang tersimpan, nan hado juga. Adakah ini simptom penuaan? Oh tidak! Saya masih remaja! *denial as always*.
Tahun ini, umur saya 29 tahun. Ye, saya tahu saya masih kelihatan seperti 19 tahun *flip tudung*. Namun hakikatnya, 10 tahun dulu saya berusia 19 tahun. Kelebihan menjadi orang bersusuk tubuh kecil atau genit ialah, tidak kelihatan tua seperti orang lain. Hehe. Maka, ucapkan lah alhamdulillah.
Berada dalam umur 29 tahun, perasaannya penuh dengan celaru dan keliru. Adakah aku perlu merasa bersedih kerana tahun depan tiada lagi angka 2 di depan? Adakah aku perlu bangga kerana aku telah kumpul banyak pengalaman kehidupan? Adakah aku perlu merasa sendu kerana umur sudah banyak tetapi masih belum berkahwin dan mempunyai anak? Adakah adakah adakah!
Jawapannya hanyalah kah kah kah! Hehe
Semalam saya terlalu keletihan. Usai solat maghrib saya menjadi dugong yang terdampar di atas katil. Sambil cuaca panas, tidur tetap jenera (lena). Sehingga seorang sahabat menelepon sebanyak 3x pun tak tersedar. Seorang lagi si Fidah menelepon 2x juga tak tersedar. Tetiba tersedar secara sendiri saat Fidah hampir sampai ke rumah.
Sempat la lena 30 min. Hehe.
So lepas teman Fidah pergi duplicate kunci, kami duduk melepak minum dan makan di kedai. Banyak perkara yang diborakkan. Isu faveret adik-adik ni ialah perihal jodoh.
Letih borak pasal jodoh.
Memang letih.
Tapi saya percaya adik-adik ini juga perlukan sokongan dan pencerahan soal pengurusan hati dan perasaan. Sedikit sebanyak saya berkongsi pendapat.
Saya suka bertanya, 'what is/are your requirement(s) of a future husband?'
Nanti akan ada beratus senarai ciri-ciri seorang lelaki yang layak dibuat suami menurut ideologi masing-masing.
Then I'll ask, 'how old are you now?'. Hehe. Saje being psychotic hehe.
Then saya kata, off course pada usia 24, 25, waktu kemuncak seorang wanita untuk fikir macam macam jenis kriteria yang digariskan dalam pencarian seorang calon suami. Kebiasaannya ciri-ciri itu banyak bersifat keduniaan seperti: financial stability, kaya, tahap pendidikan, caring / romantic, dan macam-macam lagi. But when the right person comes at the very right time, kita dah tak terfikir dan macam-macam kriteria kita tu. Kita cuma rasa, maybe he's the one.
Nasihat paling deep saya berikan semalam ialah, you can definitely meet many guys who shows interest in you. Nak kawan, berkenalan, suka lepak dengan kita, adore kita atas sebab-sebab yang aneh dan ajaib, dan sebagainya. Tapi, cuba belek senarai lelaki yang pernah atau sedang menunjukkan minat kepada kita ni, berapa ramai daripada mereka yang berani menyatakan hasrat nak memperisterikan kita?
Atau secara mudahnya, ada tak lelaki yang dah nyatakan hajatnya untuk memperisterikan kamu?
Tak de. Simple jawapannya.
Sohih lah takde. Lelaki, pada usia 24-25, hanya berani dan mampu test market. Belum berani dan mampu untuk pegang tanggungjawab sebagai seorang suami. Namun ramai juga yang memilih untuk berkahwin pada usia ini, kerana kefahaman agama yang dia ada. Tapi, tak ramai.
"Habis tu apa yang patut saya buat?", tanya Fidah.
My advice was simple. "Awak ada plan bila awak nak kahwin?", saya bertanya. Dia angguk. Good. Saya kemudiannya menasihatkan dia untuk bagitahu dengan lelaki yang menunjukkan minat tu akan perancangan hidup dia perihal kahwin. Kalau target tahun 2017, bagitahu. Then, you will see his response.
Kalau cuak, dia akan mundur. Kalau dia bersungguh, dia akan maju mempersiapkan diri. Saat dia mundur, buang dia dari senarai calon suami. Hidup ini kita tak perlu bazirkan masa meletakkan harapan pada orang yang tidak punyai matlamat yang sama dengan kita.
Letting go tak bererti menolak jodoh atau menjadi seorang yang rumit. Just let go. Kalau Allah kata dia jodoh kita, dia tetap jadi jodoh kita. Hanya perlu doa moga-moga ada kehadiran dia pada waktu lain dalam keadaan dia lebih bersedia. Sementara itu, let go dan persiapkanlah diri kita. Open up your mind and heart. Don't get stuck in one person lepas tu sengsara sendirian.
I would prefer to not getting stuck with anyone. Then hidup akan terasa lebih bebas dan lapang. Jodoh itu aturan Allah. Usaha itu bukan takat pada perkenalan dengan lelaki. Fokuslah pada mempersiapkan diri. Skill hidup, skill memasak, skill memberus baju, skill bercakap, skill memahami jenis-jenis manusia, skill mengatasi stress, skill mengenali diri saat iman tinggi atau saat iman jatuh. Paling penting, kenali Tuhan, untuk kenal diri kita.
Lelaki memang banyak ketidaksengajaan dalam memberikan harapan. Manakala perempuan memang banyak melakukan kesilapan dalam mentafsir tindakan lelaki.
Tetapi kalau kita faham komunikasi 2 planet berbeza, lelaki dan perempuan, sedikit sebanyak kita sebagai perempuan akan lebih bijak menolak sifat perasan dan syok sendiri. Itu cabaran kita. Tapi, tak mustahil untuk menghadapinya.
Anyway.
Selamat mencari jodoh.
Muahciked.
Comments