163# Yang dinanti.


Bismillah.

Teringat, masa chambering dulu tahun 2012, masa tu dalam kepala tengah berpusing-pusing dengan keinginan nak sambung belajar, nak sambung belajar. Walhal masa tu belum konvo degree LLB pun lagi. Terlajak semangat, kekdahnya.

Then being an LLB holder, and being a muslim, memang rasa incomplete for you know that you are qualified to discuss about civil law, but not syariah law. Just because you do not have a certification on that. Apatah lagi kita ni graduate dari IPTS yang acah-acah matsaleh. Memang mustahil untuk wujudkan title LLBS secara tiba-tiba.

So dengan penuh gedik dan teruja, kita pun masa tu mencuba-cubalah nasib apply beberapa peluang sambung belajar. I did apply for Master of Laws di UiTM, Masters of Laws di UM dan Diploma Syariah Legal Practise. Masa tu tengah chambering lagi. Sambil lap air mata dan hingus sebab stress dengan kepayahan chambering, masih gigih memasang angan-angan. Hehe.

Master of Law UiTM tu memula mintak majoring in Family Law kalau tak silap. Sebab kita kan macam minat dan terlebih concern hal hal masyarakat ni. Kehkeh. So dapat. Excited! Tapi bukan majoring in Family Law. Dapat majoring in Commercial Law kot sebab orang faculty called and they said, yang apply for Family Law sangat sedikit hence diorang tak boleh offer that course for that particular batch. Sebab tu diorang offer kelas lain. Hampa sedikit tapi excited juga.

Then bila dah plan-plan nak manage jadual untuk register master tu konon, check-check eh dapat juga Diploma Syariah tu. Aisemen! Hati dah berbelah bahagi. Nak gi mana satu?

Kalau amek Diploma Syariah tu, ia melayakkan kita untuk jadi syariah lawyer. Tapi tak add-on value kalau kita kerja in-house di bahagian corporate. Panjang menungan kita masa tu.

Fikir punya fikir dan consult dengan beberapa orang, kita decide untuk go for Master dulu. Kalau ada rezeki akan datang, kita nak juga buat diploma syariah tu. Itu cita-cita. 

Then teringat pula kita yang kita apply juga master kat UM. Just a week or two before registration UiTM tu, kita pun check kat website UM. Sekarang kan semua online. Sanggeh baq ang. Tunggu posmen anta memang tak der dah! Tup tup eh dapat jugak Master of Laws kat UM! 

Dah dilema nak gi UiTM ke UM? Semua pun on 'part time' basis sebab kita kerja. Masa tu chambering, memang considered kerja lah. Right after chambering kita masuk Tokmat. So memang komitmen kerja tu tak boleh tolak tepi.

Fikir punya fikir, tanya keluarga semua, finally kita pun amek tawaran UM. Manfaat akademiknya sama. Dua dua pun akan bagi kita ijazah sarjana kalau habis belajar. Bezanya UM lebih established dari segi fakulti undang-undangnya. Lebih ada 'nama'. Tapi sebenarnya faktor utamanya ialah, senang nak pergi kelas after work. Jalan kaki pun boleh. Hehe. Kalau UiTM, kena drive jauh gi Shah Alam. So, kita ambil yang cost effective. Hehe. 

2014, tamat belajar dan selamat bergraduasi. Time flies. Banyak memain je masa buat master. Konsepnya asal lulus dan graduate. Yeay!

After master selesai, memang plan nak rehat dulu setahun, tak payah fikir belajar. Mood pemalasnya datang. Tapi masih tak lupa juga cita-cita nak buat diploma syariah tu. Nak jugak! Nak jugak!

Ramai kawan tanya, so what's next? PHD? Errrr. Speechless. Belum ready untuk itu. Dalam masa sama memang nak apply diploma syariah tapi asik terlepas peluang je. Bila sedar je, permohonan dah ditutup. Belum jodoh lagi gaknya. Hehe.

Finally, hujung 2015, sempat juga apply untuk DSLP tu. Kita cuba try test nasib kita. Dia ada 2 option, sepenuh masa atau separuh masa. Sepenuh masa, setahun je. Separuh masa, 2 tahun. Both pun classes on weekends. Bezanya padat dengan tak padat je la kot. 

Bila apply sambung belajar ni, hal duit memang benda last sekali kita fikir. Yakin boleh sangat, kononnya.

Yakin dengan hadis Nabi yang lebih kurang maksudnya siapa yang dalam landasan mencari ilmu, Allah akan mudahkan jalanNya ke Syurga. Gitu berbunga hati secara tiba-tiba. Haha.

Jadi awal tahun ni, saja lah kita check keputusan permohonan dah keluar ke belum. Kawan-kawan kata selalunya by January dah keluar resultnya. Tapi kita tengok selalu takde pun. Hampa weh.

Sampai lah Jumaat (semalam). Just before balik dari ofis, kita saja rasa nak check. Sekali result is out. Tengok-tengok 'permohonan anda berjaya!'.

Alahai, sayu hati mak jemah. Allah ni sweet sangat. Terus kita check bila perlu mendaftar. Tup-tup hujung bulan ni dah mendaftar. Cuak serta merta.

Classes will start on March rasanya. Gabra tetiba. I will no longer have free weekends. Duit pendaftaran pun tengah fikir mana nak cekau ni. Huhu. Am I ready?

Yang dinanti akhirny tiba. Kita pula yang gelabah tetiba. 

Dilema betul species manusia macam ni. Drama. Sorrylah post panjang. Point sebenar secoet je. Hehe.

I will be back to school, insyaAllah. MMU dah rasa. UM dah rasa. InsyaAllah, soon, UiTM.

Mohon doa!

Comments

NURUL ATIQAH said…
Rajinnya Kak Fateen oi!Tabik la. Yang baru nak buat Legal Attachment ni pun masih macam semput2 lagi. Inspired betul akak ni!

Please make du'a for me tau. Nak final dah ni. heee. =)

Popular Posts