162# selamat hari persekutuan

Bismillah. Alhamdulillah.

Sudah tiba Februari. Sekejap je masa berlalu. ting! ting! Eh, dah bulan 2. Alhamdulillah usia pun dah bertambah banyak. 29 pada hakikatnya, tapi masing fefeeling 19. Mampu over perasan macam ni? Haha.

Banyak perbezaan birthday this year dan the previous years. Birthday tahun ni, tak de excitement menunggu usia baru pun. Sebab apa? Sebab tak cukup tidur buay dengan kerja. Lalu, dapat je peluang untuk tidur, kita tidur! Haha

Alhamdulillah pada 29 Jan hari tu juga dapat pelepasan kerja separuh hari je. Ambil book off. Hence, dapat pergi Midvalley dengan darlings, makan kat delicious then makan kat Magnum. Jakun kan makan kat kedai Magnum tu. Tapi hakikatnya biasa sangat rasanya. Aneh pun ye. Ni semua salah diorang sebab tak pandai order! Haha. 

Birthday tahun ni juga tetiba ada delivery dari flourist hantar ke ofis. Terasa tua benar. Nasib baik half day je. Cepat-cepat kita lari dari opis sebelum ramai orang nampak bunga sejambak. Haha. Rosak reputasi dek peminat misteri. Wahaha. 

Hari ni pula KL masih cuti. Syok beteiii. Hakikatnya ku banyak tidur dan melayan anak buah semata. Semalam dah berkampung melipat baju 3 bakul.Penat ummi perli bakul ummi banyak kau simpan paten oi. Haha. Akhirnya, dengan bangga kita hantar semua bakul yang telah kita kosongkan. Kembang kempis hidung kita. Tanda kejayaan. Haha.

Hari tu Ummi kata, "ten, umur kau bleum 30 lagi. Baju kau punya banyak macam dah hidup 60 tahun". 

Wow! I take it as a compliment. Haha.

Masalahnya kita sentiasa rasa macam baju kita dah lama semuanya. Dah tak best nak pakai. Kena beli atau tempah lagi. Tu lah siapa suruh selfie hari hari, tu yang memanjang nampak familiar je baju tu. Haha.

So hari dah petang. Esok dah kena kerja. Tadi dah gosok 4 pasang baju untuk kerja. Rasa productive sangat! Lepas tu tidur. Haha.

Mujur ada Alma yang suka buat kacau. Selamat sikit hari ku.

Sekiannn. Wassalam

Comments