161# sembang sembang breakfast

Bismillah. Alhamdulillah.

Hari ni hari Jumaat. Hari Jumaat hari yang best. Sebab esok tak yah kerja. Best! Haha.

I am updating this blog through my mobile phone while waiting for a human named Rafidah to join me for breakfast. Datang office awal untuk mendapatkan parking percuma maka makanlah dulu! 

To be honest, if I can get free parking at 9 am, I will come at 9! Haha. Malangnya, by 730 biasanya parking dah penuh maka wajarlah datang awal demi sepetak parking yang marhaen. Haha.

The parking fee over here is ridiculously expensive. RM20, RM25, RM16, RM15, or cheapest is RM14. Kebanyakannya open parking yang kereta mu akan berjemur panas dan basah dek hujan. Tapi bayar mahal sampai boleh tercirit. Yang RM14 tu, dia akan buat double parking then katakanlah kita terpaksa balik awal tengahari macam tu, tunggulah lagi 15-20 minit dalam kereta sementara dia mengalih kereta-kereta lain. 

Dah pernah terkena sekali then serik. It makes me think, in case of emergency, mati tersangkut dalam kereta tu nak tunggu boleh bergerak. 

Tapi sungguh hebat level of patience tukang jaga parking tu. Gigih mengalih 8-9 buah kereta demi untuk memberi laluan kepada sebuah kereta marhaen untuk keluar. Tabik. Bukan senang nak hidup zaman sekarang ni. Kan?

Oh yes, Rafidah belum sampai. So boleh bebel sikit lagi.

Recently Petronas pun keluarkan kenyataan untuk memotong kos operasi sebanyak 50 billion Ringgit untuk tempoh 4 tahun ini. Ini adalah berikutan daripada harga minyak yang jatuh teruk, and recently harga 25 usd se-tong. The lowest price since 2003. Mana tak nazak kita ni?

Why? Dah lah harga jatuh, lepas tu masih banyak pengeluaran minyak walaupun permintaan tak tinggi. Hence, when supply melebihi demand, lagilah harga merudum. 

Pergh! A law graduate can talk about economy weh! You should be proud of me. Haha

So among the possible impacts are: restructuring of a company (like what Petronas is planning to do), release of staffs probably by offering VSS, atau di TM dia panggil Skim Mesra (tak sure kenapa Mesra tapi acah acah mesra lah. Haha), stop recruitment process (means tiada pengambilan pekerja baru, so struggle la fresh grads untuk dapat kerja), dan obviously akan menyebabkan ramai yang akan hidup susah dengan limitasi kewangan.

Recently I had a unit meeting and we discussed about TPPA. Fact: do you know that Malaysia Ku Tercinta will be signing the TPPA on 4th February 2016 in New Zealand?

Yes, we will be signing the TPPA. Surely, double struggle will be needed from us, the rakyat yang marhaen. Impacts will be, mutilnational companies akan wow! while anak-anak ikan companies akan sakit. Logically macam tu lah. Sebab apa? Sebab dia memberi peluang perniagaan cross boarder yang mudah, probably undang-undang negara kita perlu dilonggarkan to accomodate the TPPA. Are we ready for that? 

Simple macam ni lah. Sok lusa kalau ada Telco dari negara luar yang nak penetrate the telecommunication industry here, by offering a very low price, syarikat macam TM ni, naya lah nak sustain. 

Begitulah sedikit perkongsian ilmu di pagi Jumaat yang mulia. Nak breakfast sudah! 

Semoga bermanfaat! Wassalam

Comments

Popular Posts