159# hati hati dengan hati.

Bismillah. Alhamdulillah.

Perkongsian hari ni, "hati-hati dengan hati". Cliche gila tak bunyi? Hehe.

Lately banyak borak-borak dengan para adinda. Rasa dia macam buat perkongsian motivasi. Soalan-soalannya macam simple je but it knocks on my brain's door. Serius tak tipu.

Hari tu ada adinda ni tanya, "kak, apa azam tahun baru akak?". Berdebar gila nak jawab. Dup dap dup dap. Sebab jujurnya tak boleh nak fikir apa azam 2016. Nazak nau nau.

Saya senyum. Saya cakap, "azam akak adalah untuk tidak carry forward azam akak kepada tahun depan". Haha! Gelak hambar. Member bengkek je. Hehehe.

Tanpa give up, beliau bertanya lagi; "kak serious lah, saya tanya ni. Apa azam akak? Share lah sikit!" 

Bersungguh-sungguh bertanya. "Kau dah kenapa?", tanya si kakak dengan penuh menyirap. 

"Saya tanya sebab salah satu azam saya tahun ni ialah untuk sedut ilmu banyak-banyak dari akak, kutip inspirasi banyak-banyak dari akak..", pergh. Pancing baik punya. Saya serta merta terharu. Meleleh-lengeh hinguih baq ang. 

To be honest, takut nak memasang azam demi azam. Macam tak cukup motivasi untuk achieve. Iman di kadar bahaya. Kalau iman tu boleh ditunjukkan dengan sensor ultraman tu, dia dah tahap bunyi tett tett tett dah. 

But it is good to be asked such questions. Because it makes me realised that saya belum cukup muhasabah kekurangan dan kegagalan diri membuatkan saya belum mampu menyenaraikan perkara-perkara yang perlu saya perbaiki. Moga Allah suluhkan saya jalan terang benderang untuk saya muhasabah diri baiki diri. Ameen! 

Hari hari saya balik kerja, saya berazam untuk nak layan anak anak buah saya baik-baik. Sebelum saya capture tindakan salah diorang, saya nak puji-puji dulu. Sebab bila anak anak buah membesar dengan kita ni, kita cenderung untuk menjadi cepat bertukar singa. Manakala anak anak buah yang jarang jumpa beruntung melihat kita seperti Snow White. Hehe. Demi anak anak buah yang membesar di depan mata juga saya banyak buat reading tentang psikologi dan emosi kanak-kanak. Mencabar tapi boleh diusahakan.

Contoh macam hari tu, saya baru beli syampu botol besar tak sampai seminggu. Kalau ikut pengalaman, kalau saya seorang guna, boleh tahan hampir 3 -4 minggu. Ini, baru seminggu beli kat Watson, tetiba syampu dah cair. Maksudnya apa? Dah dicampur air. Sabar.

Esoknya, dah rasa ringan semacam. Tak apa, sabar.

Esoknya lagi tetiba jadi berat botol tu. Bila bukak, yang ada hanya air paip. Body shower pun menerima nasib lebih kurang sama. Nasib badan, mereka buat party buih agaknya.

Memikirkan letih badan, nak mandi tak de sabun tak de syampu, serta merta rasa macam nak jadi singa. Dalam imaginasi dah fikir dah nak main watak warden asrama, panggil nama setiap seorang like "Auni! Iris! Alma! Mari sini!". In my imagination juga mereka lari bergegas menuju toilet beratur depan saya. Imaginasi je lah. Haha.

I didn't do that. Calm. Rehat sekejap duduk depan kipas. Bertenang. Saya hold hasrat nak marah sebab saya teringat, kita ni kalau nak marah bukan main laju. Rajin mengkritik. Masa anak anak (buah) buat baik, duduk diam-diam, pergi solat, mandi awal, basuh pinggan sendiri, takde pula kita sibuk memuji. 

Jadi saya amek keputusan untuk sekadar bercerita kepada kakak saya melalui whatsapp. "I baru beli syampu seminggu, hari ni botol syampu I dah penuh dengan air paip. Sedihhh". Tu je lah mampu. Kakak yang baik akan menyuruh adiknya bersabar dan katanya, "beli lain jelah". 

Mestilah akan beli lain. Takkan nak hidup tak syampu rambut. Atau takkan nak harapkan air paip bertukar syampu. Sungguh mustahil! Hehe. 

Itu contoh jelah. Banyak lagi benda lain yang trigger point kemarahan kita tapi fikir dulu sebelum marah. Tanya kepada diri, is it necesarry untuk mengeluarkan kata-kata itu sekarang? Relevan atau tak? Beri impak baik atau sebaliknya? Begitulah cara untuk memaksa diri bersabar.

Memang saya anggap memaksa diri sebab mula mula je paksaan lama-lama nanti okay lah.

Anak anak buah suka menyebok hal Ucu Aten beliau. Kalau boleh nak jadi tukang kira gigi kita, berapa batang ada? Haha. Hari hari kalau boleh nak masuk bilik Ucu Aten 89 ribu kali walaupun dah dipesan berkali-kali jangan masuk bilik Ucu Aten when she is away. 

Nan hado lah nak mendengarnya. Nanti kita akan tengok bedak bersepah, mainan tersesat tepi katil, sikat kita hilang dari pandangan, dan sebagainya. Adatlah ada anak (buah). 

Tak campur lagi time kita dah nak tidur nanti adalah ju-on datang bukak pintu slow-slow naik katil, pandang kita, senyum, nampak gigi jongang je. Haha. Ju-on tu nama dia Alma. Lepas tu pampers penuh, ada hati nak tidur dengan kita. Kita yang dah almost nak doze off ni kena bangun balik, make sure dia tukar pampers. Why? Sebab kalau tak, sok pagi katil kita yang hancing. I have experienced that, weh! 

Tak cukup dengan tu, time kita dah nak lena tu dia akan cakap nak susu. Satu hal lagi kita nak bukak balik lampu bilik, turun bawah, cari botol dia, basuh botol dia, buat susu untuk dia. Dah bagi dia susu, kita nak doze off tetiba kita rasa atas mata kita panas. Oh, dia sumpahkan susu atas muka kita. 

Ye, nak marah pun tak boleh. Budak kecil belum mumaiyiz. Marah pun tak guna.

Pesanan kepada diri, jangan marah-marah. Sabar. Anggaplah ini ladang pahala.

Hati hati dengan hati. Lagi yang dekat, lagi yang disayang, lagi yang mudah kita beremosi. Point dia ialah control. Istighfar. Tell ourselves that we are not perfect so do others. 

Be tough in managing emotions. Hati ini perlu ditenang-tenangkan.

Bagaimana?
Ingatlah Allah, hati akan tenang.


Comments