160# Bebel panjang sikit.

Bismillah. Alhamdulillah.

Tahun 2016, nak update blog pun fikir beribu kali. Adakah wajar update? Atau wajar diamkan saja? Nak menulis (menaip) kat blog, nak cerita itu ini, kena fikir 5 juta kali. Adakah apa yang nak dibebelkan itu akan bermanfaat atau memakan diri sendiri? Oh, buntu. Hehe.

Acah-acah Fazura sangat.

Okay, jangan cakap pasal Fazura lagi. Tak minat dah. 2016 adalah tahun kita mencari identiti muslimah yang lebih hebat untuk dicontohi. Contohnya, Ostajah Najlaa. Haha. 

In few days time, usia akan bertambah lagi. Semakin bertambah usia, seharusnya semakin matang. Seharusnya iman juga semakin meningkat naik. But to be honest I am struggling to be an istiqamah person, untuk menaikkan iman, lagi dan lagi. Iman ni, nak naik payahnya Allahurabbi. Tapi nak merudum tu selamba je. Phew. Berpeluh-peluh saat merasa lemahnya iman.

Kata orang, hanya orang yang pernah merasai kemanisan iman sahaja boleh merasa kepahitan kurangnya iman. This is so true. I am struggling. I swear.

After months of not having weekly usrah session, last week was a good come back. Myself and my another usrah mate have to change group (another time, pheww) memandangkan naqibah menerima amanah baru yang lebih besar. Memaksa beliau untuk menumpangkan kami ke dalam group usrah di bawah naqibah lain. But we are okay with it. Alhamdulillah, after months of delay, we managed to get tumpang-ed under another akhawat.

It is so refreshing. Alhamdulillah. Naqibah baru (tumpangan), seorang engineer muslimah. Tabik spring. Untuk sesi pertama usrah dengannya, terasa malu nau-nau dengan kelemahan iman dan semangat diri sendiri. Padat dengan pengisian, naqibah baru ni very strategic in her delivery. Halaqah setiap minggu ini katanya akan dimulakan dengan tasmi' hafazan surah pilihan kita sendiri, tilawah, perbincangan buku adab, tafsir dan/atau tauhid. Best.

Style-nya mengingatkan kami kepada naqibah pertama dulu, Makcik Dr. Radziah yang amat dirindui. Macam skema sikit caranya, tapi banyak input. Untuk orang macam saya, saya prefer usrah yang berat dengan perbincangan dan padat dengan ilmu. Yang diberi tugas untuk prepare, yang mana kalau tahu diri tak ready, memang rasa cuak-cuak ayam gitu. Dalam hati berdoa-doa mintak-mintaklah naqibah lupa. hahaha. Perangai. Tapi, best. Sebab kita akan ingat sampai bila-bila.

Dan usrah/halaqah yang best adalah apabila kita rasa rugi kalau tak dapat hadir because we know that we will be missing a lot of ilmu. Macam tu lah.

I am into my 4th year journey with usrah. InsyaAllah akan carry the excitement sampai bila-bila. Single ke, kahwin ke, usrah/halaqah ini sangat membantu untuk memandu iman kita secara berjemaah. Seriously sejak berusrah, nak post status tak senonoh di FB pun takut. Segan silu. Sebabnya ilmu tanpa amal, ibarat pokok tak berbuah. Khuatir sangat kita tergolong dalam orang-orang yang rugi. Moga Allah swt pelihara kita semua.

So other than pasal usrah, I am currently quite busy with commitments. Dengan NGO GEMA, dengan a new project rumah anak yatim, etc, memang challenging. Tapi alhamdulillah I am surviving. Dah memang biasa tak reti duduk diam, bila tak ada aktiviti (especially during weekend) memang rasa not productive sungguh hidupku. Walhal, setakat rehat sehari dua apalah sangat kan? hehe.

Alhamdulillah, family is doing good. Syukur alhamdulillah. Kalau tak ada aral, our family will be expanding and welcoming new people this year. Bunyi macam diri sendiri akan beranak, walhal kakak-kakak yang akan beranak. Harap kakak-kakak tak berebut untuk mendapatkan perhatian Ummi Abah di musim pantang.hehe.

Okay sekian sahaja berita Najela untuk hari ini. Saja membebel panjang-panjang. Semoga diri ini sering beringat, elak buat jahat dan sering melakukan kebaikan.
Ameen. Ameen. Ameen.

Wassalam


Comments

Popular Posts