152# Jangan penting diri.
Bismillah. Alhamdulillah.
Lately ni macam busy juga lah ke sana ke mari including waktu weekends. Last weekend pun konon macam free sangat tapi lepas tu sibuk ke jualan gudang karangkraf bagai, lepas tu hujan lebat gila, lepas tu stuck dalam jam, sampai rumah dah malam. Letih dia, memang tak bohong. Sebab beratur untuk bayar je dekat sejam. Siap ada orang pitam bagai. Kasihan ibu mengandung itu.
Okay, tu satu point.
Point lain, sejak Ummi Abah bertambah sibuk di rumah mengurus cucu-cucu yang telah berhijrah di bawah satu bumbung, baju-baju lebih banyak perlu di-mesin, pinggan lebih banyak perlu dibasuh, rumah lebih bersepah dan bersepai berbanding sebelumnya, keletihan lebih dirasa lah obviously, jadi saya buat satu peraturan. Peraturannya, 'jangan ambil baju saya untuk dibasuh'. Dengan cita-cita, si busy woman ini nak membasuh baju (guna mesin lah obviously!) seminggu sekali je. Ummi kata, 'Okay, okay. No problem!'.
Lepas tu apa lagi, saya pun acah-acah terror lah kan every weekend mula lah bajet-bajet rajin membasuh baju, sidai baju. Selalu time angkat baju tu, tuan punya badan dah lari menghilang keluar. So orang lain tolong angkatkan lah.hehe. And service doesn't stop there, kadang-kadang ada yang terlebih rajin hantar baju yang dah kering ke dalam bilik. Ha, gasak kau tengok baju kau menggunung menunggu kau lipat!
Dan, kebencian diriku terhadap proses melipat baju memang tak pernah surut. Hehe. Kalau ada mesin melipat baju, sumpah aku akan beli! haha.
Mana nak beli ni? |
So anyway, sebab macam-macam activity during weekends such as pergi meeting dengan GEMA, pergi Shah Alam untuk borong buku, pergi seminar, pergi tolong Sha pindah rumah, pergi coffee-session dengan member dan sebagainya, al-hasilnya bertimbun sangatlah baju.
'Kau tak stress ke baju kau banyak tak lipat?'.
Actually tak rasa stress sangat sebab baju ada banyak, so kalau baju tu lama dalam bakul pun I can always opt for other baju. Haha. Perangai.
Since beberapa hari lepas, bercita-cita sangat nak lipat baju yang menggunung tu after kerja. Tapi hari Isnin dah tak available sebab balik rumah dah lewat sebab menemani sahabat untuk makan malam mendengar segala luahan dia yang sedang suspen-suspen menjalani tempoh pertunangan. Macam-macam cabaran emosinya. Berat juga minda kita mentafsir.hehe.
So, balik rumah je dah lewat. Memang tak daya sangat sangat dah nak duduk bersimpuh dengan sopan gaya-gaya gadis pantai timur melipat baju. Oh, I can't. Surrender. Mandi, solat, bom!
Semalam, pun balik lambat juga sebab ada meeting di Sri Rampai. Sekaligus meeting pasal kerjasama DNTC dengan partner dan juga pasal initiative untuk GEMA. Since jadi JKP untuk GEMA, langsung tak gerak apa-apa lagi. So, I must do something. Kan? hehe. Balik rumah je dah almost pukul 10. Kalau ikutkan hati memang tak lalu sangat-sangat dah nak lipat baju berlonggok-longgok tu. Tapi tabahkan jugalah hati.
Duduk bersimpuh, ambik posisi baik punya, fokus untuk misi yang paling adventurous itu dan matlamatkan untuk selesaikan misi secepat mungkin agar tidak kelewatan untuk tidur. Pergh. Al hasil, sukses! haha.
Yesterday was indeed a very challenging day. Banyak kerja, balik dari ofis je dah almost 7pm, sebab ada meeting dengan bosses, present project untuk January ni (gua kena extend lagi duduk unit ni hahaha!), balik jalan jem, pergi Sri Rampai, meeting, brainstorming, yada-yada. Memang dah tinggal sisa sisa je tenaga ni. Kalau pakai suit Ultraman, memang semalam tu dah pakat bunyi teett teett teett dah.
Alhasil, pagi tadi gerak lambat ke ofis sebab nak re-charge energy. Konon.hahaha. Maklumlah semalam tidur pun anak buah nak tumpang bermanja. Pukul 4-5 pagi kita ni dok gigih bersilat selamatkan dia dari jatuh katil. Buas kemahin!
Pukul 5-6 pagi, dalam mamai-mamai Alma request;
"nak susu...".
Dengan penuh kasih sayang, Ucu dia kata;
"susu habis".
Sambil sambung tidur. hahaha. Tanpa rasa bersalah. Kehkehkeh. Dia pun macam lena balik je, so kita pun buat-buat lupa je lah. Haha.
So apa motif aku cerita segala ni? Sebenarnya nak cerita pasal baju berlonggok-longgok tu je.
Semalam Ummi create conversation penting.
"Ummi rasa tak boleh lah basuh baju kau seminggu sekali".
"Nape?"
"Banyak sangat Ummi tengok baju kau kalau basuh seminggu sekali".
"Tak apa. Muat je mesin tu".
"Memanglah, tapi kau lipat pun tak".
"Ala, nanti Aten lipatlah".
"Kau tu selalu busy, lipat baju pun tak sempat".
"Ye, tak apa. Nanti Aten curi masa sikit, Aten lipat".
"Ummi basuhkan jelah hari-hari".
"Tak payah, Aten basuh sendiri je seminggu sekali. Lipat sebulan sekali. Hahaha!"
"Ikut suka kau lah. Tapi Ummi jadi susahlah.."
"Kenapa pula susahnya? Ummi jangan basuh, Aten basuh sendiri".
"Sampai bakul Ummi pun habis, semua tersusun dalam bilik kau".
Hahahaha.
Mak-mak ni memang pesen makan dalam sekali sekala.
Sekarang ni, patutkah saya menanam minat melipat baju atau spend duit sikit untuk beli lebih banyak bakul baju?
Hahaha.
Orang hidup dengan mak bapak macam ni lah. Best. Boleh jadi perajin, pemalas, pelonggok baju, penghibur hati, penjaga anak-anak buah, dan sebagainya.
Boleh acah-acah mempunyai feeling mak-mak juga especially apabila anak-anak buah cuba mengumumkan kejayaan mereka. Contohnya macam semalam, Auni pun bercerita.
"Ucu Aten, Kak Yong dapat markah 90% untuk Bahasa Melayu".
"Wow, that is very good. Congratulation, Kak Yong!"
"And Kak Yong dapat 95% untuk Dunia Sains ...(apebenda entah nama subjek tu, aneh sekali)"
"Wahh. Pandainya Kak Yong! Good good!"
"And my friend said I got highest for English".
"Oh really? What's your score for English?"
"I got 100%."
Chey, kembang kempis hidung dia menyebarkan berita-berita kejayaan. Bangga habis. Mentang-mentang Ucu bukan scorer zaman sekolah.hehe. (But hey, look at my Uni life okay! hahaha)
"Congratulations Kak Yong. You did well. Keep it up, okay?".
"Okay, will do!"
Sambung kembangkan hidung. Haha.
That's Abang Syah's eldest daughter. She's a bright student tapi banyak menjawab dan kena suruh 50 kali baru dia bergerak. Kena push untuk pergi mandi, solat, kemas barang, dll sebanyak 7 juta kali untuk melihat respon yang baik darinya. Tapi, budak-budak memang macam-macam jenis perangai.
Baguslah kalau minat belajar, suka tengok video kat youtube yang masak-memasak tu, supaya esok lusa boleh jadi tukang masak Ucu.haha.
Akhir kalam (yang panjang merepek tanpa motif ini), Ucu mendoakan, anak-anak buah Ucu tak jadi pemalas dalam arena melipat baju. Kasihanilah ibu bapa kita yang memerlukan juga bakul baju untuk urusan harian mereka.
Jangan penting diri.
Itu moral of the story.
Hehehe.
Comments