151# Simpan aku, dalam rabitahMu
Hi kawan.
Kita banyak sangat jatuh dan bangun sama-sama. Sampai satu tahap kita rasa terlalu selesa kalau kau ada aku, dan aku ada kau. Tak kira di mana sahaja kita berada. Tak kira waktu kita wangi atau busuk. It is just that your presence make me feel brighter. And my presence will make you feel better.
Aku ni, bukan jenis manusia yang reti jaga dan simpan barang. Kau pun tahu, kau beri aku hadiah, kalau jenis perhiasan, aku letak di satu-satu tempat, jadi tempat kumpul habuk. Kalau kau bagi aku hadiah yang jenis boleh digunakan (seperti baju, tudung, selipar jamban), aku akan guna kaw-kaw tapi sampai lunyai. Lepas lunyai, sodaqollahul azim. Kalau nasib tak baik, sebelum sempat lunyai, dah terhilang dirembat orang, atau terhilang dek keciciran punca dari kelalaian aku yang tak reti jaga barang.
Tapi kawan, itu kalau barang.
Kalau orang, aku hargai. Cukup-cukup hargai.
Sedangkan budak gelandangan berhingus yang memandang aku dengan senyuman dari hujung simpang berbau sampah pun aku appreciate dan bahagia.
Apa lagi kalau kau, kawan. Yang kehadiran kau sudah cukup lama, dari aku bodoh sampai aku pandai. Dari aku kosong sampai aku ada nilai. Dari aku bangang sampai aku sempurna akal. Dari aku serabai sampai aku mampu calit pemerah pipi dengan sendiri. Kau ada menjadi saksi proses tumbesaran aku yang dungu ini. Terima kasih, kawan.
Kawan, aku tak dapat bayangkan kalau suatu hari aku perlu menangis kesedihan sendirian dan kau, tidak lagi boleh menjadi orang pertama yang aku cari untuk mengharap bantuan dan pujukan. Sebab probably masa tu hidup kita dah jauh sangat berbeza, memustahilkan kita untuk merealitikan cita-cita 'kau ada aku dan aku ada kau'. Sure sedih gila. Pasti rindu aku pada nilai sebuah persahabatan yang kita telah bina membuak-buak dan menggila-gila. Masa tu, aku rasa tak kan ada sesiapa yang faham kenapa aku perlu beriya-iya menangis sendu mengongoi-ngongoi tersedu-sedu. Kecuali kau, kawan.
Aku cukup berat untuk menjadi manusia yang meninggalkan.
Tapi aku tak kisah kalau aku yang ditinggalkan.
Sebab bahagia kau, bahagia untuk aku.
Mohon aku, cuma satu.
Simpan aku, dalam rabitahMu.
Najlaa, 02/11/15, kl
Comments