150# Iqra'
Hari hujung minggu macam hari ni, nikmat boleh tidur lebih dari biasa tu macam 'wow!' betul perasaannya. Hehe.
Pagi-pagi fikir, 'apalah aktiviti nak buat hari ni ye?'.
Al maklumlah memanjang penuh dengan aktiviti (kononnya). Sekali sekala weekend kita sempoi, menggagau fikir nak buat apa.
Lepas curi pedal ayam yang Ummi goreng tadi, saya sambung melepet atas katil, sambil membelek stack of books yang perlu saya khatamkan. Sejak 2 hari lepas saya susun buku-buku ini atas katil, tidur bersama-sama buku-buku ini, dengan matlamat untuk habiskan pembacaan sebelum 2015 tamat.
2015 hampir menghampiri penghujung. Saya mahu cuba baca sebanyak buku yang boleh.
Saya memang suka beli buku dan baca buku. Cuma kadangkala bila busy, terlupa juga untuk membaca buku. I read any kind of books asalkan tak merepek pada saya. Hehe. Though I do read merepek books sometimes.
Dalam saya melepet di atas katil pusing kiri pusing kanan, saya berjaya habiskan pembacaan sebuah buku bertajuk Hilang & Jumpa. Sebuah novel tentang kehidupan anak Malaysia, di Birmingham. Bacaan santai, tapi penuh hikmah.
Untuk tahun ini, setakat ini, saya sangat berpuas hati dengan buku-buku yang sempat saya beli dan hadam tahun ini. Antaranya:
- Diagnosis 2, Dr Anwar Fazal & the geng
- Lagenda Budak Usrah, Muharikah
- ESC, Budak Tomato
- Hati Ini Milik Mu (Reclaim Your Heart versi BM), Yasmin Mogahed (masih belum habis baca)
- 365, Dr Anwar Fazal (konsep inspirational quotes and reminders)
- Pesan Hari Untuk Hati, Pahrol Juoi (many more pages to go).
Masih banyak lagi buku yang saya terhutang masa untuk memulakan pembacaan dan menghadamnya. Argh.
- Rekindle Your Life, Dr Muhammad Al-'Arifi
- Unstoppable, Nick Vujicic
- Life Without Limits, Nick Vujicic
- Guide to Investing, Robert Kiyosaki
- Cashflow Quadrant, Robert Kiyosaki
- Menalar Makna Diri, Hasrizal Abdul Jamil
Ya, ini buku-buku untuk tahun 2015 yang mesti push untuk baca, khatam dan hadam.
Tapi setiap kali pergi kedai buku, tetap rasa berahi untuk membeli lagi dan lagi dan lagi buku. Kalau boleh nak beli semua, tamak haloba.
Masih ada perancangan untuk beli buku dan baca buku sementara masih ada masa untuk 2015.
Berapa purata buku yang kawan-kawan baca dalam satu tahun? Tak kisahlah genre apa pun.
Tahukah kalian, rakyat Malaysia ni tak berapa minat membaca? Tetapi saya fikir dengan kemajuan IT, media sosial dan sebagainya, barangkali menjemput semangat banyak pihak untuk membaca walaupun penulisan penulisan ringan pada blog blog dan website-website. At least, we improve kan?
Saya percaya, gila buku dan suka membaca ni sikitpun tak merugikan. Walaupun kadang kadang kita terasa macam harga buku mahal, tapi ilmu pada nya lebih mahal.
Dari novel cinta, novel islamik, kepada buku-buku kerohanian, dan buku tentang pengurusan kewangan dll semuanya menambat hati saya. (walaupun masih saya kaput menguruskan wang dan hutang). Seronok bila tahu sesuatu ilmu baru.
Selain daripada itu, saya juga dapat memperbaiki kualiti penulisan saya, broaden my vocabulary and improves my grammar. Walaupun saya terpaksa akui, buku bahasa melayu memang laju saja saya baca, manakala buku bahasa inggeris, alamak perlahannya progress.
Okay nak sambung baca buku. Nanti kalau rajin nak pergi kedai buku, belu buku lagi. Hehe.
Weekend ni uols apa bikin? Gunakan masa sebaiknya ya!
Comments