149# u.k.h.u.w.a.h

Bismillah. Alhamdulillah.

Hari ini saya menulis dengan matlamat. Matlamat saya hari ini menulis untuk manfaat. Actually, saya cuba untuk menulis di www.bicaranajlaa.com tapi nampaknya macam slow sangat website tu nak process, jadi saya proceed lah menulis di sini. Ah kat memana menulis pun tak kisah, yang penting niat kita menulis tu. Kan?

UKHUWAH

Bahasa melayu orang panggil ukhuwah juga, kan? Atau hubungan. Menjaga hubungan baik ni, bukan susah mana pun kan? Cuma kadang-kala memang menuntut pengorbanan. Or maybe bukan kadang-kala tapi selalu.

Orang kalau kenal saya, orang tahulah saya ramai kawan/member/kenalan/sahabat. Alhamdulillah, salah satu dari nikmat kehidupan saya adalah apabila dikurniakan ramai kawan/member/kenalan/sahabat. 

Walaupun secara peribadi saya ada membuat peng-kategori-an sendiri untuk rakan-rakan saya namun secara amnya, saya menghargai setiap satu daripada mereka. Dan saya seronok kenal dengan ramai orang dan saya seronok belajar dari ukhuwah yang mereka tawarkan buat saya. Tambah-tambah lagi mengenali diri saya sendiri yang serba hina dina ini.

So anyway ada juga yang pelikkan saya, "aku ni da macam jalan dengan yb. apesal macam semua orang kenal kau?". Ada lah juga sekali sekala member-member yang jalan sekali dengan saya membebel macam tu. Jalan sikit 'hi!', jalan depan sikit 'eh, apa khabar?', jalan sikit lagi 'oit, gi mana tu?' dan sebagainya. Adatlah, orang berbudi kita berbahasa kan?

Kita yang ramai kenalan ni janganlah riak pula bila orang macam 'wow' dengan kemampuan kita mengenali ramai orang. Sah-sahlah kita ni biasa-biasa je, hina-dina. 

Pernah dengar tak, kalau orang puji-puji kita menggunung, janganlah rasa kembang-kembang. Dah sah-sahlah kita ni banyak betul dosa, tapi sebab Allah kesiankan kita, Allah 'cover' kan aib kita dari pandangan manusia. Lalu yang orang nampak, memang yang indah-indah dan steady-steady belaka. Walhal, kalau kita bogel depan cermin, kita nangis sendu tengok gila selebet dengan daki-daki dan kudis-kudis yang kita ada. Faham ke? 

So susah ke kita nak maintain ukhuwah ni? How could one maintain good relationships with many people?

Pada hemah saya, kalau ada niat yang baik, dan ada usaha dan ada kesedaran diri, insyaAllah boleh maintain ukhuwah tu. Oh lupa, biasanya bila ada kematangan, wujudlah kesedaran.

Orang tak tahu sebelum saya ada ramai kenalan, saya bukan ada ramai kenalan pun. Setakat member sekolah gitu ye lah ramai. True friends, I can't count. I seriously cannot count.

I would say that when you have nothing, people may not have interest in you. Orang mungkin kawan dengan kita, tapi sekadar gitu-gitu je lah. Just acknowledging your existence. Tapi berapa ramai orang yang sudi bersama kita susah senang? Yang kalau kita nangis, dia sudi nak lapkan air mata kita?

Tak apa kalau tak ada, tapi we can be the one to initiate it lah. Bukan susah tau. Bila kita mula buka jalan untuk bersikap appreciative, insyaAllah Allah datangkan pula orang yang nak appreciate kita. 

Dan the moment kita dah ada orang yang appreciate kita, kita appreciatelah orang tu sungguh-sungguh. My good friend list, I know and I keep it to myself. Ramai dan setiap satu darinya saya sangat hargai. Baik yang pernah gaduh atau langsung tak pernah gaduh, semua meninggalkan kesan dan makna yang mendalam pada hati saya. Saya kenal diri saya sebagai seorang yang hina dan banyak kekurangan. Banyak dosa tetapi Allah masih menutupi aib saya. Kadang tertanya-tanya, apa aku buat eh sampai Allah tak jemu-jemu bantu tutup aib, Allah datangkan dengan orang-orang yang ikhlas, baik hati, berkawan dengan kita. Tapi itulah kehebatan Allah. Penuh dengan kasih sayang.

So anyway, bercakap tentang menghargai ukhuwah ni, bukan susah. Appreciatelah walaupun dengan hanya sms/whatsapp bertanya "Salam sis. How are you? I hope you are doing great! Take care!". Kalau style saya yang ada baaaanyak whatsapp group tapi jarang sekali saya initiate conversation ni, saya akan menyelit bila mana saya punya ruang untuk buat lawak bodoh. Just a lame joke.

Contohnya semalam, whatsapp group Wanita Kipidap yang terdiri daripada kawan-kawan peguam-yang-kuat-makan sibuk dengan perbincangan tentang jualan murah perfume di kawasan pejabat salah seorang daripada geng-peguam-kuat-makan itu. Jadi dia offer, siapa yang berminat boleh sebutkan perfume apa yang berkenan, dia boleh tolong belikan. Hamek kau, masing-masing sebut nama perfume masing-masing. Aku peratiiii je. Lebih sangat bebudak ni! haha. Last-last saya menyelit; "Alina, tolong tengokkan Johnson Baby Cologne botol hijau ada tak?". Haha. 

Nak maintain ukhuwah ni tak susah. Pertama, jangan intentionally sakitkan hati orang. Berdendam itu bukan sifat orang yang mahu menyimpan ukhuwah dengan lama. Kedua, put effort untuk tanya khabar atau kalau ada best-quotes, share kan sahaja. Itu tanda ingatan. Jangan di-forward message-message berangkai yang tak tahu asal usul sudahlah. Ketiga, matlamatkan persahabatan/ukhuwah itu untuk syurga. 

Teringat masa sesi ziarah ke Lhokseumawe Aceh beberapa tahun dulu. Dalam ucapan Pak Hamdani, dia katakan, "andai kalian masuk ke Syurga tapi tidak terlihatkan saya, saya mohon, carilah saya dan pohonlah kepada Allah swt untuk bawa saya bersama kalian ke Syurga. Jangan biar saya di neraka bersendirian". Ah. Padu gila. Masa tu menceceh-ceceh air mata. Deep sangat rasanya.

So untuk ukhuwah dengan kawan-kawan ni pun wajarlah untuk matlamatnya Syurga. Buat apa untuk have fun semata-mata tanpa ada manfaat di sebalik 'fun' itu. Kenalah kita bijak mengurus perasaan. Kalau sayang, sayanglah kerana Allah swt.

Dan kalau sayang, buktikanlah sayang. Buktikan dengan tembakan doa untuk sahabat-sahabat kita itu. Bukan semua orang mampu ada jiwa yang dapat mendoakan orang lain dalam doa-doa hariannya. Saya? Saya sendiri tak mampu. Kena struggle sungguh. Orang yang boleh mendoakan untuk orang lain ni, memang hatinya benar-benar power. Memang sayang yang benar-benar sayang. Bukan hanya sayang di bibir semata.

So, jagalah ukhuwah sebaiknya. Kalau pernah kawan, lepas tu gaduh, usahalah untuk kawan semula. Tak apa kalau tak rapat seperti dulu tapi at least, tidaklah hati itu sakit dan bersifat pendendam. 

Kalau orang call untuk meluah perasaan, dengarlah. Kalau orang call untuk minta pendapat, kongsilah pendapat. Kalau orang call untuk minta tolong, usahalah mana mampu. 

Ukhuwah ni, nikmat yang Allah pinjamkan. Kita tak tahu bila Allah akan tarik semula dari kita kan?
Dan kita tak tahu entah bila Allah akan mematikan kita. Andai tiba masa kita mati, mahukah kita mati dalam keadaan dibenci ramai? Jika tak mahu, panjang-panjangkanlah kasih sayang antara kita.

InsyaAllah, kita tak rugi.

Ana uhibbukum fillah.



Comments

Popular Posts