146# muncung vespa

Bismillah.

So when was the last entry posted? 2 weeks ago? 3 weeks ago? 

My apology. I am so busy with works. Gitu bajet retis macam ramai benar yang hampa bila blog tak ber-update. Hehe. Lupa plak yang kita bukan Fazura, hanya sekadar Pajora. Haha

Kerja agak sibuk, ke sana ke mari. Tak sempat nak update blog. Banyak menguruskan diri sendiri sahaja.

Ni pun baru balik dari Kuantan few hours ago. Last Sunday and Monday I was in Terengganu. Letih buat 'tour' demi mendidik sifat integriti dalam jiwa setiap pekerja tokmat. Kahkah.

InsyaAllah Januari nanti akan kembali duduk di Legal unit dan akan kembali berteleku di pejabat melawan kontrak berhabuk-habuk. In the mean time, hargailah peluang ke hulu dan hilir outstation sampai demam-demam. Haha

Since travel hari tu pada hari cuti umum Awal Muharam so esok dapatlah unrecorded leave. Tuhan itu Maha Hebat. Kita pun badan dah ala ala demam kus kus lalu Dia berikan kita rehat. InsyaAllah isnin nanti kita ke Negeri 9 pula (kalau rajin). 

Nothing much that I would like to share for now. Kerja busy, rumah pun busy. Kena look after the nieces (hanya tatkala rajin dan bila ada mood). 

Dah lama tak naik LRT pergi kerja so imagine that I will be in the office by 730. Tapi tak jugak lah kalau malas or penat masuk kul 930. Macam opis tu ayah kita punya. Haha

Menuju hujung tahun ni macam macam plak kerja menimbun. Travel sana sini, obviously dalam negara je la sebab tokmat mana lah ada aset sangat kat luar negara. Haha. Travel back to back dalam negara pun dah demam-demam, jangan berangan nak travel luar negara. Haha.

Hujung November nanti kita tunggu kepulangan family kakanda untuk bercuti for about 5 weeks. So nanti scroll la instagram kita untuk tengok how big my made-in-ireland niece and nephew right now. Haha

Okay esok cuti nak qada' rehat. Elok shut down dulu blog ni. Hehe.

Banyak benda boleh kupas kan contoh pasal kenaikan tol, politik negara, korupsi yang mengkaramkan negara, kes Kevin Morais, dan macam macam lagi.

However i just don't feel like talking about those issues on this blog. Kalau rajin adalah seposen dua kita bantai tulis status panjang kat FB, kalau malas kita lantakkan je isu itu berlalu begitu saja.

Nampak tak kita ni bernama rakyat Malaysia yang patah hati? Hehe

Night everybody. 
Salam Maal Hijrah.
Muahciked




Comments

Popular Posts