145# aidiladha dari JB

Salam Aidiladha.

Meriah ke uols? Iols biasa je. Maklumlah this year beraya di JB, kurang lah meriahnya berbanding kalau beraya korban di pantai timur. 

Since raya aidilfitri hari tu kami dah ke Terengganu, this time kami ke JB lah pulak. Almaklumlah, sedara mara ramai. Dari terperuk bosan kat Keramat tu, apalah salahnya kita merasa harung jam menuju kampung halaman kan? Haha.

Kampung Abah di JB ni tak macam kampung. Macam ala-ala kehidupan di Keramat je. Tapi best sebab sedara-mara menjadikan rumah ini sebab tempat berkumpul. Atuk-nenek dah takde. Pak Long lah tempat bermanja (ecehhh). 

Pak Long pula sejak start dialisis few years back memang tak berdaya, banyak baring dan berehat di katilnya je. Waktu-waktu beginilah kita meriahkan sikit hidup dia. Hehe

So anyway, kita dah jumpa doktor kelmarin. Kita macam faham tak faham je apa doktor cerita. Kita dengar perkataan colitis, duodenitis, no hphylori, bukan ulcer. Ada la sikit masalah dalam perut yang doctor belum dapat kesan apa punca hahaha tapi doctor bagi lah ubat untuk buat experiment. Hopefully sakit perut dan the abnormality is not due to nasi lemak. Haha. Tapi ada inflammation lah dalam perut pada few spots. 

Menyesal dulu tak berapa minat sains. Apa struktur dalam perut pun blur blur je kita bila doctor explain. Kita tahu usus besar usus kecil je. Pastu kita tak tahu pape. Haha.

My main concern is that after 2 weeks of scope and makan ubat, berat masih 42. What is this? Mental torture game is it? Haha.

Tapi takpelah. Raya ni makan banyak banyak. Pastu sakit perut, kita berak lah. Apa susah. Haha.

Kim Kardishian bersusah payah bersengkang mata workout nak kurus macam iols. Maka bersyukurlah kita mengurus tanpa perlu berusaha keras macam Kim Kardishian. Kan?

So uols semua ni dah pi lapah lembu korban ke belum?
Selagi tangan takde bau lembu, jangan balik!

Hahaha. Salam Aidiladha dari JB.
Satgi lepak JPO jom? Haha


Comments

Unknown said…
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Popular Posts