143# my scope experience


Because tomorrow I will be on out-of-office mode, today I choose to update an entry. Ada kena mengena tak? Haha.

I have been on silent (from this blog) for how-many-days-i-dunno, due to many reasons. I was busy handling my emotion. Kahkah! I was busy handling my nieces at home. I was not feeling really well. I went through a medical procedure to check what happen to my sexy-perut and I was admitted for 1 day for that. All in all, I was busy. Hehe. 

So last week I worked for 2 days only. Literally 2 hari je sebab Isnin masuk kerja, Selasa MC dan doktor bagi referral letter to see specialist. Rabu kerja tapi balik awal sebab petang Rabu kena 'check-in' hospital hehe, dan Khamis Jumaat MC. Khamis tu lepas Maghrib baru 'check-out' dari hotel-hospital dan doktor bagi MC pada Jumaat untuk sambut rehat. Phew.

I was not that unwell pun, to be honest. But I have repeatedly complaint about my perut. Historically memang ada sejarah gastric sejak zaman belajar (or sejak azali) tapi for the past few months macam selalu ada masalah cirit birit. Ingatkan salah makan sampailah last weekend masa pergi mukhayyam di Ulu Yam, terpaksa balik separuh jalan program sebab bloated stomach, muntah dan tak daya. Balik rumah muntah lagi dan cirit birit (again?). 

And that was among the worst experience that I had. Lembik habis. Dan berat hilang 2.5kg in a day. Wallaweh.

Naik trauma nak makan sebab takut muntah. And bila cek cek, apa yang saya makan, orang lain makan but they are steady, safe and sound. So I conclude that it is me who have problem, not the food.

So I choose Hospital Pakar Al Islam. Selain sebab dekat, sebab dah biasa ke situ sebab situ hospital rasmi family Kak Anne. Hehe. Also Kak Anne suggest situ. Dan off course la dia islamic sikit.

Dr. suggest untuk buat scope, so kita buat je. InsyaAllah nothing serious. Dr Ishak kata, 'i see you in 2 weeks time' hehe. Lagi 2 minggu akan jumpa untuk review biopsy result. Based on scope tu, Dr kata nampak permukaan usus tu macam nipis sikit, tak sure sebab apa dan ada red spots here and there. Maybe jerawat di perut. Haha. Not funny.

So untuk 2 minggu ni kena makan ubat. I am safe and sound, steady and pretty as usual. Hehe.

Buat scope tu tak sakit langsung. Sebab saya ditidurkan. Hehe. Saya request untuk buat GA sebab saya tak kuasa nak melalui pengalaman dijolok ikut tekak dan sebagainya untuk memasukkan camera tu. No thanks. I prefer sleeping well. Haha.

But the experience before the procedure is the one that I hate the most. Tujuan di admit satu malam sebelum tu sebab kena ambil ubat untuk cuci perut - bowel cleansing. Ubat tu memang akan buat kita membuang. Ubat tu berbentuk cecair, langsung tak sedap dan meloyakan. Kena minum 2 botol ubat tu, kena minum 3 jug air masak dan kena puasa selepas itu.

Saya muntah 2 kali malam itu di hospital, saya hanya mampu minum 2 jug air masak dan saya ada tipu sikit buang ubat tu sikit dalam tong sampah. Haha. Sebab kesannya lambat pada saya, by 12am saya belum membuang, jadi nurse call doktor dan doktor suruh saya minum lagi 1 botol. Saya nak nangis. Saya muntah dan saya menagih simpati nurse, saya tak larat da nak minum. Hahah.

Finally sampai sebelum procedure pagi Khamis tu, saya pecah rekod 7-8 kali masuk jamban. Memang dia perah perut kita, sampai tiada apa yang hendak dibuang selain air. Sebab itulah kena minum air 2-3 jug.

In my case, since dah membuang banyak kali dan muntah 2 kali, I went dehydrated a bit. Sebelum procedure doktor cek dan doktor masukkan air. After procedure pun saya tengok lagi 1 pine air dimasukkan. Betapa keringnya badan saya. Haha.

Lepas hilang lalok lalok kesan GA tu semua, saya dijamu makanan. Wah! Bagai orang mengantuk disorong bantal, saya makan dengan lahapnya tapi tak habis juga. Haha. Mujur Abah datang untuk habiskan makanan. Hehe.

So itulah serba sedikit kisah kenapa blog lama tak update. Haha. (Tapi Instagram dan Fb hari hari update hhahaha). 

Kadang kadang terlalu mengambil ringan hal kesihatan ini memang menyusahkan diri sendiri. So, hadap jelah.

Esok outstation, keadaan jerebu pun tak elok, so be safe everybody!



Comments

Popular Posts