140# Keturunan Berangan

Bismillah. Alhamdulillah.

Saya ni ada dua sifat utama yang saya sedar wujud dalam diri saya sejak sekian lama. Bukanlah sejak azali tapi sejak matang lah kot.

Sifat pertama - saya suka membaca. Buku ke, news ke, blog ke, FB status ke, apa-apa sahaja yang saya rasa seronok untuk dibaca. Saya rasa saya develop 'speed reading' skill sikit-sikit tanpa sedar. Tu yang kadang-kadang orang bagi link, suruh baca, sekejap je dah habis, so orang macam doubt 'kau dah habis baca ke? kau biar betul?'.

Sifat kedua - saya suka berangan. Berangan untuk buat itu ini, cuba itu ini, nak tengok kemampuan diri. Selalu fikir, si polan boleh buat, aku nak try lah. Mana tahu boleh jadi power macam si polan juga? Berangan nak jadi penulis buku. Berangan nak jadi motivational speaker. Berangan nak jadi law lecturer. Berangan nak jadi pegawai psikologi bertauliah. Eh beranganlah semuanya! Ada kadangkala datang angan-angan nak jadi surirumah. Pun ada. Dasar kuat berangan! haha.

So tadi on the way pergi kerja, dalam LRT (tak drive sebab nak pergi Seremban after work dengan kawan-kawan), saya terjumpa 1 link JPA pasal tawaran biasiswa untuk masters dan Phd di UK untuk Commonwealth Countries. Wah, terus buka, baca, godek-godek. Untuk 30 minit perjalanan dalam LRT tu, banyak juga info yang saya khatam. Looks tempting, I tell you.

Lalu saya terus berangan, eh best juga kalau dapat sambung Phd kat UK kan? Aku pun 'muda' lagi. Hahaha. 

Then terus whatsapp adik-beradik, secara berjemaah saya kongsikan angan-angan saya yang hanya terbit sesaat selepas khatam membaca info tawaran biasiswa tersebut. Beruntungnya saya apabila mempunyai adik-beradik yang suka menyokong apa jua bentuk angan-angan. Haha!

Kak Anne is at her final lap of her Phd in Public Health so dia bersemangat sikit nak menyokong angan-angan seumpama ini. Kak Yong pun memang species suka belajar tanpa henti tanpa tahu erti boring. Tak tahu lah ni species dari kepulauan mana.haha. Saya personally memang dah lost track Kak Yong punya paper qualification. Latest update yang saya tahu, dia dah officially a Consultant. Kena study lah tangga-tangga profession bidang kedoktoran tu untuk faham. Which I am lazy to understand them.haha. Yang agak-agak jadi pom-pom girl bila orang sebut nak sambung itu ini adalah Kak Chik. Ha, dia memang species watlek-watpis je. Bila orang ajak 'meh la sambung belajar' dia akan cakap 'tak pe tak pe. korang jalan dulu. Chik support dari belakang'. Haha. Tapi dia perform well in her career I would say.

So yang not here nor there is none other than yours truly. Pajora! hahaha. 

So dalam berangan-angan tu sambil borak-borak dengan Kak Anne, dia kata 'I suka bila tengok orang berangan pastu berjaya'. Selain tu dia juga admit, kami ni memang dalam keturunan berangan.

So korang keturunan apa? majapahit? haha.

Comments

Popular Posts