137# Clingy Bestfriends' Dilemma

Hari ni hari kedua hidup saya sarat dengan emosi. Semuanya kerana majlis perkahwinan seorang ukhti yang telah saya hadiri semalam. Kelmarin rasa nak nangis, semalam memang dah termenangis, hari ni menangis juga sakit hati sebab sisa sisa rasa tu tak habis habis lagi. Adakah ini sebab faktor aging? Haha

Isz, who got married yesterday is one of our GMS sisters. We just found GMS somewhere in 2013 kot but we ended up becoming click just like that. Since then we shared a lot of our stories especially via whatsapp. 

So yeah, Isz and Fidah are belangkas.  How people see me and Shabira as so close, they are like that too. Or maybe even more click.

So girls friendship memang complicated to the extent takde makhluk bernama lelaki sudi untuk faham kot. Haha. Memang deep bestfriendship perempuan ni. Kalau kahwin pun kalau boleh dia nak nak ada suami dan ada bestfriend juga di sisi dia 24 jam. Which is illogical juga.

So, can you imagine how sad one could be kalau bestfriend dia kahwin? Off course lah happy for the bestfriend at the same time rasa gak sedih sebab yeah we will be losing a bestfriend's attention kot. Kalau tak hilang sepenuhnya mungkin hilang sikit. Hehe. Gedik kan?

So gua memang emo gila lah semalam especially bila nak balik. Sebab I understand how Fidah feels and how Isz feels too. They remind me of how I felt masa my bestfriend Azie, got married. 

Satu perasaan yang saya tak pernah describe panjang sebab it hurts sampai dia heal sendiri. Huhu.

Masa Azie kahwin, saya menyaksikan pernikahan, majlis persandingan, preparation dewan termasuklah jadi pengapit. Everything was fine sebab I tot I was ready to let go my bestfriend to someone whom she needs better. 

Semuanya smooth, steady, sampailah bila selesai majlis and pengantin dah start focus dengan sesi fotografi dan kenalkan pasangan kepada tetamu-tetamu, I felt pity to myself. Duduk sorang sorang kat meja belakang di hujung dewan menyaksikan satu persatu memori yang mereka mula cipta bersama. Ahh, sedih gila. Kesiannya kau paten. Masa tu lah. Air mata bergenang. Huhu.

Then terus rasa okay its time to go back. Tak sanggup nak sedih lebih lama, selesai tugas, pengantin pun dah free, kita pun ambil keputusan untuk undur diri. 

That was the saddest moment. Berpelukan yang lama, dia menangis  di bahu kita, kita pun hujan di bahu dia. Mixed feelings. Happy that our bestfriend has found her imam and sad that we will be losing our bestfriend slowly. Kita pun faham tanggungjawab seorang isteri itu besar. Bukan boleh cincai cincai kira lagi.

So sepanjang salam dengan ahli keluarga dia kita maintain steady senyum je. "Awalnya nak balik Ten. Baliklah esok", kata mereka. "Eh tak boleh lah sebab orang banyak kerja pending ni. Balik ni pun kena submit kerja kat boss". Walhal sebab kita tak sanggup nak stay lebih lama. Wahaha.

So, majlis Isz semalam memang sangat mengingatkan saya kepada bagaimana saya satu ketika dulu sewaktu perkahwinan sahabat baik saya. Dan saya sangat faham kalau Fidah sangat terganggu berperang dengan emosi antara gembira kerana sahabat tersayang telah maju satu tahap lagi dalam kehidupan dan juga sedih mengenangkan keadaan takkan lagi sama seperti sebelum ini.

We are clingy bestfriends. Aren't we? Hehe.

Sepanjang perjalanan Fidah balik dengan saya, kami bertukar perasaan dan saya sedih untuknya. Pelukan saya dengan Isz sebelum saya pulang juga berat bagi saya. Melepaskan adik yang saya sayang dengan nasihat nasihat yang saya fikir perlu utk dia walhal saya pon belum kahwin. Wahaha

Emosi saya terbawak bawak sehingga ke hari ini. Dan saya terfikir nanti saya akan menangis teruk tak kalau Shabira kahwin dulu sebelum saya? Atau Shabira akan meraung over tak kalau saya kahwin dulu sebelum dia? 

Lepas tu saya sedih lagi. Hahaha. Dasar cengeng.

Sebelum berlepas balik semalam, peluk peluk dengan Nadi juga dan dalam pelukan tu Nadi bisikkan kepada saya: "Kak, cepatlah kahwin.."

Ouch. Is it a request? Haha.

So the conclusion is, perasaan macam ni bukan semua orang faham. Complicated feelings yang hanya clingy bestfriends sahaja yang rasa. I was so moved by the whole thing. 

Dan kalau lah any of us dapat suami yang tak memahami dan malas nak consider this clingy bestfriends dilemma, lagi sakit jiwa lah jadinya.

Nevertheless perasaan tu bukan carry selamanya pun. Hanya sedikit masa diperlukan untuk menyembuhkan hati dan memujuk diri. Look like myself and my Azie. We are as good as matured bestfriends. No more clingy bestfriendship for two of us but we know that we have each other always.

Jarang contact tapi bila teringat kita akan bertukar macam macam cerita.

The key to it is give and take. Jangan menyampah kalau kawan baik kita emosi lebih kalau kita dah nak kahwin tapi sabar dan sentiasalah menjadi pendengar yang baik. Jangan selfish dan jangan kecik hati kalau dia merapu macam macam. Sebab dia akan rasa seperti ditinggalkan sedangkan kamu sudah ada bahu baru untuk menjadi tempat pemujuk saat kamu sedih.

Clingy bestfriends sangat kan?
Lelaki ada ke macam ni? Kalau ada, nak muntah dulu. Haha

Congrats darling sister for your wedding.
Me love you. We love you.


Yeay nampak sebaya. (walhal kita paaaling tua)

 

Comments

Popular Posts