131# Membenci LRT

Bismillah. Alhamdulillah.

I have been using LRT secara rutin ever since kembali bermastautin di KL setelah tamat belajar. Dari chambering sehingga bertugas bersama TokMat dan hingga kinilah.

Despite perangai buruk LRT yang sering di-komplen-kan oleh ku dan berjuta lagi pengguna yang lain, ku masih berusaha bersabar menggunakannya.

Sehinggalah pagi tadi. Kesabaranku benar-benar diuji lantas ku give up se-give-up-give-up nya buat julung-julung kalinya.

Hari ni dah lah hari pertama mula kerja selepas seronok bercuti raya selama 6 hari. Nak siap pergi kerja tu, bercintanyaaa perasaannya. Kalau ofis tu ayah kita punya, memang sumpah kita tak pergi dah.hehe.

Sebelum pukul 730, ku minta tolong ayahanda hantarkan ke LRT sebab kereta waja yang sering ku gunakan untuk memandu ke LRT mengalami masalah teknikal. Laluan ke LRT Setiawangsa hari ini smooth barangkali masih ramai yang sedang membakar lemang di kampung.

740 ku sudah steady di LRT sekali jantungku hampir tercabut memandangkang raaaamainya umat manusia yang terkandas di LRT Setiawangsa. Berulangkali ku dengari pengumuman 'kami mengalami masalah teknikal dan train akan berhenti lebih lama di platform' yada-yada.

Okay, this is not something new so ku steady menunggu LRT. 5, 10, 15 gerabak berlalu tanpa dapat ditembusiku. Sehinggalah jam mencecah 830, ku katakan, ini gila. 830 sepatutnya dah berada di pejabat. Tengok pada gaya kegilaan LRT dan ramainya umat yang masih terkandas, ku ambil keputusan untuk membenci LRT sepenuh hati, jiwa dan raga.

I then called my mum requesting my dad to fetch me back from LRT because I need to drive to office. This is crazy. I must be at the office latest by 930. Jangan bikin perangai. .

So Abah 'kutip' daku semula di LRT at about 850, ku drop-kan Abah semula di rumah dan berdesup ku memandu laju seperti Mikail Sumaikar. Al hasil, ku berjaya sampai pejabat sebelum jam 930 dalam keadaan dahi berkerut, muka selebet dan hati yang parah dan sakit. Meluap-luap kebencianku terhadap LRT.

Semalam LRT terbakar. Hari ini, hati saya yang terbakar. Hiks.

Akhirnya ku memasang cita-cita untuk tidak menggunakan khidmat LRT lagi (kononnya). Tak mengapalah kena bersiap awal dan keluar awal ke tempat kerja (demi merebut parking) asalkan hatiku tak terbakar hari-hari. Kesian kepada hatiku. Dah lah banyak makan hati, ni terbakar pula. Eh!

Kalaulah diriku mampu untuk buat kempen boikot LRT, memang ku nak sangat buat. Pengangkutan awam yang tiada bersifat memudahkan perjalanan pengguna - itulah LRT namanya.

Kecil-kecil dulu balik sekolah ku naik bas mini dengan tambang 50sen atau kadangkala bas intrakota dengan tambang 30sen, tidaklah senazak ini gayanya walaupun ku tersepit dan dihimpit juga di dalam bas itu. At least, berjayalah balik rumah. Malah Bas Seri Jaya yang wujud sebelum Bas Intrakota pun berfungsi baik sebagai pengangkutan awam. LRT apa tahu? Asik-asik rosak. Kalau naik tu percuma tak apalah juga, ini tidak. Bayar beringgit-ringgit, hati sakit, sampai ke destinasi tak juga, kadang-kadang Touch N Go pun offline. Ah, tak tahulah apa sakit LRT ni. Dah obsolete kot sistemnya.

Esok, drive.
No LRT.
No sakit hati.

Boleh menyanyi-nyanyi dalam kereta sambil memandu.
Apa ada hal, suara pun boleh tahan merdu. Ala, kita kita je dengar. Tak pe kot dak?

Btw, untuk pengguna LRT yang selfish yang taknak move ke dalam dan taknak bagi orang lain naik, kita nak cakap satu je ----> pak ang ijau.

Hahahaha!

Selamat Hari Raya (lagi sekali)!

Comments

Popular Posts