124# Terkejut-kejut
Bismillah. Alhamdulillah.
Pagi tadi masa naik LRT on the way pergi kerja, 3 kali LRT berhenti secara mengejut. Pernah rasa tak? Impak dia kuat sikit dari rasa impak emergency break kalau naik kereta. Siap keluar bunyi 'eheekkkkkkkkk' kat landasan. Okay whatever lah bunyi sebenarnya tapi nak katanya, bunyi emergency break tu tetap wujud. Ehek ke, sreetttt ke, tak kisahlah. Tak boleh nak recall the actual sound.
Lepas beberapa saat LRT berhenti, semua orang macam ambil masa bertafakur. Suspen. Cuak sikit. Yang jenis berdiri berpaut pada tali pemegang tu badan siap senget-senget melawan inertia. Yang paling kesian kat orang yang tengah tidur baik punya nyenyak, sekali terkejut-kejut dengan bunyi emergency break dan impak inertia yang kuat. Tambah-tambah lagi bila mereka dalam keadaan tidak bersedia untuk keadaan tu. Siap boleh terhantuk-hantuk kat dinding LRT.
Hari ni pengalaman LRT buat emergency break kedua. Last few weeks merasai pengalaman tu for the first time. Masa tu terus fikir, adakah LRT ni akan bertembung dengan LRT lain? Horror juga perasaan tu. Sebab LRT kan laju cuma kita tak rasa sangat dia laju. Kalau tak percaya cuba lumba lari dengan LRT, tengok siapa menang.
So anyway it makes me think. In life kita selalu ingat atau mahu hidup kita smooth je. Kita nak perjalanan lancar je. Sekali Allah beri kejutan walau sekadar beberapa saat, baru kita sedar yang sepatutnya hidup ni perlu sentiasa dalam keadaan bersedia dan berjaga-jaga.
Kalau waktu emergency break tu kita dalam keadaan sedar dan berjaga-jaga, maybe less damage will occur. Tapi kalau tak sedar, tertidur, tidak dalam keadaan berjaga-jaga, possibility untuk berlaku kecederaan itu ada. Terhantuk ke, terkejut sakit jantung ke, dan sebagainya.
Kan?
So kita kena selalu kejut-kejutkan diri kita dari lena yang panjang. Wake up.
Untuk jaminan Syurga, bukanlah dengan bersenang-lenang di dunia tetapi berusaha keras selagi ada hayat kita untuk meraih redhaNya.
Comments