123# Belajar dari ubat nyamuk

Bismillah. Alhamdulillah.

Malam tadi tidur nyamuk banyak kemain. Dah 2 malam pun. Malam sebelum tu, saya bangun jam 345 am dan sembur ridsect. Lepas tu tidur balik. Konon ngantuk gila lepas balik dari terawih kat surau. Perangai betul.

Malam tadi terjaga pukul 130 am untuk solat. Sebab saya dah dozed off dulu sebelum solat tarawih etc. Sebab keletihan yang melampau (kononnya). Weekdays ni memang saya prefer solat tarawih di rumah tapi selang beberapa hari saya pergi juga la ke surau ambil mood. hehe. Macam Ahad malam hari tu pergi terawih di Sekolah Al-Amin, ada imam dari Palestin. Feeling sikit walaupun tazkirah dia menggunakan khidmat translator. Hiks!

Okay sambung cerita pasal nyamuk. Actually jarang untuk nyamuk meminati saya. Sehari dua ni nyamuk buat gila. Ridsect dah habis. Alang-alang bangun segarkan diri untuk solat terawih, tahajud etc saya pun turun bawah ambil ubat nyamuk yang lingkaran tu. So old school tapi tak kisahlah janji nyamuk tak buat hal lagi.

Bila saya terpandang ubat nyamuk yang sedang terbakar tu, antara bahagian yang belum terbakar dan abu ubat nyamuk tu, saya terfikir, 'hayat ubat nyamuk ni macam kehidupan kita'. 

Ibaratnya seperti kehidupan kita bermula saat 'tangan' Allah menyalakan api membakar ubat nyamuk. Dan cukup masa yang Allah tentukan (selama panjangnya lingkaran ubat nyamuk itu), kehidupan kita semuanya akan terpadam. Tiada apa yang tinggal. 

Kalau kita fikir hidup kita panjang, kita silap. Masa berlalu laju je meninggalkan kita. Cuba tengok ubat nyamuk tu, tak lah panjang mana. Kita tak tahu pun bila ubat nyamuk tu akan habis tapi kita tahu ia akan habis. 



Kita ni selalu tak belajar dari kehidupan sekeliling kita kan?

Comments