122# Oh my Ramadhan

Bismillah. Alhamdulillah.

Seminggu sekali update blog cool juga kan? Feeling macam busy woman begitu.

Sekitar seminggu ni sedikit sibuk menguruskan hidup. Rutin Ramadhan yang sedikit mencabar dalam kelapangan waktu. Waktu dah lapang dah tapi jadi mencabar sebab lapar, sebab mengantuk, sebab banyak perkara perlu difikir dan diuruskan. Gitu.

Dah pertengahan Ramadhan ni, semua orang macam sibuk-sibuk memikir pasal baju raya, duit raya, kasut raya segalanya raya. 

Dalam Islam pun Aidilfitri ni memang tujuannya untuk meraikan kemenangan, kegembiraan. Tak ada salahnya menjadikannya special. Nanti solat raya, pakai baju cantik-cantik, wangi-wangi, hensem-hensem, smart-smart.

Cuma tahun ini saya telah memotong bajet raya untuk bersyok-syok shopping tanpa hala tuju.hehe. Dah semakin berusia, semakin tak daya nak cari baju raya.hehe. Cukuplah sepasang baju kurung yang telah lama ditempah suka-suka tapi belum pakai. So akan dibuat raya. Dan Allah rezekikan sepasang jubah yang orang hadiahkan sebab orang tu beli tapi tak muat untuk dipakai.hehe.

So cukuplah, I have 2 pasang baju raya.

Bajet duit raya pun dah mula prepare since gaji baru-baru ni. Agak-agak kalau nazak sikit kena korek sikit tabung savings.hehe. Tapi harapnya tak terlajak spend sebab nanti kena ikat perut untuk bulan-bulan mendatang. 

So what I do this year dalam menguruskan bajet raya ialah, saya telah membaca sebanyak mungkin artikel tentang pengurusan kewangan khususnya di musim perayaan. Al hasil, saya bercadang untuk memotong duit raya kepada anak-anak buah, atas alasan ekonomi meleset. Tapi dapat tentangan teruk oleh mak-mak budak. hahaha. Anak-anak bukan reti sangat nilai duit especially yang belum sekolah tu. Bazir duit Ucu je nanti. hehe.

So untuk persediaan raya ni, untuk diri sendiri saya hanya allocate RM30, itu pun untuk beli tudung. Terasa sungguh kedekut dan kederek sekali terhadap diri ini. Menangis nangis saya merenung duit dalam-dalam masa nak manage masuk ikut sampul yang sepatutnya. Sampul A - perbelanjaan diri. Sampul B - duit minyak kereta & LRT. Sampul C - Allocation untuk Parents. Sampul D - Sedekah/Amal Jariah. Sampul E - Bajet raya (duit raya). Akhirnya, dalam sampul A hanya letak RM50 sahaja untuk bulan ni. hahaha. Mengenangkan bulan puasa, so tak ada apa kot nak dibelanjakan sangat.

Tapi realitinya memang saya tidak berbelanja sangat pun sepanjang Ramadhan ni. So far so good, belum sekali pun pergi bazaar ramadhan mahupun makan di luar. Mungkin esok lusa tetiba datang nafsu nak makan beriya-iya tu tak tahu lah pulak, kan.

Kan best kalau ke-skema-an ini kekal sepanjang tahun? Nescaya sebulan boleh saving 3/4 gaji lepas tu dah banyak duit berhenti kerja lepak rumah.hahaha. 

Nanti nak tanya Ummi, "nak beli kuih raya apa-apa tak? kerepek ke?".
Dalam masa sama dalam hati nak berdoa "mintak-mintaklah Ummi kata taknak".

Hahaha.
Sejak semalam teringin nak makan nasi lemak. Harap-harap balik kerja hari ini bersemangat nak masak nasi lemak.

Boleh percaya ke?

Comments

Popular Posts