120# "I personally feel offended" - Najlaa
Bismillah. Alhamdulillah.
Saya fikir, lama juga saya tak menulis secara serius tentang isu-isu semasa/sensitif yang sedang menghujani kita semua waktu ini. Sengaja saya mengambil pendekatan untuk 'seal my mouth' sebab saya tidak berminat untuk menjadi keyboard warriors hanya pada waktu hangat. Saya percaya, pencarian dan perkongsian ilmu itu, prosesnya berterusan. Bukan hanya pada waktu-waktu hanya semata.
So lately kita disibukkan dengan isu pemakaian atlit sukan gimnastik dalam Sukan SEA dia Singapura. Kan?
Beginilah, pada saya, kita semua perlu bermuhasabah diri, saya tidak terkecuali. Tanya kepada diri, mengapa tiba-tiba kita kecohkan hal ini? Kerana media telah memberi highlight kan? Walhal pakaian atlit gimnas sejak berpuluh tahun dahulu pun mana pernah syariah-compliant pun. Atlit gimnas negara kita pun memang sering memenangi pingat dalam banyak acara sukan. Saya, walaupun bukan pengikut cerita sukan, tahu juga sedikit sebanyak tentangnya.
Saya percaya bahawa menjadi tanggungjawab kita semua untuk terus-terusan berkongsi ilmu agama tentang halal-haram, dosa-pahala, syurga-neraka dan segala ilmu benar yang kita tahu. Bukan hanya bersikap panas pada waktu-waktu tertentu sahaja. Anehnya kita kerana kita bersikap reserve untuk menegur pemakaian orang ramai yang kita jumpa dan berurusan hari-hari (termasuklah ahli keluarga sendiri) tetapi sibuk sangat menghentam atlit di media sosial. Betulkah cara kita?
Asal media beri highlight je kita melatah. Walhal agenda media yang sentiasa 'fishy' tu kita tak fahami. Banyak lagi isu lain yang seharusnya media fokuskan tetapi semata-mata untuk 'divert the attention', media memainkan peranan untuk menayangkan isu-isu murahan seperti aurat atlit gimnas. Berlambak lagi isu politik yang sengaja mereka perlahankan dari tayangan di media sebab mereka dah faham sangat perangai masyarakat kita. Tak bijak mana pun. Apa yang mereka suap di media, itu sahaja yang kita layankan. Hal-hal yang semalam hangat, hari ini jadi senyap. Semuanya permainan media, kita yang banyak makan semut dan mudah lupa ni terus terlupa tentang isu-isu besar yang telah memperalatkan kita.
Namun yang demikian, tidaklah saya bersikap lepas tangan sekiranya berlaku hentaman terhadap syariat Islam oleh pihak yang mungkin kurang faham tentang hukum hakam agama Islam. Saya pun bukanlah pihak yang bijak sangat malah masih belajar. Masih berusaha keras untuk memahamkan diri tentang ilmu Allah swt yang maha luas ini.
Kebetulan semalam, selepas Maghrib, sedang saya berehat-rehat sebelum mempersiapkan diri ke Usrah terakhir sebelum Ramadhan, saya ternampak seorang sahabat not-yet-Muslim di Uni dahulu berkongsi satu artikel bertajuk 'Gymnastics not for Muslim women, says mufti' di FB.
Sahabat non-yet-Muslim saya itu menulis seperti di bawah:
"Stupid statement made by stupid extremist" |
Jujurnya saya faham bahawa beliau pastinya tidak faham tentang tuntutan dan hukum hakam agama Islam. Saya mengambil inisiatif membaca keseluruhan artikel tersebut yang mana huraiannya adalah daripada penerangan Mufti Perak, Dato' Harussani. Saya tidak marah membaca statement sahabat not-yet-Muslim saya begitu namun saya terpanggil untuk memberi penjelasan lanjut. Saya anggap sahabat not-yet-Muslim saya itu perlukan bantuan dari seorang Muslim untuk lebih memahami kedudukan Islam dalam hal aurat ini.
Tiada apa yang salahnya pada hujah Dato' Harussani, tiada apa yang extreme pun menurut saya. Cuma pada pandangan seorang not-yet-Muslim, ianya bersifat extremist. Siapa tahu kalau-kalau mereka hanya membaca tajuk artikel sahaja, kan? Jadi, saya meninggalkan komen yang agak panjang seperti berikut:
1 |
2 |
Selepas saya tekan butang 'post' baru saya rasa cuak.hahaha. Saya fikir, 'controversial tak penerangan aku ni?'. Tetapi saya positif, Allah akan berinya ilham untuk faham dengan baik, insyaAllah.
Kemudian saya screenshot dan saya kongsikan kepada dua orang kenalan dari Uni juga. Saya katakan 'I hope I did the right thing'. Saya sekadar terpanggil untuk memahamkan beliau. Untung-untung not-yet-Muslims lain juga membaca komen saya dan beroleh kefahaman yang baik. Semoga pahala buat saya. Ameen!
Saya sengaja menyatakan 'i personally feel offended' kerana saya mahu kita semua faham bahawa isu agama, bukanlah isu yang kita boleh selamba men'stupid'kannya. Saya menghormati setiap non-muslims dengan hak mereka untuk beragama walaupun jauh di sudut hati saya, saya merasa berdosa kerana masih belum berupaya untuk mengajak mereka mendekati agama Islam yang benar ini. Namun saya perlu beritahu orang bahawa saya terasa apabila orang bersikap tidak sensitif terhadap agama, jalan hidup saya.
In case anda tertanya-tanya adakah sahabat saya tersebut membalas komen saya di atas, jawapannya 'ya'. Beliau membalas komen dengan cukup ringkas: "Fully noted".
Alhamdulillah, saya anggap tanggungjawab saya selesai untuk itu. Saya harap masyarakat kita lebih ke depan untuk membantu orang faham akan agama Islam. Islam bukan agama kolot, bukan agama zaman batu. Kalau kita diam, seperti mengiyakan jadi bantulah untuk beri mereka kefahaman kalau kita ternampak seperti mereka memerlukan penjelasan.
Dalam masa sama, saya masih percaya bahawa kita perlu konsisten dalam usaha kita untuk memperbaiki agama kita juga dalam usaha untuk sama-sama mengingatkan orang lain untuk sentiasa kembali kepada Allah. Bukan hanya bising pada waktu yang media memberi highlight sahaja. Bayangkan kalau usaha kita konsisten untuk mengingatkan dan menegur tentang aurat, barangkali bukan sahaja atlit gimnas, malah amoi sebelah rumah pun terus pakai baju kurung.
Dan janganlah kita bersikap menghakimi dan menghukum orang. Kita sendiri tertakluk kepada penghakiman dari Allah swt.
Moga Allah swt redha dengan usaha kita untuk buat macam-macam perkara kebajikan untuk beroleh Syurganya. Semalam naqibah saya kongsikan, Islam dalam diri kita tertegak kerana kombinasi 2 perkara. Pertama, aqidah. Kedua, akhlak. In the absence of any one of these two, Islam kita tidak sempurna.
Panjang tak bebel?
Tahniah sebab baca sampai habis.
Akhir kata, Allah swt menilai usaha kita, bukan hasil daripada usaha kita. Senyum sikit.
Wassalam.
p/s: Jangan stress, meh dengar lagu. ;p
Comments