119# naluri kebondaan

Sebelum tidur ni rasa syahdu pulak sebab tengok instagram Fynn Jamal. Naluri keibuan tetiba muncul seperti munculnya ultraman menyelamatkan dunia dari raksasa yang jahat. Haha.

Once upon a time I used to follow IGs celebrities like Fynn Jamal, Lisa Surihani, Nora Danish dll tapi entah datang ilham dari mana, tetiba saya unfollow semua selebriti. Acah je bukanlah semua tapi most of them lah. Antara selebriti yang saya masih follow di instagram adalah najlaanor. Kenal? Haha. 

Suka sebenarnya follow Fynn Jamal sebab dia berseni (like yours truly kahkah!), dia tenang dan positif walaupun kena kecam selalu (in fact selebriti ni 24 jam kena kecam kot sebab ramai sangat manusia busuk hati) dan dia juga sangat menyayangi keluarganya yang mana kasih sayang dia tu dia benar benar pamerkan and its genuine. 

I remember watching separuh akhir juara lagu kot yang FJ ada perform lagu Arjuna Beta. Dia nangis sambil nyanyi, kita depan tv yang kesat air mata. Eh. Jangkit plak air mata kita. 

One important fact that really touches my heart is that her child is an adopted child. After years of marriage, mereka belum dikurniakan zuriat so diorang adopt Juna. Kisah adopt Juna ni siapa follow FJ diorang pasti tahu sebab diorang memang tak sorokkan fakta tu. Few months lepas ambik Juna, Juna di-diagnosed sakit jantung. So diorang buat pembedahan dan kawan kawan diorang being good friends whom they can call as family, buat hebahan untuk derma untuk mereka and among their friends yang baik hati tu adalah Noh Hujan, AG Coco and few others. 

After few years dalam membesarkan Juna, diorang dapati Juna macam ada sedikit perlahan dalam development ie lambat bercakap. So they brought him to the doctors and after examination, the doctors informed them that Juna is an autistic kids. 

Tak sedih? I feel sorry for them but I know that they are the chosen one. Betapa Allah swt sayangkan mereka, nak beri mereka syurga, Allah uji satu persatu.

Fynn, daripada seorang free hair kini menutup aurat dengan sempurna. Though she still sings. Itu taknak komen lah sebab masih ada perbezaan pendapat berkenaan hukum wanita menyanyi. Like yours truly menyanyi dalam jamban dan menyanyi di kenduri kahwin sedara tatkala tetamu telah berhambat balik. Hahaha. Dasar orang johor!

So coming back to cerita Fynn yang buat saya tersentuh ialah her struggle untuk bagi Juna rasa bahagia despite kekurangan anak dia. Saya percaya yang dia dan suami tidak melihat anak mereka sebagai anak yang kurang. Setiap ibu bapa sentiasa melihat anak anak mereka sebagai anugerah. 

Mereka pergi menunaikan umrah siap bawa anak sekali walaupun orang kata autistic kids sedikit mencabar untuk dijaga atau dikawal. But at least, they proved them wrong kan?

Naluri keibuan ku ini barangkali meningkat ke skala 10 sebab since few days ago, saya menjadi baby sitter untuk Sarra. My 2nd sister and her hubby are away to Lyon (France) - Dublin - London. ETA KL insyaAllah this coming Tuesday, the kids are left under the supervisions of her MIL with the assistance from bibik. Tapi hari tu Ummi Abah pergi ziarah besan pastu rajin pula angkut seorang bawak balik Keramat. 

#anakmenakan

I don't understand their excitement everytime ada peluang pergi Keramat. Though they keep on jual minyak by saying 'ucu paten besttt!' but hello, I makan garam dulu dari you kids I know those are all propa(s). Haha.

To add to the naluri keibuan yang mencecah skala 10, Irdeen juga semalam mengambil kesempatan merayu untuk tidur di sini walhal mama bawa datang ziarah Tok Ummi & Tok Abah je. Haha. So yesterday I was entertained by these 2 cousins or better to say these 2 cousins were entertained by their UcuPaten. 

Kids being kids they do not take 'no' or 'nantilah' as answers. So sangat menguji kesabaran dan kewibawaan sebagai wanita solehah. Haha

"UcuPaten, jomlah kita main boardgame" - S
"Kejap lagi boleh tak? Ucu tak sihatlah.." - U
"Ala.. Sekaranglah..." - S

Rasa nak terjun tingkap bilik ni, I told you.

Tadi lepas maghrib Irdeen siap buat perangai taknak balik. Mama sudah naik berang. Haha. Terpaksa Ucu 'halau' balik sebab esok sudah sekolah. Ucu psycho lah sikit:
"Abang, balik dulu esok sekolah. Abang dengar cakap Mama nanti Sabtu mesti Mama kasi Abang tidur sini lagi. Okay? Abang kan good boy. Jangan buat Mama marah, kesian Mama.."

Terus Ucu hulur tangan suruh salam. Maknanya apa? Salam lekas! Balik! Haha

Budak tu sambil air mata bercucuran pakai kasut sambil mengesat ngesat air mata. Kesiannn. 

Ini Sarra tengah tidur krohh krohh. Siap taknak balik rumah nenek kat Langat walhal dia selamba tinggalkan Abang Ommar & Ikhram kat sana. Selfish datang sini asalkan dia enjoy. Haha. 

"Sarra, Sarra nak balik rumah Nen (nenek) tak? TokMi nak hantar ni.." - TM

"Taknak. Sarra nak duduk sini je sampai bila-bila.." - S

Selamba dia je. 

Irdeen pun tadi cakap "Irdeen nak duduk sini sampai tua.."

Drama sangat. 
Korang kalau nanti Ucu tua korang tak jenguk Ucu untuk hantar buah mangga dua bijik, korang siap! Ucu drill korang!

Eh so pasal Fynn tadi cemtu lah. Saya dah tak follow retis lah kat insta tapi sekali skala bila boring masih boleh stalk untuk ikut perkembangan. Haha. I pray that lagi ramai selebriti boleh tunjuk perkara kebaikan dan betul betul sincere in their actions because that sincerity can touch many hearts. I feel her though I am not married and have no kids. 

Last but not least, lets get ready for Ramadhan. May this Ramadhan be the best Ramadhan. Lets target to increase our efficiency in tilawah & tadabbur during this Ramadhan. Semoga bertambah iman dan lets pulun untuk pahala berganda ganda.

Wassalam.

Comments