116# Memilih

Bismillah. Alhamdulillah.

Pejabat saya tingkat 51. Lagi 4 tingkat naik boleh sampai helipad. Ehem. 
Meja saya tepi tingkap. Kalau boring-boring menghadap laptop boleh menghadap luar tingkap dan tengok pemandangan Bangsar yang semakin hari semakin maju ni. Boleh nampak juga jalan jem di Federal Highway. Gunung Kinabalu je tak nampak.

Bila nak hujan, dah boleh agak dengan melihat kepada langit yang gelap. Mendung semacam, biasanya nak hujan. Hari tu hujan lebat sangat-sangat sampai kilat petir memancar. Naik takut disambar petir (hehehehe) lepas tu kami mencicit lari ke ruang hadapan opis. Takut kena sambar petir. Boleh ke kena sambar kalau dalam bangunan? Ah, tak kisah. Janji lari dulu.

Tadi petang hujan lagi. Langit gelap, mendung. Kabus tebal, tak nampak bangunan atau jalan raya yang biasanya nampak kalau langit cerah.

Saya meroyan untuk 3 minit dengan Hana.

"Kau tahu, jodoh aku macam kat luar tu. Cuba kau tengok".

Dia blur habis. Dia pandang saya dengan muka penuh kepelikan.

"Kau ni dah kenapa, kak?"

"Sajalah nak meroyan, boring-boring hujan-hujan ni.."
Saya menjawab. Tapi saya masih menunggu dia respon kepada statement saya yang awal tadi.

"Motip sangat kau nak meroyan pasal jodoh tetiba". 
Hana ni junior saya di uni. Dia dah setahun lebih di unit integriti ni. Saya je baru meloncat ke unit ini. Tapi sama-sama kenal dari uni dulu.

"Yelah. Kau tengok luar. Kabur kan? Tak nampak pun bangunan ke jalan tu semua. Jodoh aku macam tu lah. Kabur. Tak nampak..". 
Saja buat statement sadis.

"Kau ni kak. Mengarut lah. Metafora kau kemahin!". 
Hana pengantin baru. Dia konon memberi semangat lah pasal jodoh supaya tak fikir negatif. Hehe. Walhal saya memang nak berdrama je.

Tak lama lepas tu, hujan dah reda. Langit cerah gila. Memang amazing.

"Eh Hana". Saya memecah kesunyian.

"What?". 
Dia mendongak pandang saya. Dari tadi mata asyik menghadap laptop. Dasar skema punya Hana.

"Aku rasa jodoh aku ada lah!".

"Motip?", Hana bertanya. Menyirap sebab kena kacau agaknya.

"Yelah. Cuba tengok luar. Langit dah cerah. Maknanya jodoh aku cerah. Kah!" 
Sengaja saya menghiburkan suasana dengan lawak yang tak berapa menjadi. Tapi deep juga perasaan saya petang ni.

"Mestilah kak. Jodoh kau mestilah cerah. Kau ni kak. Jangan negatif..". 
Pengantin baru berpesan.

"Cuma satu lah pasal kau ni kak yang aku perasan...". 
Statement dia, dia matikan macam tu. Cuak saya dibuatnya. Saya pandang dia menunggu dia menghabiskan ayat.

"Kau ni memilih sangat...."

....
....
....

Comments