115# Test Market
Bismillah. Alhamdulillah.
Ramai orang suka test market. Macam-macam cara orang nak test market, baik lelaki baik perempuan. 2 x 5 = 10.
Contoh ayat-ayat orang yang pernah mencuba test market Ostajah yang masih muda belia ni seperti:
"Wayang jom?".
Apa perasaan wanita-wanita menerima ajakan 'wayang jom' tatkala kita kenal dia pun tak tara mana, makan lunch sekali dengan kawan-kawan lain pun tak pernah. Tetiba 'wayang jom?'. Lemah lutut. Geramnya rasa. Muka dah cukup manis dah, sekali punch line ke laut. Kantoi di situ. Test market result? Ostajah bagi 'failed!' dengan cop mohor di dahi.
Saya bersimpati kepada orang yang niatnya baik tapi caranya salah. Kenalah kaji strategi untuk make sure jualan itu laku, modal tak hangus. Kalau tengok gadis itu ala-ala jenis lepak mall selalu, keluar masuk wayang dan sentiasa update dengan latest movie, maybe itu pancingan yang betul. Yang kome pi ajak Ostajah menonton wayang dalam keadaan Ostajah rasa antara wayang dan main Sahibba dengan anak-anak buah, main Sahibba lagi fun and exciting, maka memang failed lah test market result kome. Samalah macam nak belanja orang tu makan nasi lemak tapi orang tu on diet sejak berbulan-bulan yang lepas. Baiklah kau belanja dia makan buah betik, lebih dihargainya dari nasi lemak walaupun paling mahal dalam dunia.
Okay sebenarnya nak cerita pengalaman seorang kawan ni. Masa tu dia memang bujang-bujang lah, jenis rajin datang ofis awal sebab nak parking free. Dah datang awal, tidur jap dalam kereta lepas tu make-up lawa-lawa dalam kereta. Probably masa keluar rumah dia selebet lah kot.hehe.
Dalam diam ada lah tukang stalk rutin harian dia. Satu hari ada orang tinggalkan nota something like nak berkenalanlah di windscreen kereta dia. Dia selit pada wiper kereta kawan saya ni. Ada no telefon yang ditinggalkan. And my friend, being a friendly person (kot), dia pun contact itu jejaka. Kalau saya, tak kuasa.hahaha.
Sempat lah diorang berkawan sekejap, lepak minum, yada yada tup-tup dapat tahu lelaki itu saje gatal nak test market. Dia sebenarnya dah ada girlfriend pun sebenarnya. Kwangjaq kan?
Tapi dalam game ni siapa menang? Dia menanglah sebab dia berjaya buat orang melayan test market dia tu. Masa saya dengar cerita ni dari tuan punya badan, saya geleng kepala, sengih-sengih je. Aduhai. Keliru. Keliru sebab ada juga orang nak test market cara tu. Dan keliru juga ada juga yang nak melayan lelaki test market gaya tu? Tapi maybe masa tu kawan saya rasa macam, 'jodoh boleh datang dari pelbagai cara so why not trying kan?'. Maybe lah. Hence I must respect her effort tu. Saya tak mampu buat macam yang dia buat. Respect.
Hari ni kawan saya tu dah menjadi isteri orang pun. Definitely not to the stupid-guy but to someone who deserves her better. Dan hari ini saya bertanya khabar dia melalui whatsapp "Adakah kau masih berdua atau sudah ada ura-ura akan bertiga?" dan jawapan dia "Alhamdulillah, dah 12 minggu, ten".
Ha.
Tudia.
Suami dia tak payah test market ajak wayang ke, letak no telefon kat wiper ke, terus kenal dan ajak kahwin je. They got married in less than a year since they got to know each other.
Ni apa test-test market ni semua?
Hehehehe.
Comments