113# facing rejection
Bismillah Alhamdulillah.
Sebenarnya dah memang boring cakap pasal rejection tapi kebetulan lately banyak berdepan dgn clients yang mengalami situasi direject maka tergeraklah hati dan naluri untuk mengomel barang seperenggan dua atau tiga.
Kes 1: seorang wanita yang solehah menyatakan hasratnya terhadap seorang lelaki yang padanya soleh (pada saya juga soleh) atau paling tidak pun on the way menjadi soleh. Niat baik, hasrat baik, kerana wanita ini percaya tiadalah dosanya menjadi seperti Khadijah Al Qubro. Tetapi nasib tidak menyebelahinya, lelaki soleh menolak serta-merta tanpa perlu meminta masa untuk berfikir dan menilai keputusan yang wajar dibuat. Apa jua sebab penolakan, kepahitan itu pekat untuk ditelan.
Kes 2: seorang wanita yang tidak kurang solehahnya, awalnya diperkenalkan oleh ibunya dengan seorang lelaki yang ibunya berkenan. Berkawan sekali sekala. Pernah menyatakan niat nak bawa keluarga berkenalan dengan keluarga wanita itu tetapi atas sebab sebab tertentu niat itu tidak kesampaian. Letih berteka-teki akhirnya wanita ini bertanya secara terus 'adakah awak mempunyai apa apa perancangan tentang kita?'. Dengan selamba, lelaki itu menjawab 'tiada'. Keliru, surprised dan terasa aneh namun 'penolakan' seumpama ini menyebabkan semakin kurangkah daya faham wanita kepada lelaki.
Kes 3: seorang lelaki menunggu wanita yang agak solehah ini sekian lama. Sehinggalah akhirnya dia berjumpa wanita ini untuk menyatakan hasrat melalui usaha terakhir walaupun hasrat sama pernah ditolak sebelum ini. Wanita ini masih berat hati untuk menerima maka mungkin lelaki ini akan berhadapan dengan kekecewaan walaupun sudah 2-3 tahun menyimpan harapan.
So ni kes random. Kes benar yang datang kepada saya. Jujur saya katakan, rejection langsung bukan perasaan yang menyeronokkan. Kalau salah cara, kita mungkin akan berasa sangat terhina dek penolakan. Kita perlukan masa yang mungkin sekejap dan mungkin juga lama untuk move on. It is not easy.
But, but.. Definitely pengalaman ditolak itu akan mematangkan kita dengan lebih cepat. Satu hari nanti kita akan berterima kasih dengan penolakan yang dilakukan.
Ramai orang tahu yang dia mahu menolak tetapi ramai orang tak tahu cara terbaik untuk menolak agar hati orang tidak terlalu terluka. Mitigasi terhadap kadar keterlukaan hati itu boleh dilakykan kalau kita bertindak lebih bijak.
Ambil contoh kes 1 seperti di atas. Penolakan itu hakikat yang tidak sukar diterima kalau caranya betul. Jangan ditolak mentah mentah umpama wanita itu memang langsung tak layak. Berilah muka. Katakan saja 'beri saya masa 3 hari untuk saya fikirkan atau istikharah'. Kemudian datang kembali dan nyatakan keputusan untuk menolak. Walaupun mungkin keputusan sudah ada sejurus selepas hasrat hati dinyatakan, tapi ini namanya skill 'jaga air muka' dan 'jaga hati' walaupun tak lama. 3 hari peluang untuk membuat keputusan is better than 3 saat selepas dirisik.
So cara kena betul. Tiada siapa berhak memaksa kita untuk membuat keputusan tetapi kita berhak menjadi bijak untuk tidak melukakan secara perit.
Berkenaan kes 2, saya berpendapat lelaki kalau tak pernah ada perancangan untuk berkahwin dengan wanita tersebut, jangan cuba cuba test market. Cukup sekadar kawan dari jauh. Tak perlu juga menyebut untuk bawa keluarga berkenalan kalau tiada hajat untuk menjadikannya sesi yang serius. Jika tidak, anda akan bersikap mengelirukan.
Manakala untuk kes 3, pengajaran untuk lelaki, apabila mula propose orang, bersedialah dengan sebarang kemungkinan.
Kadangkala jalan pada awalnya cantik seperti baru diturap tetapi kemudiannya banyak jalan rosak dan berlubang-lunang. Bersiap sedialah.
Anda mungkin kecewa tetapi jodoh itu tetap Allah Punya urusan.
Wallahualam
Comments