112# kucing dan ikan kembong ku

Bismillah. Alhamdulillah.

Hari tu, masa Ummi sampai dari Dublin, perkara pertama yang menjadi keterujaan Ummi ialah kucing-kucingnya. Bila bukak luggage-nya, antara barang pertama yang dia keluarkan dan nak tunjuk pada saya dengan bahagianya adalah ---- bekas makanan kucing. Abang Ipar saya bagi pada Ummi. Errrr. Speechless diriku. Sungguh hebat kasih sayang Ummi pada kucing-kucingnya. Hehe

Oleh kerana Miu-miu telah bersalin seminggu/dua minggu selepas Ummi Abah berangkat ke Dublin, jadi saya kenalah jadi ibu angkat kepada anak anak kucing. 

Gigih. Semata-mata sebab amanah je. Kalau tak, err. Tak yah bela lah kot kan? Hahaha

Tiada nama lagi sebab belum buat majlis cukur jambul & akikah lagi. ;p

So hari Selasa baru-baru ni saya balik kerja, lepak dan borak dengan Ummi di dapur. Dia cerita pasal anak anak kucing tu lagi. Okay fine. Dengarlah kita dengan setia.

Ummi: Paten, Ummi tak masak tau hari ni. Malas lagi.
Paten: Eh no problem. Kita beli nasi lemak depan Petronas je nanti.. (Paten dan nasi lemak tiada terpisah)
Paten: Ummi dah ganti ke tong gas? (Sebab Paten malas nak angkat gas berat)
Ummi: Dah. Tapi Ummi tak masak pape lagi.

Paten pun menjenguk dapur dari kerusi meja dapur tempat Paten duduk, maka ternampaklah satu periuk bertutup di atas dapur.

Paten: Tu periuk apa atas dapur tu?
Ummi: Oh. Ummi rebus ikan tadi kot Miu miu nak makan. Kurus sangat nampak dia.
Paten: Habis dia makan ke?
Ummi: Tak pon. Dia hidu hidu je.
Paten: Takyah bagi ikan lah Ummi. Bagi je makanan dia tu. Mahal kemain harganya.. (Royal Cannin mahal i tell you)
Ummi: Tulah kan. Rugi ikan Ummi.

Haha. Paten gelak dalam hati.

Paten: Eh jap. Ummi bagi dia ikan mana??
Ummi: Ntah, Ummi amek je ikan kembong ada dalam peti tu. Ummi nampak ada ikan, Ummi pun rebuslah.
Paten: Ummi! Paten baru beli ikan tu Sabtu hari tu kat Hero. 
(Kesian ikan aku baru beli dah dibuat makanan kucing. Nangis.)

Ummi gelak. 

Ummi: Nanti Ummi beli ikan lain buat ganti. (Gelak lagi).

Beruntunglah jadi Miu miu. Dapat ikan fresh pastu taknak makan. Ku lempang sekali baru tahu. Mengada-ngada. Ni namanya naik lemak. Ku fikirkan anak anak buah je pandai mengada naik lemak dengan Tokmi Tokbah mereka. Rupanya Miu miu pun 2x5. 

Miu miu, if only you know that kita ni sampai tak cukup tangan beli barang dapur sensorang sebelum Ummi Abah balik. Tolak troli sensorang, pilih ikan, timbang, sambil tak cukup tangan, kepit purse celah ketiak, sebelah tangan lagi pegang handphone. (Please imagine.hehe)

Gigih topup barang dapur sebab taknak lah nampak sadis bebenor jadi tukang perabih je. Hehehe. Dia selamba bazirkan ikan kembong kita. Ikan kembong kalau goreng garing pastu cicah budu lenyek dengan cili api sedap gila kot! Hish! *terliur*

Ummi: Ikan cencaru tu pun Paten beli?
Paten: Haah. Konon nak bakar hari tu tapi malas pula. Tu yang duduk dalam freezer je tu.
Ummi: Oh.
Paten: Oh please, jangan bagi ikan cencaru pulak kat kucing. Oh please.. (merayu dalam hati)

----------------------

Ya Allah, mintak-mintak lah hari ni Ummi bakar ikan cencaru, cicah air asam. Ya Allah, doa ni kira tawassul lah ni atas pengorbanan menjaga kucing selama 2 bulan dengan tabahnya. Huhu. 

But then come to think about it, those 3 kittens can be my best friends oredi because they want to play with me. I hope they like me as much as my nieces and nephews adore me. *flip shawl*

Oh I can hear them calling me from every angles "Ucu Aten! Ucu Aten! Jom main board game!" 

Hahaha. 




Comments

Popular Posts