111# Nak cakap 1 benda

Bismillah. Alhamdulillah.

Nak cakap 1 benda je.
Kekadang memang rasa payah nak update blog ni.
Sebab tak tahu apa benda yang nak ditaipkan.
Tau-tau je dah 4 baris ditaip. 
Yang membaca pulak macam seronok-seronok je membaca dan membayangkan akan muncul cerita-cerita best umpama Ultraman mahupun Sin Chan di sini. 

Sorry.
Sebenarnya memang tak ada benda nak tulis.
Kecuali nak kata: "Ramadhan dah dekat."

(Actually kita cover line)

Dan untuk Bestie paling gerek di alam semesta, Selamat Hari Lahir (tanggal 24 Mei hari tu). Bestie pertama ku semenjak zaman remaja, dah akan kekal bestie ku sampai bila-bila. Walau keadaan dah tak sama, kau dah kahwin dan beranak dua, sedang aku masih single dan muda remaja. (Eh!). Walau kau jauh di Pantai Timur sedang aku sekadar duduk diam-diam di Pantai Dalam (sebab tempat kerja di sini). Namun, once a bestfriend, always a bestfriend. Kan? (Eleh kita tau je bestfriend no 1 awak sekarang ni En Dol, tapi ada kita kesah? hehehe)

Seperti mana ucapan yang ditulis melalui Whatsapp, ku doakan segala yang terbaik untuk mu, Bestie. 
I write here because I know you will drop by and read all the merepek stories here.

Cuma satu perkara akhir, ingin ku nukilkan semula bicara ini buat kamu:

"Jangan lupa ucap syukur kepada Tuhan, Maha Penganugerah Kurnia. Kerna Dia hadiahkan kau peluang, Dia ihsankan kau ruang. Untuk kau senyum dalam riang. Untuk kau sedih dalam tempang. Tanpa segala peluang dan ruang, digit 2 dan 8 tiada maknanya, hanya terbang seperti habuk-habuk biasa. Ajaibnya, Dia beri kau segala rasa. Untuk kau mengerti bahawa 28 usia mu ini, hebat penangannya.Maka, selamat hari lahir untukmu sahabat dunia dan sahabat Syurga. Uhubbuki fillah, ukhti habibati".

Yours truly;
(Ostajah) Atencomey (mengimbau kenangan panggilan lama.haha)

Comments

=) said…
this is truly merepek...hahahha

Popular Posts