109# B-e-r-i-s-i

Bismillah. Alhamdulillah.

Kalau orang baru kahwin, makcik-makcik suka tanya soalan tipikal macam: "Kamu dah berisi (atau dah ada isi) ke belum?". Maksudnya dah pregnant ke belum. Soalan macam ni boleh buat para wanita yang baru berkahwin itu berdarah dalam jiwa.

Tapi kalau orang belum kahwin, gaya dia berdarah dalam jiwa lain pula. Iaitu bila orang cakap "Kamu nampak berisi sikit sekarang". Kalau nasib tak baik, bukan sekadar berdarah jiwa malah boleh bernanah telinga mendengarnya. 

Seminggu-dua yang lepas, masa sedang lepak-santai minum dengan Miza dan Shabira, tengah syok-syok borak tiba-tiba:
"Akak, kita nak cakap sikit boleh tak?" - Miza
"Apa dia? Cakap je lah.." - Kapaten
"Tapi akak jangan marah tau!" - Miza
"Tak marah punyaaaa.." - Kapaten
"Akak nampak berisi sikit kat muka.." - Miza
Krik.. Krik..
"Yeke? Yeke? Tak kot!" - Kapaten yang denial.

Lepas tu on different occassion, Shabira yang sering ku gelar 'Mok' (panggilan seksi untuk gemuk) telah berusaha sedaya upaya untuk mengiyakan tentang 'berisinya paten' khususnya di muka. Membuatkan ku terfikir, kenapa mesti gemuk di muka?

Sehinggalah last weekend masa pergi Hospital Pakar Al Islam untuk menziarahi orang sakit, saja lah diri ini menggedik berdiri di atas penimbang berat hospital tu. Skala menunjukkan angka 46kg. Eh sejak bila berat naik ni?

"Eh betul ke penimbang ni?" - Kapaten denial
"Betullah tu.." - Kak Anne malas layan
"Mustahil betul. Tak nak percaya.." - Kapaten tetap denial
"Paten nak berapa?" - Kak Anne mula menyampah
"Nak 44 je, ni 46.." - Kapaten masih denial
"Cuba lagi next time ye.." - Kak Anne 

Jadi selepas menimbang tu saya cuba menerima logiknya bahawa mungkin benarlah ku kelihatan berisi khusunya di muka sebab additional 2 kilo tu naik kat muka. Sekilo di pipi kiri dan sekilo di pipi kanan. Dan everytime pakai tudung especially shawl, memang rasa padat sangat muka ku. Selain dagu telah beranak dari satu kepada dua. Hence I have to put extra effort untuk sorok-sorok dagu yang berlebihan.haha. 

Haish, memanglah 46kg is nothing to many of you out there. But it makes a huge different to me. So far, pencapaian 46kg inilah yang paling tinggi dalam sejarah kehidupan. hehe.

So anyway malam tadi kakak ipar singgah rumah sekejap. Lama juga dah tak jumpa dia. Last jumpa dia macam sebulan lepas, kot. Itu pun sebab urusan serious dan lepas tu lepak minum sekejap. So masa cuci-cuci pinggan (sambil tudung masih belum bukak) malam semalam dia datang dapur dia cakap:

"Paten nampak berisi sikit sekarang. Especially kat muka.." - Senyum.

Sambil tangan menyental pinggan/cawan dalam sinki, saya menoleh kepadanya dan senyum. "Haah, memang Paten gemok pun kak, naik 2 kg dah ni. Dulu 44, sekarang 46. Stress aku pakai tudung rasa penuh semacam kat muka!"

Dia gelak geli hati.
"Paten, 46 tu berat akak masa darjah 6!"

Haha. Malu pula rasa sebab exaggerate berat kita 46kg pada usia tua begini walhal berat dia 46 masa dia darjah 6. Kihkihkih. Lega sikit rasa dalam jiwa.

Tapi sebagai wanita penuh lemah, sebelum tidur tu berpusing-pusing jugalah dalam kepala komen-komen orang 'kau nampak berisi' yada-yada. So masih tak puas hati, kita pun whatsapp Shabira Mok.

"Mok, tadi kakak ipar ku kata ku nampak berisi. Obvious sangat ke?" - still in denial state dengan harapan dia akan sejukkan hati kita.
"Haah ten. Obvious sangat kat muka." - tanpa rasa bersalah berlaku sangat jujur.

Kita putus kawanlah Mok. Kau sikit pun taknak jaga hati aku! 



--------------------------------------------------------------------------



Conclusion: Apa jadi pun, pagi tadi tetap aku breakfast nasi lemak telur dadar bersama teh o ais.

Belanja satu gambar masa explorace sambil sorok dagu dua.

Comments

Popular Posts